Wednesday, March 17, 2010

dugaan...dugaan....dugaan

dah 6 hari aku tak memblog. terlalu mengantuk bila tiba peluang untuk mengadap komputer. selalunya selepas habis giliran anak2 memakai komputer, hari dah lewat malam atau dinihari. hari ni fd dan put3n dah mula menumpukan perhatian kerja cuti sekolah depa, maka bolehlah aku melayari internet awal sikit.

jumaat hari tu hari akhir persekolahan sebelum cuti sekolah, aku dan pc ke jasin. jam 7.15 pg dah keluar rumah. 2 kawan fd nak tumpang balik sama. kira2 pc amik cuti lah hari tu untuk menghadiri hari akademik sekolah khas bagi pelajar2 yang kurang cemerlang dalam pepereksaan yang lepas. lambat juga kami sampai sebab pc ikut jalan jauh dan berhenti pulak sarapan di pertengahan perjalanan. ade beberapa orang dari pelajar dan ibubapa telah pun beransur pulang. setelah bertemu dengan 4 guru bagi mata pelajaran yang fd lemah, barulah kami dapat gambaran bagaimana sebenar tahap usaha dan kemajuan fd di sekolah. komen cikgu fd `playfull in class and tak buat dan tak hantar kerja sekolah. haaa nampaknya kenalah kami double check dan kerja keras memantau usaha dan kemajuan fd di sekolah. adekah fd boleh buat lebih baik dari put3a tahun ni....ade 8 bulan lagi untuk menentukannya dan bagaimana agaknya strategi fd. entah lah. seorang ibu hanya berdoa untuk yang terbaik untuk anak2nya.

kira2 jam 12.30 tgh, aku, pc, fd dan 2 rakannya meninggalkan perkarangan sekolah. kami ikut jalan dalam dan menghala ke kpilah. kami singgah kat gemenchih untuk kaum2 adam sembahyang jumaat dan lepas tu lunch kat kedai makan berdekatan ngan masjid. kami amik kesempatan singgah kpilah untuk amik kereta juara yang dah siap dibaiki di workshop kereta dan terus menghantarnya ke rumah adik aku di bkikir. kami akan amik kereta tu mungkin hujung minggu nanti ketika hantar fd balik ke sekolah semula nanti. rasa sasau kejap sebab kos 2 kali merepair kereta tu menerbangkan lebih rm6k dalam tempoh sebulan pakai. memang betui2 `juara'.

kalau ikutkan pc, dia nak bersantai2 dulu kat rumah kpilah dan lepas maghrib baru nak balik kl. aku tak membenarkan kerana kerisauan mengenai 2 kawan fd yang menumpang. pertama mereka sudah tentu kepenatan, dah tak sabar nak balik jumpa keluarga dan sudah tentu ibubapa mereka juga akan ternanti2 kepulangan anak2 meraka. yang lebih berat lagi aku dah janji nak jemput sepupu aku nf jam 6.00 ptg kat stesen lrt lepas dia balik kerja. jadi aku dan yang lain2 hanya menunggu dalam kereta ketika pc amik kesempatan menyiram pokok2nya supaya dia tidak mengambil masa yang lama.


kami sampai kl dah maghrib dan terus hantar kedua2 kawan fd ke rumah masing2 dan kemudian menjemput nf kat stesen lrt. aku sebenarnya dah mempelawa nf untuk sama2 pergi kenduri kahwin seorang saudara kami esoknya kat setiawangsa.





No comments:

Post a Comment