rupanya lawatan pc ke bangkok singkat je, 2 hari satu malam. lagi pun exhibition dan convention berkaitan berbagai teknologi pertanian yang mereka ikuti di bangkok tu berlangsung dari 3-5 mac 2010 saje. dah tentu kesuntukan masa nak ronda2 dan window shopping. aleh2 dah sampai rumah hampir2 tengah malam hari jumaat hari tu. alhamdulillah.
pagi semalam, kami terus saja ke kg kpilah. malang sungguh kereta juara kami naik temp. kat kg tanjung ipoh. tapi masih bernasib baik kerana dah tak jauh dari pekan kpilah dan lebih2 lagi kereta tu tak buat hal kat hyway bukit putus tu. ni dah kali ke 2 dia buat hal. kali pertama nasib masih baik juga sebab berlaku kat area rumah je. kopak jugalah poket pc merepairnya. ni tak sampai 3 minggu jadi lagi pulak. kopak lagi. sabo je lah. nak dibuang sayang kerena memang collection pc akan keta2 lama yang dah takde production lagi. nasib baik adik aku kat kg tu ade keta lebih. boleh le pinjam sampai keta siap direpair selasa ni. malangnye keta dia tak auto, aku tak reti nak bawak. jadi terpaksalah pc sorang drive. kira seharian sabtu tu tak dapatlah pc membelek pokok2nya sangat kerana terpaksa berada kat workshop memerhati kerja mencari punca kerosakan keta antiq dia tu.
lepas maghrib, kami ber2 juga pak sedara aku si cm, makan kat medan selera pekan kpilah. kalau dulu medan selera ni di sepanjang salah satu lorong rumah2 kedai kat pekan tu yang bermula jam 5.00 ptg. rupanya dah setengah bulan depa berpindah tempat baru iaitu kat stesen bas kpilah pulak. oleh kerana operasi stesen bas kpilah ni tamat awai bolehlah puak2 tu mula niaga seawal jam 6.00 ptg. aku rasa tempat ni memang lebih elok kerana dah tak mengganggu ketenteraman orang terutamanya pemilik2 kedai di tempat lama tu. bayangkan berapa lama depa bertahan dengan bunyi bising orang ramai, bau2 makanan dan asap2 (asap satey la tu) serta ketukan2 kuali bila penjaja2 masak atau goreng nasi , goreng mee, kue teaw dll. kebersihan jalan dan longkang pun agak terjejas juga kan. dah la tu bila jalan di tutup, pemilik2 kedai terpaksa pulak park kenderaan depa kat tempat lain sehingga medan selera tu tamat operasi sekitar jam 11.00 mlm. mungkin puak2 tu sekarang tidoq lena yang amat sangat kut. aku dan pc makan nasi campur gerai kakak biasa tu. masakan dia memang best. kami order satey daging dan ayam kat pakcik yang biasa tu jugalah. gerenti sedap. cm makan tu je sebab dia dah makan nasi petang tu.
lepas makan, kami drop cm kat umahnya dan terus ke pasaraya econsave yang baru 2 hari buka. jualan promosi masuk 2 hari tu berlarutan sampai tengah malam. pasaraya yang tak jauh dari rumah aku tu, dahulunya pasaraya upwell. orang punyalah ramai. mana tidaknya, sejak pasaraya upwell tutup beberapa bulan dulu, orang kpilah takdo tompek nak menyoping atau merewang di hujung minggu. tentulah maleh raso eh nak poi ke bahau, tampin atau ke seromban pulak. aku lihat bahagian tingkat atas pasaraya masih sedikit gelap kerana kerja2 pendawaian lampunya masih belum selesai sepenuhnya. hujung minggu ni cuti sekolah bermula. sudah tentulah pasaraya tu lebih meriah lagi dengan kepulangan saudara mara ke kampung nanti. tambah2 lagi sebelah pasaraya tu pulak ade `funfare'. budak2 seronok bonalah tu. kalau takdo benda2 tu sume kita dok rumah jelah lepeh jam 7.00 malam. sembang2 atau tengok tv ngan famili bagi mengeratkan lagi tali silaturahim.
