Friday, February 26, 2010

perintah dan nikah

lewat malam tadi aku dan pc terpaksa menjemput anak saudara pc si aaz kat puchong untuk meneman aku menjemput put3a kat kem plkn karisma di kpilah. ni gara2 pc kena juga sertai perarakan maulidur rasul hari ni. sebelum ni dia kata tak jadi ikut serta dan kami sepatutnya nak tidoq saja di kpilah malam kemarin supaya dapat jemput put3a awal2 pagi lagi. put3a dapat bercuti ni pun sebab nak menghadiri kenduri kahwin mak saudara dia iaitu sepupu aku di melaka.

oleh kerana pc kena berada di tempat perhimpunan awal pagi, malam tadi aku tak dapat tidur lena takut kesiangan. jam 5.30 pagi lagi pc dah keluar rumah. hari ni dia berpakaian baju melayu dan bersamping songket warna hijau lumut. sejak beberapa tahun ini pc tidak perlu buat baju melayu sebab setiap kali masuk perarakan maulidur rasul, dia akan mendapat sepasang baju melayu lengkap yang berbeza warna setiap tahun termasuk sepasang kasut/sandal. bila raya2 kami pun tak gaduh dah nak beli samping untuk 4 anak lelaki kami. hanya baju2 melayunya saja yang boleh dipinjam pakai oleh anak2. seluar2nya memang tak boleh mereka pakai kerana samaada pinggangnya loher atau singkat pulak. boleh le bayangkan camna ye....ape2 pun, alhamdulillah.

kira2 jam 7.00 pagi tadi, aku dan aaz pula keluar rumah menuju ke kpilah. keluar awal sikit sebab put3a boleh balik jam 9.00 pagi. lega aku ade teman kalau tidak kenalah aku drive sorang2 ke sana. macam biasalah aaz jugalah yang kena drive. katenya baru baik demam. nak cepat jadi lambat juga kerana put3a tak ingat suruh aku bawa salinan ic untuk kebenaran bawak dia balik. jadi terpaksalah aku patah balik ke pekan untuk buat salinan ic aku. dan nasib baik jugalah kedai photostat bukak awai. kenapa aku kena bagi salinan ic aku....tak lain tak bukan kerana surat mohon kebenaran untuk bawak put3a balik dibuat dan ditandatangani oleh ayahnya, pc dan ayahnya tak dapat datang. ikut saja procedure ini untuk memudahkan urusan pengawalan dan kebaikan semua. cuma aku harap dokumen2 peribadi seperti salinan2 ic ini apabila tidak diperlukan lagi nanti, hendaklah dilupuskan dengan betul bagi mengelakkan salahguna oleh orang2 yang tidak bertanggung jawab. pernah suatu masa dulu, aku terserempak dokumen2 peribadi orang ramai termasuk photo2 paspot/ic bertaburan di tempat pembuangan sampah. aku tak pastilah itu kerja dari jabatan atau pejabat mana. tapi memang tidak bertanggung jawab sungguh. apalah salahnya dilupuskan dulu dengan mesin paper shredder sebelum dibuang kan...kan. seriau aku...

lepas ambik put3a tadi, pelan asal nak terus balik kl. esok baru nak pi melaka ngan pc. tapi mengenangkan dah alang2 dalam pertengahan jalan kl-melaka, dan kesediaan aaz (dalam terpaksa agaknya) untuk extend perjalanan ke sana, maka sampailah juga ke rumah sepupu aku. dan lah aku tolong racik2 bawang, cabai dan sayor kobih untuk jamuan makan lepas upacara nikah belah petang tadi. yang sejarahnya ialah tengah2 buat kerja tu beberapa orang antara kami kena bom cencalok. mungkin orang yang nak buka botol cencalok tu tergoncang lebih agaknya. kami terpaksa mandi dan tukar baju sebab kuatnya bau cencaluk yang hinggap kat baju. nasih baik aku bawa baju spare. tak kisahlah aku berpakaian santai je untuk majlis nikah orang kat masjid tadi kali ini. janji semua gembira sebab sekitar jam 4.00 ptg tadi selesailah akad nikah dengan sekali lafaz je.

aku gembira juga put3a tak keberatan untuk tinggal dan tidur di melaka mewakili famili untuk tolong2 ape yang patut untuk kenduri esok dan luse. aku terpaksa balik kl sebab aaz kerja esok dan katenya esok pc nak pi kenduri stafnya kat shah alam dulu. lepas tu baru pi melaka dan bermalam di sana.

sebelum balik, tamu dijamu nasi berlauk. yang bestnya mestilah gulai asam pedas ikan tenggirinya dan cencalok yang melakar sejarah tadi. tak cukup dengan itu, aku dapat bekalan untuk dinner kat rumah lagi. alhamdulillah.

melihatkan aaz nampak macam nak deman balik, terpaksalah aku drive dari ayer keroh sampai rumah. sepanjang perjalanan 3 kali tempuh area hujan lebat dan lihat 2 kemalangan jalanraya. kemalangan di sebelah lane bertentangan melibatkan lebih 10 buah kereta langgar belakang masing2. manakala kat lane arah yang sama melibatkan 3 buah kereta atas kes sama. selamat sampai rumah dekat nak masuk maghrib. alhamdulillah.

ingat nak hantar aaz balik tadi. tapi rupanya secara kebetulan abangnya fp sekeluarga dah ada kat rumah aku nak pinjam kereta mpv kami untuk angkat barang kecik2 ke rumah yang baru dibeli kat wangsa maju esok. oleh kerana fp nak hantar dia balik rumah, selesailah tugas kami kat sini je. tapi esok kena tepon dia. bukan ape, takut melarat lak demamnya.



