Thursday, May 13, 2010

buat satu persatu

pagi tadi bawa put3a buat medical checkup. nasib baik klinik yang tak jauh dari rumah tu ade buat x-ray. tak gaduh la pi hospital. bayaran checkup pun hanya rm75 saja. urusan tu selesai dalam masa 1 jam. tapi bukan sume urusan selesai. ade lagi urusan put3a nak kena buat iaitu nak kena buat bayaran yuran pendaftaran dan buka akaun bank kat bimb. terpaksa juga aku melangkah jauh hari ni kerana bimb yang mudah aku pi adelah kat taman melawati. dekat jam 1.30 tgh semua urusan kat bimb selesai. alhamdulillah.

bagi kursus yang akan diikuti oleh put3a ini, bantuan kewangan dalam bentuk elaun sejumlah rm1250 per semester diberikan kepada semua pelajar. sudah tentu ini banyak membantu bagi yang kekurangan budget. tapi sebelum tu dokumen perjanjian berkaitan elaun bantuan ini perlu dibereskan dulu. mungkin minggu depan pulak la tu setelah penjamin dan saksi siap tandatangan dokumen2 tu. lepas tu kat mana pulak aku nak pi matikan setem nanti ye. dulu masa keje sume benda tu dibuat oleh anak2 buah kat opis. ni baru nak belajar buat sendiri nooh.....

baru sat tadi makcik ns tepon. dia menjemput aku sekeluarga hadir majlis kenduri pertunangan anaknya ky kat kg kpilah sabtu ni. entahlah, boleh pi ke tidak. pc sepatutnya report duty kat astaq ahad ni. maknanya sabtu ni dia kena balik astaq dah. dia tak balik lagi dari opis ni. keputusan semua dalam tangan dia.

No comments:

Post a Comment