Friday, February 12, 2010

cuti2 lagi 1 malaysia

ini kali ke berapa pulak aku kena pesan pada diri sendiri. next time mesti telepon dan confirm betul2 sekali lagi sebelum ambik apa2 tindakan. bukan apa, pagi tadi aku begitu yakin bila put3a tepon kata dia dah dalam perjalanan balik ke kl. pada aku dia yang menaiki komuter dari seremban, dalam sejam akan sampai stesen lrt bandar tasik selatan. aku janji nak jemput dia kat situ. rupa2nya dia baru sampai stesen komuter seremban dari kem karisma dengan bas plkn.

waaa....kenalah aku tunggu sejam lagi kat stesen tu. nasib baik sejam saja. ingat tadi nak breakfastlah dengan put3a kat mana2. tapi tak boleh tunggu lagi, perut dah keroncong. gerai makan takda lak kat stesen tu. nasib baik ada orang jual nasi lemak, mee, beehoon dan kueh mueh kat tepi laluan berbumbong tak jauh dari bangunan stesen. apa lagi aku pun belilah nasi lemak dan beehoon kat kakak tu. air pulak air mineral. beli kat kedai mini kat stesen tu. makanlah aku dalam kereta. heeee teruknya aku macam tak makan banyak hari. nasib baik jugalah panas matahari baru suam2 kuku. bolehlah aku lepak2 dalam kereta sambil baca harian metro.

betul2 sejam lepas tu, put3a pun sampai tersengeh2. heee budak niiii. dah dia pulak lapar, singgahlah pulak kami kat carrefour ampang. dia makan nasi ayam. aku minum saja. nescafe ice. lepas tu kami singgahlah pulak kat gerai jual nasi beriani johor. beli empat bungkus, lauk ayam 2 dan daging 2. mengapa banyak sangat ye... hari ni put3n dan fd juga balik rumah sempena cuti perayaan tahun baru cina selama 4 hari. nasi beriani johor tu adalah favourite fd. macam biasa, fw pulak balik astaq rumah tok dan tokwannya.

put3n sampai rumah tadi lebih kurang jam 2.00 ptg. dia naik firefly astaq-subang dan abang ngah dia fa jemput kat airport. fd pula tak sampai lagi ni dari jasin. dia mungkin tumpang kereta kawannya yang tinggal area2 rumah kami.

No comments:

Post a Comment