Sunday, February 14, 2010

cepat, cepat.

cepatnya masa berlalu. esok put3n dah nak balik sekolah semula. belah utara hari selasa dah hari kerja. luse put3a dan fd pula balik tempat masing2. pagi tadi lepas brunch, kami sume pi carrefour wangsa maju kerana masing2 nak beli barang2 nak bawa balik ke destinasi masing2 nanti. susut banyaklah poket hari ni.
walaupun hari ni hari tahun baru cina, nampaknya peniaga2 cina zaman ni ada yang tak cuti. mereka nampaknya ghairah berniaga jugak kerana masa cuti ni lah ramai orang pergi ke shopping kompleks. dan di antara orang2 itu adalah keluarga aku sendiri. rasanya sambutan raya depa pun nampaknya tidak begitu meriah sekali ni. jiran aku kiri kanan orang cina. depan pun ada 3 keluarga cina. pasangan muda sebelah kanan, balik ipoh. manakala pasangan sebelah kiri yang agak berumur sikit sudah tentulah rumah depa menjadi tempat perhimpunan anak2, menantu dan cucu2.
malam tadi adalah juga dengar dentuman mercum sekejap2 lepas tengah malam. siang tadi pulak senyap sunyi je. ade ke kerana cuaca yang panas la ni buat orang tak keluar rumah. mungkin juga...... pc tadi ajak dinner kat luar. tapi nampaknya semua menolak pelawaannya kerana tak tahan panas berlengeh. lagi pun masih kenyang lagi sebabkan simple late lunch yang aku buat tadi, jam 4 lebih ma. tapi by now masing2 mengharap pulak. ape agaknya yang pc akan bawa balik sat gi ye..........
memang laju masa berlalu ni. put3n dan fd tak siap2 lagi kerja sekolah. aku yang risau tengok. esok pagi2 jam 7.00 dah kena keluar rumah untuk hantar put3n ke airport subang. dia akan ke astaq dulu dan lepas zhohor baru balik langkawi ngan ferri. dah janji ngan kawan2 dia di sana nak balik sekali. hati aku rasa lega sikit dia ada kawan bila nak naik van atau teksi ke sekolah nanti..

No comments:

Post a Comment