kemarin, jam 10.45 pg aku, pc dan fd dah keluar rumah. mula2 jemput kawan fd si asyf yang rumahnya di blok belakang rumah kami. kebetulan masa tu satu group orang kesihatan (4 orang depa) tengah menjalankan tugas memeriksa rumah ke rumah di blok itu. sudah tentunya berkaitan denggi. nasib baik aku dah keluar rumah awai. kalau tak koje nak hantar fd balik ke jasin mungkin tertunda sikit pasai tu. tu kalau depa mai ke blok rumah aku la. dengarnya ade kes kematian seorang pelajar ipt pasal denggi dari salah sebuah rumah di taman itu. dari mana dia dapat demam denggi tu tak lah dapat dipastikan. yang pasti dua minggu lepas memang ade orang buat semburan asap menghapus nyamuk tu.
ok. lepas ambik asyf, jemput pula si amp yang menunggu di ampang waterfront bersama keluarganya. penuh juga kereta pc kerana budak2 lelaki ni pun macam budak2 perempuan rupanya bawa balik beg besaq dan berbagai barangan. nasib baiklah budak2 ni bukan jenis obes. harap depa yang dok kat belakang tak terasa menyesakkan sangat apatah lagi keadaan aircond kereta pc tak berapa function elok pulak masa tu. sat sejuk sat paneh.....pc kata perasaan aku saje. entahlah. hot flushes kot.
kami sampai jasin kira2 jam 1.30 tgh dan lunch dulu kat medan selera pekan jasin. tiada pilihan kerana hanya satu kedai makan yang buka pada hari ahad. aku dan pc minum saja. fd makan maggi goreng. tokeh kedai pun geleng kepala dengan pilihan lunch fd. asyf dan amp makan nasi goreng. lepas makan2 depa ingat nak solat kat surau medan selera tu tapi kecewa sebab berkunci. hati berkata mungkin surau tu dikunci hari2 cuti am agaknya kerana takut disalahguna orang2 yang tak bertanggung jawab. so senang cerita, hantar terus ketiga2 mereka ke sekolah dan solat je kat surau sekolah. luas, bersih dan nyaman suasana. alhamdulillah.
setelah selesai bab bebudak sekolah tu, aku dan pc terus balik menghala ke kpilah. singgah makan kat senaling sat dan sampai rumah kpilah hampir jam 5 ptg. masa tu hujan renyai2 dan pc tak perlu menyiram pokoknya. aku macam biasa, bersih2 sikit dalam rumah dan kemudian sapu daun2 kering kat luar rumah. terberhenti kerja bila hujan jadi lebat sikit. lepas maghrib kami meninggalkan rumah kpilah tetapi terpaksa mengubah dulu haluan ke tempat makan biasa high chapperal kerana jalan jam teruk. hujan pulak menjadi semakin lebat ketika kami sedang menikmati roti porata panas di kedai tu. kami menyambung perjalanan balik bila hujan reda sikit dan jalan pun agak dah clear dari jam. singgah pulak kat rumah adik aku kat seremban. dia nampaknya dah berhenti kerja kat petrol stesen kat pekan kerana tak tahan kerja shift malam yang dia ambik. tak tau ape pulak kerja yang dia nak buat lepeh ni......
nasib baik hujan renyai2 saje masa perjalanan kami dari seremban ke kl dan ikut pula highway lekas. lekas lagi kami sampai macam biasa. alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment