Monday, March 1, 2010

melaka lagi

aku dan pc ke melaka semula petang sabtu. kami tak dapat menghadiri kenduri tengahari tu kerana pc terpaksa kerja pulak pagi tu. memang miss la nak jumpa sedara mara lain yang datang kenduri hari tu.

lepas nikmati makan malam kat rumah sepupu aku tu, kami terus ke jasin. put3a tak ikut sama. dia lebih seronok di situ kerana tak mau ketinggalan dalam agenda2 keluarga lepas kenduri dan persiapan majlis bertandang esok. kerana hari dah lewat malam lebih kurang 10.30 mlm dan tak ingat pula jalan dalam, kami ikut hyway saje ke jasin: keluar tol ayer keroh dan masuk semula ke tol jasin/bemban. walaupun hanya 13 km ke pekan jasin, perjalanan tersebut sangat menyeramkan kerana ia merupakan kawasan estet kelapa sawit yang untuk beberapa km, tiada langsung kelihatan rumah2 orang. kami pun dalam kegusaran kerana lupa isi minyak dulu sebelum keluar hyway ayer keroh. kalau orang nak terjah tiba2 tengah jalan memang senang sesangat. lega juga bila ade 2, 3 kereta lalu di lane sebelah yang dipisahkan oleh pokok2 renek. motor pun ade 2 yang lalu. hai berani sungguh depa ye. bagi yang mencari rezeki halal, sudah tentu itulah perkara yang harus dilalui. ape pun yang penting mesti tawakkal kepadaNya. kami pun begitu juga....

alhamdulillah. kami selamat sampai dengan minyak ngam2. terus saje isi minyak kat steten petronas yang masih buka. stesen caltex depannya dah tutup, gelap. lain kali jangan ulangi kerja gila ni ye. ni peringatan keras untuk kami. kami check-in kat hotel tengah pekan nu. hotel agak penuh juga. tapi nasib baik ade 2 bilik kosong lagi. bilik dan bilik airnya ok tapi macam terdahulu ade masalah flushing. heran ye barang expensive tapi tak function well. lain kali kalau serupa juga mesti kena komplen ni. atau dah high time untuk try dok tang lain pulak kut.




No comments:

Post a Comment