hari ni balik hari je kg kpilah. jam 8.00 pagi lagi dah keluar rumah. takleh tidoq sana sebab esok nak hantar put3a daftar kat uitm puncak alam. sesampai kpilah terus ke kebun. dan mintak tolong cm tanamkan 2 anak pokok mulberry yang gy bagi hari tu kat kiri kanan pagar masuk bahagian depan. 2 batang anak pokok avocado yang kak roy bagi dulu, aku tak berani lagi tanam kat kebun sebab daun2nya nampak macam tak sihat sejak aku pisahkan ke polybag hari tu. cuaca sekarang pun masih panas menggigit lagi walau pun sekarang kerap hujan lebat. kita tengok sebulan lagi macam mana keadaannya. kalau beransur subur balik daun2nya bolehlah aku tanam kat kebun.
dari kebun aku terus ke rumah adik aku jak kat b.kikir. walau pun hns agak kecewa sikit tak dapat offer jpa untuk study kat oversea, dia nampaknya terpaksa juga menerima realiti itu . pengalaman banyak menunjukan yang kalau tidak masa ini, esok2 kan masih ade. berusaha, bersabar dan bertawakal. esok hns juga akan mendaftar diri kat um untuk kursus asasi sains.
balik dari rumah jak, kami singgah rumah kpilah. aku dan put3a tak turun kereta pun. hanya pc turun dan menjenguk2 pokok2nya sekejap. lepas tu sesampai di seremban, singgah pulak rumah adik aku kml. masa sembang dengan anak2 sedara aku dan la aku tanya akan cita2 depa. memang aku kagum semangat dan kespontanan depa menjawab. ade nak jadi arkitek, nak jadi doktor, nak jadi pereka grafik. mungkin depa mendapat semangat dari abang kakak depa yang dah pun menuju ke arah matlamat masing2 agaknya. aku juga respect dengan kecekalan adik dan adik ipar aku mengharungi hidup yang serba kekurangan dan meletakkan pelajaran anak2 sebagai matlamat utama kehidupan mereka.
kami ambik kesempatan solat maghrib kat rumah adik aku sebelum meneruskan perjalanan balik ke kl. selalunya kami akan singgah kat r&r beranang untuk solat. memandangkan hari ni baru hari sabtu dah tentu orang tak berapa ramai dan rasa takut pulak nak singgah kat situ. kalau hari ahad keadaannya akan lebih ceria sikit kerana ia selalunya adalah hari orang ramai balik ke kl dari kampung halaman.

No comments:
Post a Comment