Thursday, March 18, 2010

ke hulu ke hilir..... bizzi

so ape program last saturday...agak sibuk juga tu. put3a yang bertolak balik dengan bas dari astaq malam tadinya, sampai rumah kira2 9.00 pagi bersama adik ipar aku wd. kami semua (aku, pc, fd, nf, put3a dan wd) breakfast bersama2 kat luar. selesai sarapan kami terus drop fd kat stesen lrt sebab dia nak jemput kawannya lk dari yong peng kat puduraya. kemudian kami ke area bandar tasik selatan pulak untuk menjemput kawan put3a dari melaka si sy yang juga nak tidoq kat rumah. kami kemudiannya tinggalkan put3a dan sy kat rumah kerana depa lebih rela berehat je kat rumah hari tu.

aku, pc dan wd kemudian berlari pulak, bukan, naik kereta ke airport subang untuk menjemput put3n yang tiba dari astaq kira2 jam 12.30 tgh. tidak terus balik rumah selepas itu kerana kami terus menghala ke setiawangsa untuk menghadiri majlis perkahwinan sedara kami. perkahwinan antara duda dan janda itu memang meriah dan kami sungguh beruntung dapat makan di meja vip walau pun kami ni taklah masuk kategori vip. alhamdulillah. semoga kedua mempelai bahagia dan kekal hingga akhir hayat.

wd tidak tidoq rumah aku kerana sesampai rumah dari rumah kenduri kira2 jam 3.00 ptg, anaknya azz telah pun sampai untuk membawa ibunya tidoq di rumahnya di puchong. wd turun ke kl pun sebab nak ngasuh cucunya yang seorang tu. mungkin hujung april atau awal mei dia akan mendapat seorang lagi cucu. mungkin cucu perempuan pulak sekali ini dan mungkin berlanjutan lagi tempoh berada kat kl ni nanti. adelah sedara untuk sembang dengan aku di hujung minggu kalau ade time off nanti.

malamnya pulak aku memenuhi permintaan put3n untuk bermain bowling. dia membisikkan hasratnya masa makan kenduri tadinya. dia amat teringin nak main kerana kat sekolah kawan2 dok sembang pasai bowling dan dia hanya nganga tak faham ape. nak masuk persatuan bowling sekolah tak boleh sebab pelajar hanya dibenarkan join satu persatuan je. dia dah join persatuan robotik dan tak ramai pulak kawan yang minat dan nak dengar cerita bab2 robotik kecuali yang benar2 minat macam dia. masalah jugak ye gini.


lepas maghrib kami (aku, pc, nf, put3n, put3a, sy, fd dan lk) ke ampang superbowl@flamingo. sebenarnya dah lebih 20 tahun aku tak pegang bola tu. pc pulak entah lah. budak2 dan nf, kira2 dah biasalah agaknya. kami sempat main 2 game. lega tengok anak2 seronok malam tu. harap2 pemikiran jadi lebih cergas bila balik sekolah semula nanti. jangan pulak dalam kelas hayal melontar bola bowling jadinya.

keletihan dan kenyang makan lewat malam, masing2 mudah tidoq lena malam tu.











No comments:

Post a Comment