Wednesday, January 27, 2010

hilang gelap timbul terang

jam 22.40 tadi, jiranku eric sekeluarga seperti bersorak gembira bila letrik ade balik. aku pun rasa lega. begitulah nikmat kuasa letrik pada kita. tanpa letrik kalau pada malam hari kita macam buta separa.

gelap gulita malam ni

dah lebih sejam kami ketiadaan bekalan lektrik. nasib baik aku ada lampu suluh dan bateri pun elok lagi. dah satu setengah batang lilin dibakar untuk menerangi bilik aku. kacau juga kalau dibuatnya takda letrik sampai pagi. pc dahlah takda ni. dia outstation astaq 2 hari. nasib baik `kawan baik' ni ada hayat lagi. nak tidoq awalnya lagi. paneh pulak tu. nak keluar rumah pun malehnya. nasib baiklah juga dah makan petang tadi.

dulu masa kecik2 pernah juga rasa hidup tanpa letrik bila balik kg. baca buku dengan pelita. dah tu awal2 dah tidoq. dan takda pun kecoh kepanasan macam la. pi ngaji malam kat masjid pun pakai suluh pelepah nyioq je. jangan sekarang , gelap gulita dalam rumah sendiri pun dah seriau. itulah sebabnya aku masih berada dibilik sampai la berbekalkan lampu suluh yang satu dan comel. hai tekak pun dah kering ni. nak kena turun bawah juga nampaknya.........

Sunday, January 24, 2010

reunion geng umrah jun 09



wow..... baru la ni `tenet ok sikit. geng2 kat fb pun merungut juga pasai `tenet ni. nasib baik masing2 tahap kesabaran tinggi. orang lama la katakan.

malam tadi kami geng2 umrah jun 09 buat reunion kat restoran arab al-rawsha, ampang. mak ooi tak sangka lak punyalah ramai umat kat situ. macam orang buat kenduri kahwin. restoren yang asalnya rumah banglo tu katanya kalau bulan ramadhan sesak sampai ke luar pagar kawasan. menunya berbagai2 pilihan dan harganya boleh tahan juga dan tak jauh beza sepertimana sekutu2nya yang lain. tempat ni rasanya sesuai sangat kalau untuk keluarga atau group yang ramai. kalau untuk couple2 tu tak sesuai lah pulak sebab hingar dan takda sudut2 privacy.

walau pun reunion malam tadi hanya small group (6 orang+1family member+ 2 family friends), tapi cukup untuk mencetuskan perancangan untuk perjumpaan2 yang berikutnya nanti. walau pun ada yang tak bersua muka lebih 6 bulan, tapi kemesraannya tetap seperti dulu. itulah rupanya penangan ziarah umrah atau pun kerja haji di tanah suci itu. keakraban dengan geng2 yang terjalin di sana, kadang2 dirasakan melebihi dari keakraban dengan sedara mara sendiri.

makan ape malam tadi......memang masing2 rindu nasi mandy chicken, mandy lamb....burp...
resolusi lepas kenyang......perjumpaan kat mana nooh.... selangor, perak, kedah or pahang.. kalau dirancang sangat payah nak jadi. terjah. terjah je .





Friday, January 22, 2010

mana `ternet

masuk ni dah 3 minggu tak dapat melayari internet dengan baik. macam biskut sat ada sat takda. blog sendiri pun takleh buka, ni tengah semangat nak bercerita ni. menyahut seruan kawan2 yang mengatakan menulis tu salah satu dari 20 cara buat brain kita terus working well. tapi kalau line ternet terus macam ni....alamat

Wednesday, January 13, 2010

aktiviti awal tahun

banyak hari tak buat entry ni. seminggu.

hujung minggu hari tu balik kg kpilah lagi. hari ahad sempat juga hadir kenduri kahwin sedara dan dapat juga jumpa sepupu dan maknya yang baru balik dari makkah. alhamdulillah mereka nampak sihat2 saja. hujung minggu tu juga aku tak boleh lagi melawat put3a kat plkn karisma. undang2 gitu. untuk minggu depan dia dah pesan kfc. baru seminggu kat sana dah macam kemaruk makan.

fd pula dah minta carikan sekam padi dan tangkai kosong kepala sawit untuk projek semesternya sabtu ni. dia dan rakan2nya akan ke upm untuk bertemu penasihat projeknya. benda yang dah ade cuma 2 tangkai kosong kelapa sawit yang kami kutip tepi jalan kat kg hari tu. sat tadi dia tepon nak tangkai yang fresh pulak. mana aku nak cari ye..... sekam padi no problem. member dah tolong dapatkan.


Wednesday, January 6, 2010

hal sekolah 2010

ramai tak mai kelas arab hari ni. mungkin masing2 masih terlibat menguruskan hal sekolah anak2 atau cucu2. yang baru masuk tadika atau tahun satu mesti ade yang kena tunggu lagi kat luar kelas. aku dah tak perlu buat kerja tu dah buat masa ni. tahun ni fd akan menduduki pepereksaan spm manakala put3n akan menduduki pepereksaan pmr. tapi nampaknya dalam 2, 3 minggu ni kena siap sedia untuk bank-in duit kat akaun masing2 kerana macam2 yuran perlu dibayar serta untuk beli berbagai buku. petang tadi aku dah pos 3 helai tudung warna hitam dan 3 serkop rambut untuk put3n. aku tak sempat nak tulis nama kat benda2 tu tadi sebab tak jumpa marker warna putih. puas juga cari kat carrefour tadi. tapi tak jumpa. ade ke marker warna putih sebenarnya.

harap masalah put3n hilang benda2 macam tudung, setokin, baju sekolah kat sekolah ni berkurang tahun ni. kalau tak silap tahun lepas sahaja ade 5 kali aku buat kerja mengepos barang2 kat dia ni. perkara hilang barang kat sekolah berasrama ni memang biasalah. beberapa sebabnya adalah pertama mungkin pemilik sendiri yang lengai, kedua ade rakan2 yang hobinya pantang jumpa kebas dan ketiga mungkin pemilik memang selalu kurang nasib baik.



