Thursday, February 25, 2010

ronda2 lagi hari ni

awal pagi lagi aku dah sms kat hh ajak ronda jln tar. kebetulan pula dia memang nak ke sana. tapi sebelum tu dia nak pi banyak tempat along jln ampang termasuk klcc. aah kemarin dah pi klcc ngan tmk. so aku join dia kat masjid jamek bile dia dah selesai urusan kat jln ampang tu. aah memang lama betul tak pi jln tar. anak2 memang tak kenan pi tempat tu. paneh dan tak larat jalan kononnya. depa tak tau tu lah tempat fav emak depa ronda2 dan shopping masa muda2 dulu. dengan sape lagi kalau tak dengan hh. sape tak kenai jln tar. kalau orang kampung mai, tang tu lah kami bawak dan same2 borong sakan terutamanya kain2 ela. sejak dah pencen aktiviti tu dah banyak berkurang kerana dah tak gaduh nak buat baju baru ke opis.

dengan umoq sekarang, kerja meronda jln tar memang agak menggelikan hati juga. mana2 tempat yang takda service escalator, sudah tentu membuat kami terdoeh2 setiap kali nak naik atau turun tangga. tak tau lah dalam 2 atau 3 tahun lagi boleh ke kami buat aktiviti ini lagi. tadi pun kami hanya larat ronda dari lrt masjid jamek hingga `semua house' je. benda yang aku cari tak jumpa. tapi beli membeli tetap ade juga walau pun sikit.

No comments:

Post a Comment