Thursday, March 25, 2010

selesaikan urusan...

atas permintaan put3a, kami bertiga hari ni breakfast kat gerai jual meehoon sup yang boleh dikatakan gerenti sedap. kalau lain tempat aku rasa susah nak caye. tapi aku sendiri hari ni makan roti teloq saje dan nasi lemak yang dikongsi bertiga. tiap2 cuti sekolah aku kena bawa anak2 makan meehoon sup special tu sekurang2nya sekali sebelum depa balik sekolah semula. tokeh gerai tu, pak lhl dah hampir 6 bulan meninggal dunia kerana sakit yang kritikal. alfatihah. memang beberapa kali aku pi kedai tu, aku dah teragak2 nak tanya anak2 atau pekerja dia mengapa dia dah lama tak kelihatan. selalunya dia akan bantu amik order atau hantar ayaq kat pelanggan. 2 bulan lepeh la baru aku tanya kat pekerja dia masa dia amik order. sejak tahu perkara tu, tiap kali ke kedainya, seakan terasa macam arwah ade melihat dari jauh. mane tidaknya kerana di seberang jalan dan hampir berdepan dengan gerai itu adalah tanah perkuburan. tak la pulak aku tanyakan samaada arwah disemadikan di sana atau kat tempat lain. yang pasti, walau pun pak lhl tiada lagi, anak2 yang mengambil alih tugas dapat maintain ke specialan meehoon sup depa pada tahap yang sama.

lepas makan, aku hantar put3a ke bsn untuk mendapatkan pin no. baru bagi kad atmnya yang hari tu tidak dapat berfungsi. aku pulak ke maybank, menyelesaikan hutang tertunggak ngan koperasi. peringatan untuk aku dan lain2 bahawasanya perkhidmatan fax tak ada kat post office. nasib baik ade perkhidmatan begitu kat waterfront. kat 7 eleven pun ade perkhidmatan fax dan 24 jam lagi. nak bayar cukai tanah kat post office tapi ptg n9 tak online pulak ngan post office negeri lain. herannya melaka online pulak. dah tentu la sebab bukit dah putuih kut. nak kena pakai tenet banking jugak nampaknya ni....

tadi kami bertiga lunch lewat, hampir 3.30 ptg dan makan kat rumah je : ikan nyok2 goreng cabai, sayur kailan goreng dan sotong goreng tepung. semuanya put3a dan sy yang masak. aku hanya sediakan bahan2 je. lewat petang depa goreng karipap yang wd buat hari tu dan makan rojak buah pelam dan jambu batu. malam ni tak tau depa makan ape. mungkin maggi tomyam yang di beli siang tadi.

aku kena stop sini sebab perut dah mula keroncong. mungkin puding roti yang aku buat kemarin dulu taklah begitu berat kan....tu yang aku maleh tu. takda sape yang minat nak menghabiskan kueh manih tu. put3a, sy dan pc tidoq dah.


No comments:

Post a Comment