Monday, March 1, 2010

majlis bertandang

pagi semalam ketika menunggu waktu jam 10.00 pagi untuk melawat fd kat sekolahnya yang tak berapa jauh dari hotel, kami sempat cuci kereta yang tah berapa lama tak dicuci. sambil tu kami sarapan di gerai makan sebelahnya. aku makan soto dan pc makan nasi lemak. kerana kereta tak siap lagi, kami share pula roti telur. dan order bungkus 5 keping roti telur untuk fd dan kawan2nya. pada mulanya kami nak ajak fd pi kenduri bertandang tu kat kg pasir tak jauh dari bandaraya melaka. tapi memikirkan risiko tak sempat nak hantar put3a pulang ke kem sebelum jam 5.00 ptg, kami batalkan saja niat tu. fd juga tak begitu keen nak pi. lagi pun kemarin dia dah outing ke pekan jasin ngan kawan2nya.

kami check-out hotel jam 12.00 tgh dan terus menuju ke rumah sepupu di mana depa berhimpun nak convoy ke rumah pengantin lelaki. walaupun terpaksa berpusing2 mencari destinasi, akhirnya sampai juga sebelum depa sempat keluar dari rumah. kalau tidak, mungkin tidak dapat menyertai convoy tu kerana nak sampai ke rumah pengantin lelaki itu terpaksa melalui beberapa simpang bertrafik light dan kemudian melalui beberapa jalan taman yang mungkin berat pada 1st timer. ape pun majlis memang meriah dan ceria. lepas acara merenjis, semua kami yang datang nampaknya diraikan dimeja makan pengantin. sudah tentulah aku tidak melepaskan peluang yang baik itu sehinggakan tidak sedar pc rupanya telah siap makan dulu di khemah lain. mungkin dah tak tahan lapaq kut. dia datang join meja kami kemudiannya untuk jamah serba sikit lauk yang ade.

lepas makan kira2 jam 2.15 ptg, aku, pc dan put3a cepat2 beredar dari majlis menghala ke kpilah. memang tak sempat nak say proper good bye kat depa. semak perut juga dibuatnya kerana terpaksa melalui banyak simpang 4 bertrafik light sebelum dapat betul2 keluar dari melaka ke tampin. setengah jam lagi 5.00 ptg pun sempat lagi singgah pasaraya aktif kat kpilah, memborong barang keperluan put3a. akibatnya sampai kem ngam2 jam 5.00 ptg. alhamdulillah.

aku dan pc lepas tu singgah rumah kpilah. dan le sapu dan bakar daun2 kering yang bertaburan depan rumah dan belakang dapur. nampak manis sikitlah rumahku syurgaku itu. daun2 kering belakang rumah tu kiv dulu. balik ke kl lepas maghrib dan sampai rumah hampir jam 11.00 mlm. alhamdulillah. selamat sampai.

No comments:

Post a Comment