Thursday, February 25, 2010

ronda2 lagi hari ni

awal pagi lagi aku dah sms kat hh ajak ronda jln tar. kebetulan pula dia memang nak ke sana. tapi sebelum tu dia nak pi banyak tempat along jln ampang termasuk klcc. aah kemarin dah pi klcc ngan tmk. so aku join dia kat masjid jamek bile dia dah selesai urusan kat jln ampang tu. aah memang lama betul tak pi jln tar. anak2 memang tak kenan pi tempat tu. paneh dan tak larat jalan kononnya. depa tak tau tu lah tempat fav emak depa ronda2 dan shopping masa muda2 dulu. dengan sape lagi kalau tak dengan hh. sape tak kenai jln tar. kalau orang kampung mai, tang tu lah kami bawak dan same2 borong sakan terutamanya kain2 ela. sejak dah pencen aktiviti tu dah banyak berkurang kerana dah tak gaduh nak buat baju baru ke opis.

dengan umoq sekarang, kerja meronda jln tar memang agak menggelikan hati juga. mana2 tempat yang takda service escalator, sudah tentu membuat kami terdoeh2 setiap kali nak naik atau turun tangga. tak tau lah dalam 2 atau 3 tahun lagi boleh ke kami buat aktiviti ini lagi. tadi pun kami hanya larat ronda dari lrt masjid jamek hingga `semua house' je. benda yang aku cari tak jumpa. tapi beli membeli tetap ade juga walau pun sikit.

Wednesday, February 24, 2010

ingat sebelum lupa

aku ke kelas bahasa arab kat masjid bkt indah pagi tadi . taklah pagi sangat sebab kat 11.00 pagi. sesampai je sana, aku lihat ada satu jenazah di tengah ruang terbuka masjid dengan diiringi oleh kaum keluarga dan kenalannya. mereka mungkin menunggu untuk menyembahyangkan jenazah sebaik lepas solat dzohor agaknya. 2 jam setengah lagi tu. oleh sebab aku pun masuk kelas ngam2 ye time, tak dan lah dengar butir2 jenazah tu. masa dalam kelas, aku dah bayangkan kemungkinan akan turut sembahyang jenazah hari ni sebab lepas kelas dah janji ngan sahabatku si tmk nak jumpa kat masjid dan terus sembahyang dzohor kat situ dulu sebelum pi ronda area ampg pt.

oleh sebab dekat sejam gak lagi tmk nak habih kelas ngaji quran dia, aku pi makan ringan2 dulu kat restoran dalila depan masjid. tau2 dia tepon pulak suruh pi rumah dia saja sembahyang. jadi lepaslah sembahyang jenazah hari ni. pengalaman aku ikut sembahyang jenazah adalah masa pi umrah jun tahun lepeh. tak pernah lagi aku sembahyang jenazah kat tanah air sendiri.

hari ni gak kali pertama aku pi rumah tmk. simple and nice. ruang tamu/balkoni luas dengan ruang pemandangan yang yaman dan sejauh mata memandang. 2 menara klcc juga sayup2 kelihatan. sudah tentu tmk sekeluarga tidak ketinggalan dalam menikmati keindahan percikan bungaapi setiap kali permainan bungaapi diadakan disana.

takda cara lain rasanya nak buat rumah kelihatan simple but nice. tolak bab kena berbelanja besar, himpun dan dispose mana2 benda yang tak releven. for years dok simpan tapi tak diguna dan menyemakan suasana. bagilah pada yang perlu ye. kalau ade store luas boleh gak disorok2. tapi lama2 akan jadi bukit juga. ini pesanan untuk diri saya sendiri. bila nak mula.....

lepas dzohor tadi, aku dan tmk lunch kat kedai baru kat bkt indah. memang aku tak perasan kedai tu walau pun dah setahun beroperasi. ok le juga. then kami terus ke klcc ngan kereta tmk. selama ni aku memang tak berani nak drive kat sana. tak tau aku rupanya kalau ikut elev hyway memang senang sesangat ke sana. sebelum ni kalau aku nak ke klcc , dengan susah2nya aku park kat jelatek dan naik lrt. next time bolehlah try drive sendiri.

aku meneman saja kali ni. tmk beli tiket untuk show awal mac kat dewan filharmonik petronas. ramai juga peminat kat tempat gitu. ya...sudah tentu tiketnya quite expensive tapi kenalah dengan environmentnya. tambah bermakna lagi kalau pi ngan pasangan yang sehati sejiwa bab2 gitu. kalau aku dan pc mungkin lena kut. selesai beli2an si tmk kat klcc, kami pi pulak destinasi asal janji temu iaitu kedai runcit arab iran kat area ampg pt. kami beli olive oil sorang sebotol besar. tak tau lah murah ke tidak. rm15.00 untuk botol 750ml. lain2 tmk beli kurma, roti arab yang macam piring terbang tu dan salami. aku pulak beli jus2 delima dan peach. takde la bunyi macam shopping sakan ye. aku tahan nafsu sikit. ni baru bulan feb. ada 10 bulan lagi nak cover. janji keluar rumah amik angin sikit. dah lah dua2 rihat exercise lama dah.







