malam ni dinner kat rumah je. sementara menunggu anak bujang sulung si fz datang bawa minyak masak yang dah kehabisan stok, aku dan put3a masak dulu gulai ayam cili padi dan sayoq kobis goreng. kemudian aku sediakan bahan2 bagi menu utama pc iaitu daging goreng kicap. menu ni memang dah menjadi tugas pc untuk memasaknya kerana orang lain termasuk aku tak dapat lagi menandingi cita rasa masakan dia. bab2 masak memasak ni aku memang kurang pandai. boleh buat macam2 tapi tahap kejadiannya dan kesedapannya diragukan. aku masak cili api oraitlah. anak2lah menjadi pengukur tahap kemahiran bab masak memasak aku. nasib baiklah pc jenis yang tak reti makan banyak benda. kalau tidak teruk juga aku kena komen agaknya. dia gulai2 tak makan, mee kurang. begitu juga kueh mueh. menu dia nasi, nasi, nasi. lauk pulak goreng tu, goreng ni. tu lah sebab rumah ni budget minyak masak lebih sikit dari orang lain.
walau pun hanya 3 jenis lauk untuk menu makan malam ni, masing2 nampaknya sungguh berselera. apatah lagi bila sekali sekala dapat makan masakan ayahanda depa yang sedap.
No comments:
Post a Comment