Monday, May 3, 2010

dari cerita gigi.....

kami ke carrefour pagi tadi. sementara put3a, sy dan fw order makanan, aku ke post office kat situ untuk bayar bil maxis aku. line dah kena bar sebab dah exceed limit. line maxis ni sebenarnya package ngan line internet. mandatory rm50 sebulan. rase rugi kalau tak pakai habis untuk satu2 bulan tu. selalunya kalau masa cuti sekolah, anak2 yang tumpang pakai line ni. line lama aku celcom atas nama pc. lambat laun kena terminate gak salah satu line. tak tau la nak pilih mana satu nak pakai.....sementara tu jenuh pikiaq bayar 2 bil lagi tiap2 bulan.

balik dari carrefour aku sambung lagi baca buku `wildlife warrior' iaitu kisah mendiang steve irvin `the crocodile hunter'. best gak buku ni. baru baca setengah. put3a dan sy sibuk melayari internet dan sekali sekala tengok cd movie. hari ni tak tidoq siang langsung dan masa ni pun belum ngantuk lagi.

masa tengah prepare dinner lewat petang tadi pulak, pc tepon suruh jemput dia kat workshop keta biasa dia. dia cuti hari ni sebab sakit gigi yang amat sangat. tapi sakit2 tu pun dia ambik kesempatan service keta dia dan pi pejabat zakat untuk settle bab cukai pendapatannya. aku tak faham pasai ape dia tangguh2 lagi pi jumpa doktor gigi. dok makan ubat dari farmasi je. ni mesti kes takut nak jumpa doktor gigi ni. aku sendiri pun rasenya dah setahun tak jumpa doktor gigi ni. last hari tu pi kat hospital universiti. tapi malangnya kena buat appointment lain hari pulak sebab kena jadi patient student dentistry. aku masa tu sebenarnya pi melawat sepupu aku yang sakit kat hospital tu. dah alang2 berada kat situ aku pun pi daftarlah kat klinik gigi depa. bila nak pi sana lagi tak tau la pulak..

teringat zaman masa belajar kat um dulu, aku jadi patient exam untuk kawan baik aku si drnm yang ambik dentistry. tu lah sebabnya salah satu tampalan gigi aku adalah dari emas dan dia lah yang buat. free of charge untuk aku dan dia lulus untuk bab tu. dia jugak merupakan salah sorang kawan baik aku masa kat sekolah berasrama penuh dulu. dulu masa muda2, kalau aku kena outstation ke utara sudah pasti aku akan tidoq rumah drnm. mak pak dia dah macam mak pak aku sendiri. tapi kini kedua2 parent dia dah pun kembali kepadaNya. aku tak sempat ziarah arwah emak dia masa dia berada kat kl hujung tahun lepas. mak dia masa tu dah kena stroke dah. tau2 bulan lepas dah meninggal je kat rumah dia di utara. ayah drnm ni pulak meninggal 2 tahun lepas rasenya. tapi aku sempat ziarah masa dia datang ke kl rumah adik drnm di cheras 2, 3 bulan sebelum tu. makcik pun ade masa tu. haa tu la last aku jumpa depa berdua. drnm pulak sebenarnya ditempatkan kat klang awal tahun lepas dengan kenaikan pangkatnya. itu pun kami ber2 tak dan jumpa sampailah berita tengah bulan lepas yang rayuannya untuk bertukar balik keutara diluluskan. nak jumpa macam nama kalau dia saban hujung minggu akan pulang ke utara untuk bersama keluarganya macam weekend wife/mom. nak memandu ke klang aku tak berani apatah lagi pada hari2 kerja. so nampaknya jumpa di utara je la nanti. insyaAllah.






No comments:

Post a Comment