lewat malam tadi aku dan pc terpaksa menjemput anak saudara pc si aaz kat puchong untuk meneman aku menjemput put3a kat kem plkn karisma di kpilah. ni gara2 pc kena juga sertai perarakan maulidur rasul hari ni. sebelum ni dia kata tak jadi ikut serta dan kami sepatutnya nak tidoq saja di kpilah malam kemarin supaya dapat jemput put3a awal2 pagi lagi. put3a dapat bercuti ni pun sebab nak menghadiri kenduri kahwin mak saudara dia iaitu sepupu aku di melaka.
oleh kerana pc kena berada di tempat perhimpunan awal pagi, malam tadi aku tak dapat tidur lena takut kesiangan. jam 5.30 pagi lagi pc dah keluar rumah. hari ni dia berpakaian baju melayu dan bersamping songket warna hijau lumut. sejak beberapa tahun ini pc tidak perlu buat baju melayu sebab setiap kali masuk perarakan maulidur rasul, dia akan mendapat sepasang baju melayu lengkap yang berbeza warna setiap tahun termasuk sepasang kasut/sandal. bila raya2 kami pun tak gaduh dah nak beli samping untuk 4 anak lelaki kami. hanya baju2 melayunya saja yang boleh dipinjam pakai oleh anak2. seluar2nya memang tak boleh mereka pakai kerana samaada pinggangnya loher atau singkat pulak. boleh le bayangkan camna ye....ape2 pun, alhamdulillah.
kira2 jam 7.00 pagi tadi, aku dan aaz pula keluar rumah menuju ke kpilah. keluar awal sikit sebab put3a boleh balik jam 9.00 pagi. lega aku ade teman kalau tidak kenalah aku drive sorang2 ke sana. macam biasalah aaz jugalah yang kena drive. katenya baru baik demam. nak cepat jadi lambat juga kerana put3a tak ingat suruh aku bawa salinan ic untuk kebenaran bawak dia balik. jadi terpaksalah aku patah balik ke pekan untuk buat salinan ic aku. dan nasib baik jugalah kedai photostat bukak awai. kenapa aku kena bagi salinan ic aku....tak lain tak bukan kerana surat mohon kebenaran untuk bawak put3a balik dibuat dan ditandatangani oleh ayahnya, pc dan ayahnya tak dapat datang. ikut saja procedure ini untuk memudahkan urusan pengawalan dan kebaikan semua. cuma aku harap dokumen2 peribadi seperti salinan2 ic ini apabila tidak diperlukan lagi nanti, hendaklah dilupuskan dengan betul bagi mengelakkan salahguna oleh orang2 yang tidak bertanggung jawab. pernah suatu masa dulu, aku terserempak dokumen2 peribadi orang ramai termasuk photo2 paspot/ic bertaburan di tempat pembuangan sampah. aku tak pastilah itu kerja dari jabatan atau pejabat mana. tapi memang tidak bertanggung jawab sungguh. apalah salahnya dilupuskan dulu dengan mesin paper shredder sebelum dibuang kan...kan. seriau aku...
lepas ambik put3a tadi, pelan asal nak terus balik kl. esok baru nak pi melaka ngan pc. tapi mengenangkan dah alang2 dalam pertengahan jalan kl-melaka, dan kesediaan aaz (dalam terpaksa agaknya) untuk extend perjalanan ke sana, maka sampailah juga ke rumah sepupu aku. dan lah aku tolong racik2 bawang, cabai dan sayor kobih untuk jamuan makan lepas upacara nikah belah petang tadi. yang sejarahnya ialah tengah2 buat kerja tu beberapa orang antara kami kena bom cencalok. mungkin orang yang nak buka botol cencalok tu tergoncang lebih agaknya. kami terpaksa mandi dan tukar baju sebab kuatnya bau cencaluk yang hinggap kat baju. nasih baik aku bawa baju spare. tak kisahlah aku berpakaian santai je untuk majlis nikah orang kat masjid tadi kali ini. janji semua gembira sebab sekitar jam 4.00 ptg tadi selesailah akad nikah dengan sekali lafaz je.
aku gembira juga put3a tak keberatan untuk tinggal dan tidur di melaka mewakili famili untuk tolong2 ape yang patut untuk kenduri esok dan luse. aku terpaksa balik kl sebab aaz kerja esok dan katenya esok pc nak pi kenduri stafnya kat shah alam dulu. lepas tu baru pi melaka dan bermalam di sana.
sebelum balik, tamu dijamu nasi berlauk. yang bestnya mestilah gulai asam pedas ikan tenggirinya dan cencalok yang melakar sejarah tadi. tak cukup dengan itu, aku dapat bekalan untuk dinner kat rumah lagi. alhamdulillah.
melihatkan aaz nampak macam nak deman balik, terpaksalah aku drive dari ayer keroh sampai rumah. sepanjang perjalanan 3 kali tempuh area hujan lebat dan lihat 2 kemalangan jalanraya. kemalangan di sebelah lane bertentangan melibatkan lebih 10 buah kereta langgar belakang masing2. manakala kat lane arah yang sama melibatkan 3 buah kereta atas kes sama. selamat sampai rumah dekat nak masuk maghrib. alhamdulillah.
ingat nak hantar aaz balik tadi. tapi rupanya secara kebetulan abangnya fp sekeluarga dah ada kat rumah aku nak pinjam kereta mpv kami untuk angkat barang kecik2 ke rumah yang baru dibeli kat wangsa maju esok. oleh kerana fp nak hantar dia balik rumah, selesailah tugas kami kat sini je. tapi esok kena tepon dia. bukan ape, takut melarat lak demamnya.

No comments:
Post a Comment