Tuesday, February 23, 2010

hobi ke cita2....

tadi fj tepon aku ajak lunch kat ampg pt. maleh lah aku pulak. bukan ape. tengahari kemarin aku dah ke sana dengan ajakan hh. kami lunch ala2 arab gitu kat tarbus. fj ade urusan insuran keretanya pula kali ni. sian fj tapi nak buat camna. perit dan pening kepala kena paneh kemarin tak hilang lagi ni.

hh pun tepon juga tadi mungkin kok2 aku nak ikut serta dia berkebun hari ni kat hlangat. depa tengah sibuk membersih kawasan dan meracun rumput waktu ni. hh dan hubby baru je menyewa tanah tu untuk merealisasikan hobi tanam menanam pokok dengan hubby dia. tak tau lah lagi kalau pc jadi nak terima pelawaan hh untuk ambik separuh tapak tanah tu untuk perkara sama. hobi ni kalau tak komersial pun untuk keluar peluh masa2 hujung minggu atau cuti umum pun elok juga. yang pentingnya niat ikhlas untuk berbudi pada tanah mesti ada untuk berjaya dan berdoa selalu agar usaha direstui olehNya.


Thursday, February 18, 2010

ade sihat ke

tadi nampak je masjid bukit indah, aku teringat pasal bab yearly medical check-up aku. dah delay 2 bulan lebih ni. ye lah sepatutnya awal bulan disember tahun lepeh. awat la beratnya hati nak tempuh hospital. tapi pagi tadi sebelum masuk kedai makan depan masjid tu, aku pusing balik, terus masuk kawasan masjid. bukan ape. la ni kat masjid tu ada klinik baru buka. ihsan dari hospital ampang puteri kut. tak juga free tapi bayaran rawatan paling minima rm5.00. aku ambil kesempatan itu untuk check tekanan darah, paras gula dan cholestrol aku. kos rawatan rm15.00. ok lah tu. doktor berbangsa sikh tu juga sungguh ramah dan memberi banyak tips berguna tentang penjagaan kesihatan orang2 berumur macam aku ni. agaknya berkat dok dalam kawasan masjid, tekanan darah aku ok 80/130, paras gula juga ok 5.9 dan tapi cholestrol kena buat sesuatu sikit kerana dah sampai border line 5.85. lepas ni nak kena pi hospital gak buat ultrasound breast. haa... malehnya. takda ke jalan singkat nak idup sihat ni.....

nak balik....

dah sampai agaknya anak buah aku kat rumah dia. tadi aku hantar dia balik naik komuter kat bandar tasik selatan. tak gembira dia dok kl ni. mana taknya. kalau kat rumah dia ade jugak laman nak melepak ngan kawan2. ni terkurung dalam rumah je. dahlah anak2 aku sorang pun takda rumah. kesian pulak aku. kemarin ngan pagi ni, aku bawa juga ronda2 cari kerja kat rumah2 kedai area rumah aku. ade juga nak pakai orang. tapi kena mai lain pulak sebab toke2 kebanyakannya cuti raya sampai senin depan. takpalah. biarlah dia balik. budak tak pernah berenggang ngan mak pak gitu le gamaknya. macam mana pun lepas result spm keluar nanti, kena jugalah kemana2 untuk tambah ilmu buat bekalan hidup masa depan kan....

Wednesday, February 17, 2010

sambungan....

lepas rehat2 kat rumah kpilah petang isnin lepas, kami sekeluarga ke rumah adik aku di btkikir 'jambatan bosi'. jambatan bosi tu dah takda. dah diganti dengan jambatan konkrit yang lebih kukuh dan lebar. dah hampir 2 bulan tak ketemu dia sekeluarga. tu yang orang kata 'dekat tapi jauh' tu. lepas maghrib kami semua makan kat luar je. kat pekan btkikir tu je. body dan mata dah tak larat nak pi ronda2 jauh. hasrat hati nak makan sate juga tak kesampaian sebab semua sate dah diborong kat kaum cina yang tengah beraya ma. takpa lah. demi semangat 1 malaysia. kami bersurai awal jugalah sebab esoknya nak kena bangun awal.





esoknya, pagi selasa kami breakfast kat 'melang kopitium'. kedudukan restoren ni memang strategik. berdepan dengan hotel melang inn yang tengah dalam pembinaan, pasaraya yang dah bertukar tangan dari upwell kepada econsave, pejabat jpj, socso, felcra, jabatan kebajikan masyarakat dan juga tak jauh dari hospital kerajaan. display makanan2nya sangat menarik perhatian. kebetulan ketika itu ada 'fun fare' kat sebelah tapak hotel baru tu. setiap hari jumaat pula ada aktiviti pasar malam sepanjang jalan antara bangunan hotel dan pasaraya econsave.

lupa nak habaq sebelum breakfast tu sempat pula singgah kat kedai bundle favourite pc dan fd yang boleh dilihat dari kedai kopitium itu. rasanya setiap kali balik kpilah, pc akan tetap singgah dan membeli sesuatu kat kedai itu atau pun saje2 sembang ngan toke kedai yang ramah.

selesai breakfast, kami terus menghala ke jasin ikut jalan belakang. sampai di gemencheh, singgah sekejap belikan kasut sukan fd. dan sampai pekan jasin singgah lagi sebab fd nak beli bola takraw pulak. begitulah selalu anak2 bila balik kat rumah, tak gaduh nak cari awal2 benda2 tu. aleh2 kena singgah rata beli benda2 sebelum sampai sekolah semula. kata nak sampai awal sekolah jadi sampai tengahari jugak. selesai bab fd, patah balik ke kpilah pulak nak hantar put3a ke kem karisma. put3a pulak mintak dihantar sampai saat2 akhir sebelum 5.00 petang. macam2 budak2 ni.

