pagi tadi brunch dengan hh kat tempat sama ahad hari tu. makan pun benda sama juga. dia pun gitu juga. cadangnya lepas makan kami nak pi jemput anak pokok avocado kat rumah kak rk. tepon2 tak angkat. terjah jugalah hari ni.
lupa nak cerita yang hari ahad hari tu, kami kutip buah2 pumpong yang bertaburan dekat dengan gerai makan tu kerana kebetulan masa tu orang mpaj tengah tebang salah satu dari pokok2 tu. hari ni aku snap pulak gambar pokok2 tu sebagai koleksi aku. nama saintifik pokok pumpong ni alstonia. orang indon namakan pokok pulai. pokok ini pulak ada banyak jenih pulak. kalau kat astaq ada tempat nama pumpong, di johor pulak ada pulai dan di perak ada spg pulai. pucuk dan kulit kayu pokok ni ade orang buat ubat herba dengarnya. dan batang pokok yang matang pula adalah diketagorikan sebagai kayu ringan (soft wood).

orang kata kita tak boleh makan buah pumpong ni tau. takut keracunan dan gatal2 pulak nanti. aku saja2 belah buah ni kerana teringin nak tengok macam mana isinya. buah yang muda memang bergetah sesangat dan yang tua keras bersabut. pokok ni banyak ditanam sebagai pokok hiasan oleh pihak majlis2 berkuasa tempatan. katanya juga buah pumpong tu boleh menjauhkan tikus kat dalam rumah. sejauh mana kebenarannya tak tau lah pulak. sambung cerita lepas ni ye...
No comments:
Post a Comment