Thursday, May 6, 2010

auta sunat

pagi kemarin pc awal2 pagi dah bangun kerana terpaksa pi outstation ke astaq balik hari je. aku macam biasa tiap pagi rabu pi kelas arab. minggu lepas aku dah miss kelas sebab ade kematian keluarga hari tu. gy tumpang pi dan balik. mya nampaknya masih tak kelihatan. mungkin tangan dia yang sakit tu belum baik lagi. ustaz war2kan susu kambing yang dia bawa untuk dijual lepas kelas. dulu masa kat makkah aku takut nak cuba minum takut meloya. tapi sekali ni keinginan aku nak mencuba agak kuat. aku beli 2 botol/2 liter kat ustaz dengan harga rm15. aku terpaksa mengatakan susu tersebut susu lembu kepada put3a bagi memastikan dia minat nak minum susu tersebut. dia sebenarnya sensitive sikit dengan hasil2 dari kambing. yang herannya sabun susu kambing dia pakai dan kari kambing masa kenduri rumah mak sedara aku kat melaka hari tu dia makan pulak. aah saje ye kan.....dan alhamdulillah tadi dia telah minum segelas. nasib baik dia takde la pulak komplen ape2 tentang rasenya atau baunya. aku je yang belum cuba minum ni. sat gi la.

hari ni aku masak sendiri lunch : gulai ayam lemak cili api, ikan goreng tepung, sayur campur dan sambal tempoyak. hanya aku dan put3a je makan ni sebab sy dah balik melaka malam tadi. sian dia , aku dah terlena masa ayah dia sampai untuk menjemput dia iaitu sekitar 12.00 mlm. entah mngapa ngantuk sangat aku malam tadi. sampai nescafe yang di buat oleh put3a untuk aku tak berminum pun sampai pagi. aku terjaga dari lena masa pc masuk bilik dekat jam 2 pagi . masa tu dia baru sampai rumah dari airport agaknya.




No comments:

Post a Comment