lepas hantar put3a ke kem, aku dan pc balik ikut jalan kpilah-kuala klawang-seremban. ni gara2 takutkan jalan sesak kat bukit putus la nih. agak nyesal juga mula2 sebab rasa jauh lagi jalan ni. tapi mandangkan jalan tu tak banyak kereta dan aku pulak yang kena drive, ia jadi ok la pulak. kami singgah kat seremban, ziarah adik aku dan tumpang sembahyang maghrib. aku bawa anak buah aku yang sebaya ngan put3a ke kl sama hari tu. nama dia tak naik untuk latihan plkn tu. aku ingat nak sama2 tolong cari kerja kat dia.

sambung cerita cuti raya cina lagi.....

lepas makan tengahari kat restoren warisan isnin hari tu, terus ke pondok kecil kami kat kpilah. sementara aku membersih dan mengemas dalam rumah, put3a dan fd menyapu laman yang penuh dengan daun2 kering manakala pc menyiram pokok2nya di sekeliling rumah. . cuaca memang paneh betul sekarang. pokok2 getah aku yang boleh di bilang dengan jari tu pun kelihatan daunnya makin kekuningan dan kalau tak hujan juga beberapa hari lagi mungkin daun2nya akan luruh. bila daun luruh, susu getah juga akan berkurangan. nasib baiklah belum nampak lagi tanda2 krisis air kat kpilah ni. maklumlah kalau mengikut fakta geography masa aku sekolah dulu, katanya kpilah adalah the driest area in malaysia....tanda yang nyata adalah nampaknya tanah kat depan rumah merekah sikit dah. satu lagi yang membimbangkan ialah petang semalam masa singgah kat seremban (rumah ayah aku), daun2 pokok kurma yang ditanam oleh pc jadi kekeringan. nmpaknya pokok kurma tu tak tahan cuaca panas malaysia kut.


Tuesday, February 16, 2010

banyak nak tulih tapi tak dan

aku sampai rumak kl jam 10.00 tadi.

aku nak sambung cerita semalam dulu. keluar dari hyway bukit putus, pc ajak kami singgah dulu makan cendol kat ulu bendul. bukan kat tempat taman reakrasi ulu bendul tu tapi kat atas lagi sikit iaitu kat gerai pakdin yang terletak di depan rumahnya.

kami kerap juga menikmati cendolnya. apatah lagi pakdin ni pulak wajahnya seakan seiras dengan arwah paktam, bapa saudara pc, di jitra nun. sehinggakan kami turut secara diam2 menggelarnya paktam. jadi untuk melepaskan rindu pada paktam sebenar, kami singgahlah ke gerai pakdin.

tak cukup dengan makan cendol, terlintas pulak hati nak lunch kat restoren warisan yang terletak dalam kawasan taman budaya seri menanti. tempat tu betul2 terletak tepi jalan besar seremban-kpilah dan berdepan dengan simpang nak ke istana seri menanti. rasanya restoren tu dah beberapa bulan dibuka. tapi ini merupakan kunjungan kali pertama bagi kami.



cantik dan nyaman tempat ini kerana selain laluan masuk, taman budaya ini dikelilingi sawah padi yang menghijau dan tidak berapa lama lagi padi2 itu akan menguning pula. masa makan tu kedengaran juga bunyi muzik traditional macam ala2 gamelan gitu. stage kecil untuk pertunjukan kebudayaan juga ada. tapi tengahari tu takda show ape2. mungkin untuk hari2 tertentu saje kut. menu sudah tentu masakan panas ala thai plus sikit masakan nogori gulai daging/ikan salainya serta sambal tempoyak. kami makan biasa2 saja. dari segi harga, sesuailah dengan keistimewaannya yang terdapat di situ.

salah satu perkara yang menarik perhatian aku adalah terdapatnya kemudahan seperti sebuah kerusi roda untuk membawa yang kurang upaya dari kereta ke meja makan dan 2 buah prams untuk bayi. lain2 jenis tempat duduk tu seperti sofa dan kerusi tinggi untuk kanak2 dah biasa kita tengok kat restoren2. selama aku dan famili ada di situ, aku perhatikan ramai pelanggannya membawa keluarga 3 generasi: cucu, anak/menantu, ibu/ayah. yang membawa 4 generasi mungkin ada juga terutamanya yang cepat kahwin dan panjang umoq. inilah dia orang2 malaysia yang perihatin akan familinya.

out of the house

semalam kami seawal 7.00 pagi dah keluar rumah menuju ke airport subang. flight put3n ke astaq jam 9.40 pagi. oleh kerana jalan agak lengang, kami sampai awal juga dan sempat breakfast kat restoren mamak di tepi jalan dan hujung kawasan landasan kapalterbang. agaknya di situlah kebanyakan mereka2 yang bekerja di lapangan terbang subang menikmati makan2 mereka.

selepas menghantar put3n kat balai berlepas, aku, pc, put3a dan fd menghala ke kpilah. tapi sebelum tu sempat singgah rumah sekejap sebab fd tertinggal kasut sukan dia. kami ke kpilah ikut highway lekas. sekali ni kami tak keluar kat tol semenyih seperti biasa tapi terus lagi ke depan kerana sebahagian lagi highway dah siap. seronoknya tak payah tempoh pekan seremban lagi dah sebaliknya boleh keluar kat tol ampangan. mungkin 3, 4 bulan lagi boleh pulak terus keluar kat paroi yang tak jauh dah dari highway bukit bukit. memang bukit putus dah putuih terus. mana taknya dulu bengkang bengkok yang menyebabkan arwah mak aku pening dan termuntah-muntah setiap kali bila balik kampung. lain pulak pada arwah ayah aku, jalan bukit putus lama ni bagaikan satu nostalgia pada dia. sepanjang jalan itulah yang kerap dia lalui dan berada, malam atau siang ketika menjalankan tugas2nya sebagai linesman telecom.


