Thursday, May 27, 2010

ape dia ye.....

fd baru tepon aku dari sekolahnya tadi. walau pun sekolah cuti 3 hari hujung minggu ni, dia tidak pulang ke rumah. aku sendiri tak galakkan balik kerana pepereksaan semester belum habis lagi. lagi pun hujung minggu depan dah nak cuti semester pulak. kemarin dia tepon aku jugak sebab agak risau tak dapat jawab dengan baik kertas add mathsnya. tadi dia mintak aku melawat dia esok. katanya ada benda nak cerita kat aku. aku suruh dia cerita kat tepon je tadi. tapi dia menolak kerana katanya panjang ceritanya. ni yang buat aku suspen ni....jangan dia mintak tukar sekolah dah la. aku agak bimbang tentang kerisauan dia pasai prestasi pelajarannya yang mungkin turut menjatuhkan prestasi sekolah secara keseluruhan. entahlah.... harap2 takda perkara berat.

No comments:

Post a Comment