Monday, January 4, 2010

cerita awal tahun 2010

masa ni keadaan balik seperti dulu. tinggal aku dan pc sahaja kat rumah. tetamu terakhir petang tadi ialah adik pc si dsha dan suaminya ckp. suaminya akan pulang ke astaq malam ni. manakala dia sendiri terpaksa mengasuh cucunya di subang sehingga besannya mengambil giliran. hari ni juga pc tak pi kerja. kami menghantar anak dsha si atyn balik kampus di upm sebelah pagi dan sempat melepak dan minum2 di medan makan depa sementara urusan selesai.

banyak nak cerita ni. hari jumaat 1 januari 2010 kami pada mulanya hanya nak melepaskan sedara mara yang nak pi majlis kahwin kat jengka setakat kat tol karak saja. tapi instead of u-turn balik kat genting, pc terus ikut convoy ke jengka. apa lagi anak bongsuku si put3n teriak le sebab mengenangkan kerja sekolah tak siap dan barang2 nak bawa balik ke sekolah esoknya tak beli lagi. begitu juga dengan put3a yang esok kena lapur diri plkn kat putrajaya. jadi selepas menjamah makanan petang yang disedikan oleh pihak pengantin perempuan di homestay yang disediakan, kami ( aku, pc, put3a dan put3n) pun terus balik ke kl. wakil hadir dari keluarga kami adalah fd, ft, dsha, ckp dan anak mereka atyn. sesampai je kl malam tu dan selepas solat maghrib, kami terus ke carrefour ampang untuk beli keperluan put3a dan put3n. nasib baiklah ape2 yang diperlukan semuanya boleh didapati di situ dan mereka tidak boleh cerewet kerana dah kesuntukan masa untuk protes.

pagi sabtu tu 2 januari 2010 jam 6.30 aku pastikan keduanya , put3a dan put3n telah siap sedia untuk bertolak ke destinasi masing2. put3a kami hantar ke park & ride putrajaya iaitu pusat pengumpulan pelatih plkn. kami tak sarapan kat rumah kerana memikirkan kemungkinan di situ ada menjual makanan. tapi tekaan meleset ditambah pulak kerumitan mencari tempat makan di putrajaya itu pada awal2 pagi hujung minggu. kesesatan dalam mencari semula lokasi asal juga menyebabkan kami putus asa. jadi akhirnya put3n terpaksa sacrifice biskut kering yang dia ingat nak makan dalam kapalterbang nanti kepada kakaknya.

setelah put3a mendaftar nama dan mengetahui bas mana yang dia perlu naik, kami pun meninggalkannya di situ. dah tak sempat nak tunggu dia berlepas ke kem karisma k.pilah kerana penerbangan put3n ke langkawi di lcct pada jam 1050 pagi. sebagai ganti biskut keringnya tadi dan kemungkinan sekolah tak sedia lunch hari tu, aku bekalkan put3n makanan dari mcdonald. itulah makanan kegemaran anak2 sekarang ye. alhamdulillah mereka selamat sampai ke destinasi masing2 termasuk geng yang pi kenduri di jengka yang sampai rumahku lewat petang itu juga.

semalam 3 januari 2010, awal pagi kami dah keluar rumah untuk menghantar fd pula ke sekolahnya di jasin. dsha, suaminya ckp dan atyn turut sama dalam perjalanan itu untuk melihat2 tempat orang. sempat juga kami orang2 perempuan membeli belah di kedai rm2 kat pekan jasin. seronok juga bagi kita yang kurang duit.

pc semestinya ambik kesempatan untuk singgah kg kpliah bila2 pergi ke jasin. menjenguk pokok2nya seperti biasa. oleh kerana masing2 keletihan, dapatlah masing2 tidoq petang di sana sekejap. dan kemudian minum petang dengan mencicah biskut kering yang biasa dijual di kg je kat laman rumah. aduh nyamannya udara ketika itu. lepas solat maghrib kami pergi membuat tinjauan dari jauh kem karisma. dengan adenya cahaya lampu barulah kami dapat lihat yang kem tu sebenarnya agak besar juga kawasanya kerana bahagian belakang kawasan didapati rendah sedikit dari hadapan dan terlindung dari pandangan.


selepas tinjauan akan kem karisma itu, kami makan2 di medan makan pekan kpilah bersama kedua2 emak saudara aku serta pasangan masing2 yang kebetulan ade di kg masa tu. menu malam tu nasi lemak ayam goreng special. sedaaaap. aku belanja malam tu. sembang malam tu juga rancak kerana ade comman interests di antara masing2.

kami bersurai kira2 jam 10.00 mlm. dan sampai balik rumah kl dekat jam 12.30 mlm.


Saturday, January 2, 2010

selamat menyambut tahun baru 2010

really letih dan mengantuk dari malam tahun baru hingga malam ni. aku betul2 miss saat2 manis nak wish selamat tahun baru kat sedara mara dan sahabat2 tahun ni. tangan dan hati betul2 jadi liat samada nak telepon atau sms. tidak seperti tahun2 sebelum ini, saat menanti ambang tahun baru memang mengujakan dan menceriakan. macam manapun masih tidak terlambat lagi kan... semoga pada tahun 2010 dan tahun2 berikutnya iman kita bertambah kuat, dimurahkanNya rezeki dan dijauhkanNya kita dari azhab dunia dan akhirat. Amiiin.