Sunday, March 28, 2010

ziarah sedara mara

jam 10.00 pagi tadi aku dan put3a sampai rumah makcik aku kat cheras. aku bawa sikit makanan untuknya. bukan aku yang masak tapi beli je kat kedai kami breakfast tadi. aku tak tahu nak beli ape tapi aku ingat makcik aku sebut teringin nak makan nasi kerabu. so aku beli nasi kerabu, nasi dagang dan lontong supaya dia ade pilihan untuk makan nanti atau rasa serba sikit tiap makanan tu.

aku sebebenarnya berjanji dengan sepupu aku si rokh untuk berjumpa kat rumah makcik aku tu. kami sama2 ke sana nak pi menziarah anak makcik aku, si jsz yang baru melahirkan anak keduanya. anak yang dikurniakanNya adalah setelah umur anak sulongnya kini berumur 11 tahun. tentulahlah dia suami isteri sangat2lah bersyukur kepadaNya apatah lagi dikurniakan pula seorang putera pulak. anak yang sulong adalah seorang puteri. jsz berpantang kat rumah dia sendiri kat area cheras juga. makcik aku hujung2 minggu dapat off sekejap. tu yang dia ade kat rumah tu. kerana rokh yang merupakan ibu tunggal membawa 5 orang anaknya ( semua 6) sama kenalah kami convoi ke rumah jsz. makcik aku jadi juru pandunya. walau pun rumah jsz dan rokh kira area cheras jugak, aku rasa aku surrender kalau disuruh pergi sendiri sekali lagi kerana banyak sangat jalan2 yang boleh diikutkan dan mengelirukan.

ketika sampai dirumah jsz, suami dan anak perempuannya takde rumah. shopping hujung minggu agaknya. sembang2 sat, tengok2 baby , makan dan minum, kami pun minta diri dan menghala pulak ke rumah rokh. makcik aku turut ikut juga. off day la kan. kami rupanya antara tetamu2 atau sedara mara yang awal menjejak rumah rokh ni. dia baru 3 bulan menduduki 'penthouse' di tingkat 12 tu bersama anak2nya. bestnya 'penthouse' ni. pemandangan luas, ruang tamu luas, bilik banyak. perfecto la. rokh kate ade satu unit lagi penthouse serupe nak dijual kalau interested. ade angan2 juge aku ni.. cume aku ni bimbang sikit sebab aku kan gayat tang tempat2 tinggi ni. semoga rokh bahagia ngan anak2nya. dan satu hari nanti aku nak pi rasa tidoq rumah dia la. bibik dia tak perlu masak hari ni sebab rokh sendiri masak dan jamu kami mi goreng basah. alhamdulillah.

aku rasa aku memang kena datang lagi rumah rokh sebab aku tertinggal stokin hitam aku masa solat dzohor tadi. rokh juga terpaksa menunjuk aku almost sampai ke rumah makcik aku kerana aku memang blank hala jalan nak balik. lepas drop makcik aku kat rumah dia aku terus balik ke rumah. aku rasa makcik aku gembira dapat makan angin hari ni bersama anak2 sedara dan cucu2 sedaranya. tq rokh.

No comments:

Post a Comment