Sunday, February 14, 2010

cepat, cepat.

cepatnya masa berlalu. esok put3n dah nak balik sekolah semula. belah utara hari selasa dah hari kerja. luse put3a dan fd pula balik tempat masing2. pagi tadi lepas brunch, kami sume pi carrefour wangsa maju kerana masing2 nak beli barang2 nak bawa balik ke destinasi masing2 nanti. susut banyaklah poket hari ni.
walaupun hari ni hari tahun baru cina, nampaknya peniaga2 cina zaman ni ada yang tak cuti. mereka nampaknya ghairah berniaga jugak kerana masa cuti ni lah ramai orang pergi ke shopping kompleks. dan di antara orang2 itu adalah keluarga aku sendiri. rasanya sambutan raya depa pun nampaknya tidak begitu meriah sekali ni. jiran aku kiri kanan orang cina. depan pun ada 3 keluarga cina. pasangan muda sebelah kanan, balik ipoh. manakala pasangan sebelah kiri yang agak berumur sikit sudah tentulah rumah depa menjadi tempat perhimpunan anak2, menantu dan cucu2.
malam tadi adalah juga dengar dentuman mercum sekejap2 lepas tengah malam. siang tadi pulak senyap sunyi je. ade ke kerana cuaca yang panas la ni buat orang tak keluar rumah. mungkin juga...... pc tadi ajak dinner kat luar. tapi nampaknya semua menolak pelawaannya kerana tak tahan panas berlengeh. lagi pun masih kenyang lagi sebabkan simple late lunch yang aku buat tadi, jam 4 lebih ma. tapi by now masing2 mengharap pulak. ape agaknya yang pc akan bawa balik sat gi ye..........
memang laju masa berlalu ni. put3n dan fd tak siap2 lagi kerja sekolah. aku yang risau tengok. esok pagi2 jam 7.00 dah kena keluar rumah untuk hantar put3n ke airport subang. dia akan ke astaq dulu dan lepas zhohor baru balik langkawi ngan ferri. dah janji ngan kawan2 dia di sana nak balik sekali. hati aku rasa lega sikit dia ada kawan bila nak naik van atau teksi ke sekolah nanti..

Saturday, February 13, 2010

dinner kita

malam ni dinner kat rumah je. sementara menunggu anak bujang sulung si fz datang bawa minyak masak yang dah kehabisan stok, aku dan put3a masak dulu gulai ayam cili padi dan sayoq kobis goreng. kemudian aku sediakan bahan2 bagi menu utama pc iaitu daging goreng kicap. menu ni memang dah menjadi tugas pc untuk memasaknya kerana orang lain termasuk aku tak dapat lagi menandingi cita rasa masakan dia. bab2 masak memasak ni aku memang kurang pandai. boleh buat macam2 tapi tahap kejadiannya dan kesedapannya diragukan. aku masak cili api oraitlah. anak2lah menjadi pengukur tahap kemahiran bab masak memasak aku. nasib baiklah pc jenis yang tak reti makan banyak benda. kalau tidak teruk juga aku kena komen agaknya. dia gulai2 tak makan, mee kurang. begitu juga kueh mueh. menu dia nasi, nasi, nasi. lauk pulak goreng tu, goreng ni. tu lah sebab rumah ni budget minyak masak lebih sikit dari orang lain.
walau pun hanya 3 jenis lauk untuk menu makan malam ni, masing2 nampaknya sungguh berselera. apatah lagi bila sekali sekala dapat makan masakan ayahanda depa yang sedap.

kisah `recycle'

pagi tadi kami brunch kat restoren favourite pc. anak2 akur saja walau pun fd agak segan sikit nak makan situ. anak perempuan tokeh kedai tu dulu sama sekolah (sekolah rendah) dengan dia dan kawan fbnya pulak. macam mana anak bujangku boleh malu pulak ni. tapi kawan...

lepas makan kami pusing2 cari modal untuk projek cuti sekolah put3n berkaitan recycling bahan buangan. tangkaplah gambar tong2 dan pondok kutipan sampah kat beberapa taman yang syaratnya tak lebih dari sekitar 5-7 km dari rumah sendiri. memang aku tak berapa perasan sebelum ni pondok kutipan untuk barang2 yang masih boleh digunakan seperti buku, perabut, pakaian2 dll untuk tujuan derma.
itu pun sebab kebetulan salah satu dari pondok tu dah overflow dan pondok yang lagi satu tu pulak kebetulan juga ada sorang lady tengah load sebungkus buku2 lama. selalunya aku bagi/tinggalkan kat depan rumah sambil mengharap mereka2 yang setiap hari mengutip barang2 recycle akan mengangkut benda2 tu. cuma kadang2 barang2 tu ditimpa hujan kalau dia orang tak berkenan nak ambik. aku memang tabik dan berterima kasih kat usaha diorang ni. tak ramai yang sanggup buat kerja cara ni. tapi satu perkara yang aku tak tahan tu, ade antara depa ni bila buat kerja menyelongkar tak tutup balik tong sampah atau biarkan benda2 berselerak. minggu depan aku rasa nak punggah baju2 yang masih elok dan dah tak nak dipakai lagi oleh masing2 dan load kat pondok recycle tu. harap2nya janganlah ada dari rakyat malaysia ni pi taruh lak sampah2 biodegradable kat situ. walhal sampah2 sebegitu ade tempatnya yang berasingan.

