Thursday, May 27, 2010

nak belajar lagi

gembira jugak aku kalau ustaz buat kelas bahasa arab kat masjid baru kat rumah aku tu. berita baik tu disampaikannya kemarin masa kelas arab. tu pun katanya mungkin lepas isterinya yang kerja sebagai doktor kat ipoh pencen hujung bulan june nanti. dah 2 tahun setengah depa suami isteri jadi weekend husband/wife. kini aku dan pc pulak akan mengharungi kehidupan begitu untuk tempoh lebih kurang sama kerana pc akan pencen lepas tempoh tu nanti. wah kalau dapat pi kelas ustaz nanti kira kelas ulangkajilah bagi aku. bagus jugak tu sebab sampai la ni pun banyak yang aku belum faham betul2 lagi.

kemarin gy tumpang aku balik dari kelas arab. dia rupanya dah khatam baca quran dengan ustaz sb bulan april lagi. dulu aku ngaji kat situ juga. tapi disebabkan masa tu aku selalu ikut pc bila2 dia outstation, maka kelas ngaji pun keciciran. lama2 aku jadi malas dan terus berhenti dan lepas tu hingga kini bertawakkal mengaji sendiri. rujukan aku kini bacaan2 dari qari2 kat internet atau digital quran yang aku beli kat ustaz sb dulu. gy kata kelas ustaz sb kini cuti sebulan kerana dia ade urusan yang dibereskan. so kini gy tengah dok mencari2 guru ngaji gamaknya. tengoklah kalau gy dapat guru baru dan ngam bolehlah aku turut serta agaknya. aku dan gy ni semacam je, jenis gemuruh. tu yang kena cari guru yang memahami kelemahan kami.

petang semalam aku baru mula mengemas bilik tengah yang penuh dengan baju2 lama yang dah taknak dipakai oleh masing2 empunya. ooii lebih 6 bungkus plastic hitam yang besar tu. ubat2an lama juga banyak aku buang kerana semuanya dah tamat tempoh. tengah pikiaq ni nak letak tang mana baju2 lama tu. ni benda2 sume terhimpun kat ruang tamu pulak. aku teringat ajakan kak roy hari tu untuk tolong kerja memilih pakai2an yang orang derma kat pusat pengumpulan di rumah somebody kat damansara. tapi malangnya aku tak dapat pi. kalau tidak boleh juga tengok dan rasa macam mana agaknya suasana dok dalam timbunan pakaian2 lama tu. jadi eloklah kita asing betul2 pakaian dari segi jenis dan tahap kelusuhannya sebelum kita hantau ke pusat2 pengumpulan tu. tak la pening sangat bagi mereka yang buat kerja2 pemilihan tersebut. kerja2 tu tak habih lagi aku buat sebab pc sendiri tak selesai lagi memilih mana pakaian yang dia nak simpan lagi atau nak sedekah. ni yang buat kerja tergendala sikit ni......


No comments:

Post a Comment