Tuesday, February 16, 2010

out of the house

semalam kami seawal 7.00 pagi dah keluar rumah menuju ke airport subang. flight put3n ke astaq jam 9.40 pagi. oleh kerana jalan agak lengang, kami sampai awal juga dan sempat breakfast kat restoren mamak di tepi jalan dan hujung kawasan landasan kapalterbang. agaknya di situlah kebanyakan mereka2 yang bekerja di lapangan terbang subang menikmati makan2 mereka.

selepas menghantar put3n kat balai berlepas, aku, pc, put3a dan fd menghala ke kpilah. tapi sebelum tu sempat singgah rumah sekejap sebab fd tertinggal kasut sukan dia. kami ke kpilah ikut highway lekas. sekali ni kami tak keluar kat tol semenyih seperti biasa tapi terus lagi ke depan kerana sebahagian lagi highway dah siap. seronoknya tak payah tempoh pekan seremban lagi dah sebaliknya boleh keluar kat tol ampangan. mungkin 3, 4 bulan lagi boleh pulak terus keluar kat paroi yang tak jauh dah dari highway bukit bukit. memang bukit putus dah putuih terus. mana taknya dulu bengkang bengkok yang menyebabkan arwah mak aku pening dan termuntah-muntah setiap kali bila balik kampung. lain pulak pada arwah ayah aku, jalan bukit putus lama ni bagaikan satu nostalgia pada dia. sepanjang jalan itulah yang kerap dia lalui dan berada, malam atau siang ketika menjalankan tugas2nya sebagai linesman telecom.


No comments:

Post a Comment