Saturday, March 20, 2010

riuh lepas tu beransur sunyi....

pagi semalam 2 anak gadisku put3a dan put3n serta sy, kawan put3a bertolak dengan bas express tranasional ke astaq. pc tolong hantaq depa kat terminal jalan duta sebab sehala dengan opisnya. jadi tinggallah aku, pc dan fd je kat rumah la ni. hari ni put3n dihantar oleh maksunya ke jetty kuala kedah untuk balik ke sekolahnya semula di langkawi dan baru tadi dia telefon aku mengatakan dia sampai sekolah jam 5.30 ptg tadi. aku memang menunggu panggilannya. despite mengingat2kan beberapa kali pasai hphone, dia tetap tertinggal benda tu dalam kereta pc. payahlah kami nak berhubungan. dia pulak segan nak guna public phone yang selalunya tak berapa ok. memang selalu gitu anak2 ni kalau tak tertinggal benda2 bila nak balik ke sekolah semula adalah tak sah......kalau dekat boleh gak berlari2 hantar tapi ni seberang laut.....ni memang dah rasalah sunyinya kat rumah. seminggu lebih, dari hari rabu minggu lepas sampai kemarin memang sibuk. riuh. masing2 macam murai. anak2 aku aje rasenya.

kan hari ahad lepas fd dan lk tidoq shah alam. esoknya, petang senin tu aku jemput diorang kat stesen lrt setelah puas bersantai2 di klcc bersama rakan2 sekolah depa dan kemudian hantar pulak lk ke rumah salah seorang rakan sekolah depa yang mengundang untuk bermalam di rumahnya tak berapa jauh dari rumah aku. tapi kena juga naik kereta kerana boleh lemah lutut kalau nak jalan kaki. semoga cuti si lk di kl ni membawa kenangan manis baginya. dia pulang ke yong peng esoknya, jam 1.00 tgh dengan ditemani oleh fd sampai kat puduraya je lah. kalau tak banyak kerja sekolah nak disiapkan mungkin aku benarkan fd pi sama ke yong peng. program depa next cuti sekolah pulak agaknya.

nak cerita lagi ni....selasa sebelah malamnya sy dan parents mai. malam tu ade makan2 sikit. aku masak mee hoon goreng conventional method dan parents sy buat demo fast and healthy cooking guna peralatan dapur product baru: ayam & veg, pulut kuning and mee hoon. pc tak dapat ikut demo tu sebab masih kat opis. yes, the food cooked in short time and memang yummy. a wife would love to have all the good things in the kitchen but i don't know what's pc been thinking.....guess that's what bussiness all about. sy tak ikut parents dia balik malam tu bcos will be joining my girls pi astaq on friday i.e yesterday lah.

so wednesday macam biasa meeting my kawan2 pencen again kat kelas bahasa arab. ramai cuti layan atau bawa anak2 jalan sempena cuti sekolah kut. aku happy dengar berita kelas kuliah kat masjid baru kat rumah aku dah punya perabut lengkap and anak2 dapat menghadiri kursus masa cuti sekolah ni dalam keadaan yang selesa. alhamdulillah. bila pulak aku nak ikut kelas2 agama kat situ ye.....

rabu malam tu sepatutnya bawa anak2 main bowling lagi lepas maghrib. nak bagi peluang put3n dan fd main sekali lagi sebelum balik sekolah semula. tapi terpaksa cancel sebab rasa malas pulak selepas member aku tm dan anak2 tak dapat join sama malam tu. rasa tak meriah. tapi rezeki budak2 kan, esoknya, khamis pagi tu aku bawa juga budak2 tu ke sana. 3 game straight. kami group 2nd sampai pagi tu. group 1st pagi tu, keluarga bahagia couple late 30's ngan anak2 kecik dan comel. si wife yang bertudung labuh dan berjubah hitam pada mulanya duduk memerhati saje suami dan anak2 main. tapi dia turut join sama bila dia tengok aku yang juga berjubah hitam main. nasib baiklah pagi tu tak ramai orang. dan yang ade pun aku rasa couple2 pencen yang jadikan bowling sebagai satu senanam. lagi pun hari tu hari koje sape lak nak main bowling melainkan orang pencen atau koje sendirilah agaknya.

semua dah puas hatikan: dapat makan2, dapat jalan2 ngan kawan2, dapat sembang2 sampai pagi, dapat layan tenet pagi, petang, siang dan malam. haa tiba masa selesai kerja2 cuti sekolah. pastikan siap semua. kalau tak siap pun mesti hampir siap. macam mana nak check budak2 ni.... betul ke siap. tengok keputusan ujian penggal depa nanti. kalau dapat jemputan lagi dari sekolah. haa sah lah.








No comments:

Post a Comment