Friday, February 12, 2010

ikut hampalah nooh

hai ... masing2 dah tumbang dah. hanya aku dan put3n je yang masih mengetuk2 keyboard computer ni. yang lain tu pc, put3a dan fd dah lama dibuai mimpi. fd sampai rumah tadi dah hampir maghrib. pc pulak awal sikit balik rumah hari ni. dah 2 hari dia tertinggal benda penting masa nak pi kerja. kemarin tertinggal kad parking. hari ni tertinggal laptop. mungkin sebab cuaca hangat sekarang ni kut yang betul2 membuat masing2 rasa fatigue. pasang acond pun tak jadi.
ingat malam ni nak celebrate hari jadi fa kat luar. hari ni dia dah masuk 26 tahun. tak dengar lagi crita kok2 nak tunjuk calon pun. tapi malam ni macam biasalah mesti celebrate ngan kawan2 kamcengnya. 2 hari lagi hari jadi along depa, fz pulak. jatuh pada hari kekasih. tak tau lah macam mana dia celebrate hari jadinya pulak. dia 2 tahun lebih tua dari fa. pun begitu juga keadaanya. tapi ape nak gaduhkan asal hati depa senang...jadi jomlah kita pi tidoq.

cuti2 lagi 1 malaysia

ini kali ke berapa pulak aku kena pesan pada diri sendiri. next time mesti telepon dan confirm betul2 sekali lagi sebelum ambik apa2 tindakan. bukan apa, pagi tadi aku begitu yakin bila put3a tepon kata dia dah dalam perjalanan balik ke kl. pada aku dia yang menaiki komuter dari seremban, dalam sejam akan sampai stesen lrt bandar tasik selatan. aku janji nak jemput dia kat situ. rupa2nya dia baru sampai stesen komuter seremban dari kem karisma dengan bas plkn.

waaa....kenalah aku tunggu sejam lagi kat stesen tu. nasib baik sejam saja. ingat tadi nak breakfastlah dengan put3a kat mana2. tapi tak boleh tunggu lagi, perut dah keroncong. gerai makan takda lak kat stesen tu. nasib baik ada orang jual nasi lemak, mee, beehoon dan kueh mueh kat tepi laluan berbumbong tak jauh dari bangunan stesen. apa lagi aku pun belilah nasi lemak dan beehoon kat kakak tu. air pulak air mineral. beli kat kedai mini kat stesen tu. makanlah aku dalam kereta. heeee teruknya aku macam tak makan banyak hari. nasib baik jugalah panas matahari baru suam2 kuku. bolehlah aku lepak2 dalam kereta sambil baca harian metro.

betul2 sejam lepas tu, put3a pun sampai tersengeh2. heee budak niiii. dah dia pulak lapar, singgahlah pulak kami kat carrefour ampang. dia makan nasi ayam. aku minum saja. nescafe ice. lepas tu kami singgahlah pulak kat gerai jual nasi beriani johor. beli empat bungkus, lauk ayam 2 dan daging 2. mengapa banyak sangat ye... hari ni put3n dan fd juga balik rumah sempena cuti perayaan tahun baru cina selama 4 hari. nasi beriani johor tu adalah favourite fd. macam biasa, fw pulak balik astaq rumah tok dan tokwannya.

put3n sampai rumah tadi lebih kurang jam 2.00 ptg. dia naik firefly astaq-subang dan abang ngah dia fa jemput kat airport. fd pula tak sampai lagi ni dari jasin. dia mungkin tumpang kereta kawannya yang tinggal area2 rumah kami.

Wednesday, February 10, 2010

makan2 n window shoppimg

pagi lagi sahabat ku fj dah tepon tadi. macam biasalah, hari rabu dah jadi hari pilihan dia nak service keretanya dan semestinya hari ni dia ambik cuti. ni dah dekat 3 bulan kami tak bersua. maklumlah dia sekarang pun dah pindah rumah nun jauh kat klang. disebabkan masih setianya kat tempat service kereta dekat rumah aku tu, adalah juga sebab musabab kami boleh dating lagi. nak harap saja masing2 bertandang memang payah dah. dengan dia masih bekerja dan aku pulak weekends tak tentu, selalunya sebok ngan anak2 dan family.

aku jemput fj kat tempat service kereta dan kami breakfast kat gerai kakjah. kakjah kawan aku masa belajar mengaji quran dengan ustaz bb dulu. kakjah masih lagi ngaji kat situ tapi aku dah lama merihatkan diri....aku suka makan kat kedai kakjah ni sebab masakan dia sedap2. kueh mueh berbagai jenis sungguh come2 dan menyelerakan. balik kalau tak bungkus kueh mueh tak sah la.. kalau nak kenduri, ramai jugak geng2 yang tempah kat dia.

lepas breakfast, aku terpaksa pi kelas arab sat kat masjid bkt indah. fj pulak selesai urusan dia kat selayang. masa breakfast tadilah baru aku tahu yang fj dah bertukar tempat kerja. dari selayang ke putrajaya dan dah sebulan pun dia di tempat baru tu. fj nampak tak seronok kat tempat baru tu. tapi biasalah sesapa pun kalau baru beralih tempat akan merasa asing sat. tunggulah 2, 3 bulan lagi keadaan akan berbeza.

lepas kelas, aku dan fj jumpa balik kat masjid bkt indah dan terus pi window shopping kat jusco wangsa maju dengan kereta dia. fj beli sepasang kasut yang agak mahal juga tapi amat selesa terutamanya untuk kaki kirinya yang terseliuh baru2 ni. memang nampak membengkak juga sikit. aku tengok2 je dan tak beli ape. rambang memata. dalam hati ade niat nak mai pulak bila anak2 balik cuti hujung minggu nanti.

kami tak ronda2 lama sebab dah ketaq lutut lapaq. jadi kami lunch kat food court jusco tu je. dan we say good bye kat masjid tu balik. next dating mungkin 3 bulan lagi pulak........kalau diizinkanNya.

