Thursday, March 11, 2010

gusar, duka dan gembira

pagi semalam aku dan fa menjemput put3a di park n ride putrajaya. kami kelewatan sedikit kerana perubahan rancangan dan juga sesat mesat mencari jalan. pada awalnya pc yang sepatutnya menjemput tetapi terpaksa diserahkan tugas itu kepada fa kerana dia ade mesyuarat pada masa yang sama. aku pulak memang tidak begitu berani nak drive ke tempat yang aku tidak biasa tempuh sendirian. tetapi semua itu tidak menjadi masalah kerana masih ramai lagi anak2 yang menunggu ketibaan keluarga masing2. begitulah tamatnya program plkn put3a. ceritanya ketika akan meninggalkan kem, mereka melalui detik2 perpisahan yang sangat memilukan. kenangan manis dan pahit bersama selama 2 bulan 10 hari akan menjadi kenangan yang abadi. aku sendiri merasakan kesedihan itu kerana dari pertemuan singkat dengan mereka pada hari2 lawatan di hujung minggu, jelas kelihatan keakraban di antara mereka. masing2 pun rasa lega yang amat sangat setelah selesai tanggung jawab yang satu ini dengan selamat. alhamdulillah.

nah hari ini adalah dugaan berikutnya pula. keputusan spm keluar hari ni. ade yang yakin, ade yang takut/gerun dan mungkin ade yang tidak merasai ape2 pun. releks laa. yang dah awal2 pagi berada kat sekolah tu, memang kite respect. berani. put3a masuk kategori penakut. dia menunggu di rumah sahaja mengharapkan guru yang rapat dengannya menyampaikan berita. aku juga semak perut menunggu berita.

aku turut mengalirkan air mata bila lihat dia menangis menerima berita kira2 10.30 pagi tadi. ngapa kak? haa 7A, 3B. alhamdulillah. ok lah tu kak. nak macam mana lagi. bersyukurlah padaNya. banyak lagi dugaan2 yang harus ditempuh dan perlukan perjuangan yang tiada titik hentinya. peringatan ini adalah untuk diri aku juga.

kira2 jam 2 ptg tadi juga, aku hantar put3a ke airport subang untuk ke alor staq. aku mengharapkan keluarga di sana untuk membawanya ke sekolah esok untuk mendapatkan slip result spmnya dan lain2 dokumen berkaitan kalau ade. esok adalah hari akhir sekolah sebelum cuti pertengahan semester bermula sabtu ni. jadi eloklah put3a ambik kesempatan esok untuk berjumpa guru2 sekolahnya. aku dan pc esok akan ke jasin bagi sessi perjumpaan ibubapa dan guru2 bagi anak2 yang kurang cemerlang dalam pepereksaan semester yang lepas. walau pun results fd telah bertambah baik tetapi ianya masih di bawah target yang disasarkan oleh sekolahnya. melihatkan result spm sekolahnya begitu baik tahun ini, sudah tentu fd berasa gusar agaknya.....semoga Allah memberi kemudahan padanya untuk perjuangan ini.

put3n juga akan mula bercuti esok. petang tadi dia telah pun sampai ke rumah tokwannya di astaq dari langkawi. dia akan berada di sana 2 malam dan balik ke kl pagi sabtu dengan firefly. tambang murah sehala rm58. aku booking 2 bulan awal.



No comments:

Post a Comment