pagi tadi, cm awal2 dah datang untuk mesin rumput. walau pun hati sedikit tergugat pasai keta tu, takdelah patah semangat kami ber2 untuk meneruskan hobi menanam dan membelek pokok2 di laman rumah yang sekangkang kera.
seronok juga tengok satu dari pokok2 pisang montel yang pc tanam dah memberi hasil. yang biasa aku tengok, pisang montel ni panjang2. tapi yang ni ngapa nampak lain, gemuk pendek je buahnya. aku tanya pc awat jadi gitu. dia kate yang ni dah jadi `mutant' kut dan panggil je pisang montok!! aku bagi mak sedara aku kat rumah sebelah se sisir. terkojut dio dan terus mintak anak pokoknya nak tanam pulak. tu ade sebatang lagi tu tengah berbuah. kalau gitu juga buahnya, sahih kena refer orang yang tahu bab pisang tentang species sebenarnya..
lunch hari ni pun kat umah je. pc beli bungkus je. tapi tu lah kalau suruh orang beli dan orang tu pulak jenis tak reti makan podeh, jadilah menu macam orang domam. terima je lah mak labu. agaknya disebabkan angin sepui2 bahasa kat luar tu, laju jugalah mak labu makan. buah2an temperate tu aku beli kan pasaraya econsave malam tadi. tengah2 makan tu baru aku perasan yang pokok durian kat belakang dapur dah berbunga. dulu banyak juga buahnya tapi tak dapek dimakan sebab awai2 dah disentai kat tupai. nak wat camno tuan rumah hujung minggu je dapat balik kampung. kenduri sakan le depa. aku perhati2kan juga pokok kundang di sebelahnya tapi tak nampak pun tanda2 nak berbunga lagi. sebenarnya pokok kundang tu dok atas reserve jalan dan bersempadan ngan pagar aku. sebahagian pohon tu masuk belah tanah aku, jadi kira bolehlah aku makan kan. yang belah luar pagar tu sape pun bolehlah amik. sejak aku balik huni kampung ni pokok kundang manis ni dah 2 kali berbuah. alhamdulillah.
hari ni kami tak pi melawat put3a kat kem. malam tadi depa berkhemah dan tidoq di hutan. pagi ni baru keluar dari hutan dan tak dibenarkan ibubapa melawat. lagi pun hari selasa adalah hari tertakhir program plkn tersebut. petang selasa nanti atau pagi rabu, semua pelatih dah boleh balik rumah. program plkn tu ditamatkan awal sikit kerana keputusan spm akan keluar pada hari khamis 11 mac 2010. aku pun tak boleh bayangkan bagaimanalah agaknya kalau budak2 tu terima keputusan semasa masih dalam kem. tentu tension. lebih tension dari menghadapi sessi plkn tu sendiri agaknya. put3a pulak cadang nak balik pagi rabu. nak naik bas plkn ke pusat perhimpunan awal dulu kat putrajaya. last ride ngan kawan2 katenya. mungkin tak senang nak jumpa lagi lepas ni bila masing2 dah sibuk dengan urusan masing2. kami ikutkan saje. tapi sape lak nak jemput dia kat sane ye. orang sume koje.....
aku, pc dan cm minum petang kat kedai regular kami `high chapperal'. tapi nampaknya pc makan agak berat: nasi putih berlauk sup kaki lembu dan teloq itik dadar. kan dah kata dah strictly no chili untuk dia. aku dan cm makan roti porata ngan kari kambing. bimbang jalan raya sibuk, aku dan pc balik ke kl lepas maghrib. dan sudah tentunya kami ikut hyway lekas. jadi lekas jugalah kami sampai rumah. alhamdulillah.