Tuesday, February 9, 2010

cerita pokok lagi...

aku dan hh tadi memang nasib baik sebab sesampai je rumah kak rk tadi, dia sebenarnya baru balik dari urusan dia di luar. kami tak duduk lama kerana kak rk mungkin nak cook lunch for the family. masa tu dah jam 12.00 tgh. mood kami pulak bukan masak memasak masa tu. kesian kak rk. tapi apa pun kami ber2 so gembira and thankful sebab kak rk bagi kami sorang sepasu anak pokok avocado. aku dapat 2 anak pokok manakala hh dapat sepokok. nampaknya bolehlah kami banding2 nanti perkembangan pokok masing2. harap2 serasilah pokok2 tu dengan kami, tuan2 barunya. tq kak rk. nanti kami habaq kat kak rk perkembangan pokok2 tu.

pokok o pokok

pagi tadi brunch dengan hh kat tempat sama ahad hari tu. makan pun benda sama juga. dia pun gitu juga. cadangnya lepas makan kami nak pi jemput anak pokok avocado kat rumah kak rk. tepon2 tak angkat. terjah jugalah hari ni.
lupa nak cerita yang hari ahad hari tu, kami kutip buah2 pumpong yang bertaburan dekat dengan gerai makan tu kerana kebetulan masa tu orang mpaj tengah tebang salah satu dari pokok2 tu. hari ni aku snap pulak gambar pokok2 tu sebagai koleksi aku. nama saintifik pokok pumpong ni alstonia. orang indon namakan pokok pulai. pokok ini pulak ada banyak jenih pulak. kalau kat astaq ada tempat nama pumpong, di johor pulak ada pulai dan di perak ada spg pulai. pucuk dan kulit kayu pokok ni ade orang buat ubat herba dengarnya. dan batang pokok yang matang pula adalah diketagorikan sebagai kayu ringan (soft wood).




orang kata kita tak boleh makan buah pumpong ni tau. takut keracunan dan gatal2 pulak nanti. aku saja2 belah buah ni kerana teringin nak tengok macam mana isinya. buah yang muda memang bergetah sesangat dan yang tua keras bersabut. pokok ni banyak ditanam sebagai pokok hiasan oleh pihak majlis2 berkuasa tempatan. katanya juga buah pumpong tu boleh menjauhkan tikus kat dalam rumah. sejauh mana kebenarannya tak tau lah pulak. sambung cerita lepas ni ye...

Sunday, February 7, 2010

antara hobi dan angan2

malam tadi tetiba teringat kat buah avocado . last year kak rk yang dok kat cheras offer benih pokok avocado. teruknya baru kemarin berdetik nak pi amik. aku sms kat kak rk malam tadi jam 23:40:13 tanya ada lagi tak pokok tu. hebat! kak rk jawab sms aku jam 01:00:00 pagi. tu kan dah dinihari kan.

supaya lebih meriah, aku ajak sahabat aku hh ke rumak kak rk. jadi lebih kurang jam 10.00 pagi tadi aku dan pc jemput hh kat taman cahaya dan terus breakfast kat gerai kelate tak jauh dari rumah dia. make nasi berlauk la sume ye. abe hh takdo umah main golf. lepas makan terus terjah rumah kak rk. memang tak tepon dia pun. rupanya dia ada program kat damasara pagi tu. nasib baik anak bujang dia cukup ramah mesra dan tolong tunjuk2kan pokok2 avocado tu. rasanya mungkin 1st time kami tengok pokok tu. aku pun snaplah sana sini untuk rujukan. nak amik benih pokok kena mai lainlah. tak manis lak tuan rumah takda kan. sat tadi kak rk sms pelawa late breakfast kat rumah dia esok. hmmm kena bincang dulu ngan hh nampaknya.....esok pc dah keja. malehnya nak drive sendiri area tu.


balik dari rumah kak rk, kami teruih ke hulu langat batu 14, survey tanah+rumah comel yang hh cadang nak sewa. hh dalam proses jual rumah dia kat taman cahaya tu. tanah tu memang sesuai kalau nak buat projek nursery, bela ikan keli ke atau saje2 menebas untuk keluar peluh. cuma agak takut sikitlah cik kak tu kalau ade masa kena tinggal sorang2 malam hari sebab rumah2 jiran agak jauh sikit dari pandangan. kalau menjerit pun mungkin dengar sayup2 je. kalau hh dan abe dia boleh jamin duduk situ, pc minat juga nak share sewa tanah tu. kalau selalu tinggalkan rumah, takleh la . nanti habih hasil disapu kat orang pulak nanti. kita tunggu je ape pelan hh seterusnya,



