Saturday, May 1, 2010

jalan2 hari sabtu

keputusan upu

malam tadi keputusan kemasukan ke ipta telah keluar. put3a gembira dapat pi asasi kejuruteraan uitm kat puncak alam. ia adalah pilihan ke3nya. pilihannya yang pertama upmn dan ke2 asasi kejuruteraan um. walau pun aku ade rase sikit2 terkilan dia tak dapat pi um tempat aku belajaq dulu, aku tetap bersyukur dia antara yang berjaya mendapat tempat kat ipta. alhamdulillah. anak gembira mak pun patut gembira. dia sebenarnya dari awal keberatan untuk terima tawaran matrikulasi kat melaka kerana hasrat nak terus masuk u. aku semestinya gembira kerana puncak alam tu taklah jauh sangat dari rumah aku. sepupunye hns yang bercita2 nak jadi doktor dapat pi asasi um sesuai dengan kecemerlangan result spm yang diperolehinya. so hns adalah waris ke2 keluarga kami yang dapat masuk um. yang ade kat situ sekarang adelah si nsyk iaitu anak adik aku si kml. dia ambik jurusan quantity surveying.

tak seperti diharapkan kawan put3a si sy tak dapat ape2 tawaran dari upu. dia akan terima saje kursus matrik kat melaka. hasrat nak sebilik ngan put3a kat sana tak kesampaianlah nampaknya. nampaknya peluang untuk masuk ke ipta dari masa ke semasa bertambah susah. anak2 benar2 kini kena pulun belajar untuk dapat keputusan yang terbaik baik merebut peluang2 ke ipta idaman masing2.


ziarah menziarah

ingatkan lepas sarapan pagi tadi nak terus pi rumah anak sedara pc si fm. isterinya zh dah bersalin beberapa hari lepas dan telah pun berada kat rumahnya. pc yang dah tahu pasal tu, lupa nak bagi tahu kami sebenarnya. sebaliknya bapak mertua aku kat astaq tu yang buka cerita masa put3a tepon dia. di pertengahan jalan aku suggest kat pc untuk pi ziarah kampus uitm puncak alam. saje2 nak tahu jalan dan rupa tempat serta nak bagi semangat kat put3a. mula2 pc enggan nak pi tapi bila sampai kat jejambat duke tu, terus dia menghala ke shah alam instead of pi rumah fm. silap sikit masuk jalan, kami kesesatan jalan sampai nak tengahari. kami terpaksa singgah minum dan bertanya2 beberapa orang arah destinasi. kebetulan pulak masa tu pakcik aku acs tepon yang dia pun berada kat rumah anaknya di puncak alam tu. dia sebenarnya bercadang nak ke rumah aku. ha ha nampaknya kami saje yang pi rumah depa. rumah anaknya si zlp dekat ngan kampus uitm puncak perdana. aku dah pergi rumah dia 2 kali sebelum ni. tapi aku masih blur pasal jalannya.


kami akhirnya jumpa kampus baru uitm kat puncak alam tu. ia sebenarnya terletak kat tepi jalan nak pi ke arah kuala selangor dan tak jauh juga dari persimpangan nak ke puncak perdana. kampus baru tu memang cantik dan agak luas kawasannya. aku rase put3a sudah tentu berasa seronok dengan tempat itu. kampus tersebut baru dirasmikan oleh pm bulan februari 2010 hari tu. ia adalah permulaan bagi penempatan pelajar2 asasi sains dan asasi kejuruteraan. sebelum ini kampus ini telah mula diteroka oleh pelajar2 kursus berkaitan sains perubatan dan lain2 yang aku tak pasti. aku sempat sembang dengan beberapa pelajar senior kat situ dan kelihatannya kolej kediaman yang berbentuk apartment multi storey tersebut, setiap unitnya mempunyai 4 bilik dengan 2 orang sebilik. amat selesa niiih. jangan sampai lalai tidoq tak study nooooh. satu perkara yang aku perhatikan ialah jarak antara kediaman dengan fakulti tu taklah jauh sangat tapi perbezaan level yang amat2 tinggi tu buat aku rasa gayat. sesape yang nak menguruskan badan bolehlah berbuat demikian dengan berjalan kaki pergi-balik kuliah. cuma takut jadi sebaliknya kerana selera makan mungkin boleh bertambah untuk tampung tenaga. yang hilang. aku jugak rase lega budak2 freshi ni tak boleh bawak kenderaan motor atau keta. sume jadi semacam: yang kaya atau yang miskin samaada naik shuttle bas disediakan atau jalan kaki saje.


masa aku akhirnya sampai jugak rumah sepupu aku tu, pakcik acs dah tunggu depan rumah. nasib baik aku cam rumah dia. rumah dia memang dekat sebelah kawasan kampus uitm puncak perdana dan di belakang dapurnya ade sebuah tasik. zlp takde rumah masa tu kerana melancung kat singapura. dia tak bawak anak perempuan dia si lisa. pakcik dan makcik aku pun dah 2 minggu kat situ rupanye. zlp pun rupenya dah 2 bulan lebih berpisah dengan suaminya. harap dia bertemu jodoh lain secepat mungkin supaya adelah orang menjaga dia 2 beranak tu nanti. kami memang langkah kanan mase sampai sebab depa tengah makan nasi tengahari. menu simple je tapi memang menyelerakan sampai aku tambah 2 kali.

kira2 jam 2.30 ptg kami mintak diri dan terus menghala ke rumah fm. pulak. mak fm dan besannya takde rumah mase tu. depa pi shopping kat jalan t.a.r . adik fm azz juga ade kat situ. pc sembang ngan bapa mertua fm manakala kami pula mengulit si baby baru, erri. baby baru nampaknya senang jaga dan banyak lena. tak macam abangnya irf yang dulunya asyik teriak terpaksa kena dukung je. kami pun tak lama situ sebab pc ade appointment lain pulak lewat petangnya.










No comments:

Post a Comment