Wednesday, February 3, 2010

buah2an yang asing padaku

dua minggu lepas, sahabatku pn gy menghulur aku sebiji buah nona untuk aku rasa. ia adalah hasil dari pokok yang ditanam sendiri di depan rumahnya. dulu dia ada juga bagi aku anak pokok nona untuk ditanam. memang pc dah tanam kat kg kpilah. tapi lupa pulak aku nak ikuti perkembangannya. entah hidup entah dah piap...agaknya awal sangat gy petik buah tu sebab baru isnin hari tu buah tu masak. not bad. tk gy. kaedah makan macam makan biji koci. cuma bezanya isi biji koci kat dalam kulit. kerana banyaknya biji2 yang halus tu maka memang sesuai dimakan oleh puteri2 yang sopan santun dan sabaq. apa khasiatnya ye. nanti aku cari kat tenet.
tadi lepas kelas arab, pn. gy menghulur lagi buah tangan berupa 3 biji buah yang jarang dijumpai atau dimakan oleh kita2 sekarang. yang ni sah bukan dari pokok yang dia tanam sendiri. mulanya aku ingatkan buah pisang kaki. tapi rupanya buah cepu atau cupu. ia jauh lebih kecil dari buah pisang kaki. oleh kerana masih hijau dan masam, katanya boleh dicampur sebagai sayur dalam gulai lemak cili padi. aah terlioq dah. katanya juga warna buah yang masak pun seakan buah pisang kaki dan bila nak makannya siat kulitnya macam makan pisang. bila2 senang nanti aku kena cari macam mana rupa pokoknya dan buah yang masak untuk tahu keenakannya.

dinner kat `dapur kita'

kemarin aku dan kawan umrah si tmk dinner kat luar. dia single mom of 4 lovely kids age 5 - 15 yrs. yang specialnya malam tadi 1st time aku dapat bertemu dengan anak2nya. cuma 2nd daughternya tak ikut sama kemarin. next time kut. nice sebab semua anak2 dia boleh sembang. gelagat anak bongsunya yang comel menghiburkan. mengingatkan aku akan anak2ku semasa kecil2 dulu. riiinduuuunya akan masa2 itu. tapi apakan daya, we grow up and get old with time.

what did we have yesterday...yang biasa je, nasi ayam, nasi goreng ayam, char kue teow, mee goreng, mee kuah udang and satey ayam n daging. ayaq macam2 jenih. not bad. roti canai pun ada dijual daa kalau nak. malang battery camera kong. so no food photos. nasib sempat ambil 1 gambar ramai. anak bujang tmk jenis camera shy pulak. so dia jadi cameraman je lah. restoren ni memang nampak ceria, cosy and ada wifi lagi. kalau bawak anak2, bawaklah laptop sekali. depa takkan cemuih dok lama sikit sementara mak2 sembang. macam mana pun kami say good bye awal sikit sebab esok budak2 tu nak sekolah.

anak2 akan pulang bercuti sempena raya cina 2 minggu lagi. aku ingat nak bawak depa kat restoran situlah nanti. mungkin untuk supper kut sesuai dengan jiwa anak2 remaja yang perlukan sedikit rihat. tapi sekali sekala je tau sebab amalan makan dah lewat malam ni tak berapa sihat pulak kan.

Tuesday, February 2, 2010

jamu menjamu di kem karisma

ahad 31/01
lepas lawatan ke muzium jasin kemarin kira2 jam 5 ptg kami terus menghala ke kpilah ikut jalan belakang: selandar-gemenchih-dangi-senaling-kpilah. malam tu kami tidur di sana sebab esok nak melawat my daughter puts3a di kem plkn karisma. seperti biasa sebelum dapat merehatkan badan terpaksalah membersihkan rumah dari benda2 yang ditinggalkan oleh si cicak dan kak ti. depa ni pun baru 2 minggu tinggalkan rumah sempat je depa buat hal ye. kipas2 siling tu pun dah himpun habuk. lain kali je lah aku bersihkan. tak larat. dinner pun nasi lemak bungkus je.

seperti dijanjikan jam 12.30 tgh : 20 keping roti porata berlaukkan kari daging cincang, kuih apam balik, kuih putu piring, jus anggur, jus durian belanda , mineral water dan biskut2 kering untuk menjamu put3a dan kawan2nya di kem. maaflah ye nak . mak tak berkesempatan nak masak memasak sendiri. semuanya dibeli je kat kodai. mungkin lain masa.......

balik ke kl awal hari tu sebab pc ada janji temu dengan geng2 opisnya belah petangnya.




eh februari dah

bye bye januari. cepatnya masa berlalu. apa tah perkara2 baik yang dah aku buat bulan lepas ye..aktiviti mengakhiri hujung minggu bulan januari hari tu:

pagi sabtu (30/01) aku dan pc ke jasin, melaka untuk melawat anak bujang kami fd yang bersekolah di sana. sebelum tu kami singgah di stesen minyak kat hyway cheras yang kebetulan ada serve makan2. bagus juga stesen tu ingat tentang perut pemandu dan bukan setakat kereta je perlu diisi tangkinya kan.

tengok apa kami makan pagi tu. boleh tahaaan......
oleh sebab takda apa nak dikejarkan, kami ikut hyway lokeh je dan sempat jenguk adik aku di seremban.
tunggu punya tunggu fd di kantin sekolah hampir sejam. rupanya dia tertidur di dormnya kerana letih menunggu. sempat jugalah aku selesaikan tanggungjawab aku kat surau depa dalam masa tu. aku juga perasan ada sepohon pokok kurma setinggi aku agaknya di belakang belah perempuan surau mereka. pc kan minat ngan pokok2 kurma ni. esok2 kalau datang lagi tempat tu bolehlah jengok perkembangan pokok tu lagi . tu pun kalau depa tak tebang atau buang. selesai ronda2 pekan jasin dan beli barang2 keperluannya, kami pun hantar fd balik semula ke sekolahnya .

on the way balik pc terperasan bangunan muzium kat pekan jasin yang comel dan berdepan dengan bangunan pejabat polisnya. aah u turn balik dan here we come muzium. dah setahun lebih dok pi mai pi mai jasin, baru hari tu nampak muzium ni. banyak juga sejarahnya pekan jasin ni. mai lah singgah bila sampai pekan jasin nooh.