Sunday, March 28, 2010

ade juge kenangan lama....

awal pagi kemarin kami dah keluar rumah menghala ke kpilah. kami tu ialah aku, pc dan put3a sebab kawan put3a si sy dah balik ke melaka petang jumaat lagi. dia dijemput ayahnya kerana pagi kemarin juga dia, adik lelaki dan ayahnya telah bertolak ke bandung, indonesia makan angin.

kami balik kpilah dengn kereta iswara yang aku pinjam dari adik aku hari tu. silap aku tidak perasan sms dia pagi tu kerana dia sendiri nak ke kl sebenarnya petang tu bawa juara kami yang kami suruh dia pakai buat sementara. apa nak buat dah separuh jalan dah. kalau ikut hati memang malas nak balik sebab kami balik hari je kemarin. tapi takpa la juga dapat jumpa mak2 sedara dan sepupu sepapat dan dapat pula makan nasi dengan gulai semilang masak lomak cili api campur belimbing buluh. aduh sodap eh. sepanjang anak2 cuti hari tu tak ade sekali pun aku buat gulai lomak cili api sebaliknya asyik2 masak goreng cabai. cemuih tapi itu yang budak2 suke.

kat rumah adik aku di bkikir, kami dapat dan dijamu dengan oleh2 dari beijing. dia sekeluarga melancung ke sana masa cuti sekolah hari tu. walau pun aku dan pc dah pernah ke sana, rasa teringin juga nak bawak anak2 satu hari nanti ke sana. sebab pertama pilihan itu ialah ia adalah di antara destinasi yang termurah dan keunikan sejarah2nya serta kemajuan negaranya.

lepas bertukar2an kereta, kami bertiga singgah rumah kpilah. aku sempat mengumpul dan membakar daun2 kering yang bertaburan depan rumah. sekali ni aku bakar daun tu jauh2 dari 2 pokok durian yang sedang galak berbunga. hari tu memang aku tak perihatin kerana membakar daun2 kering yang dihimpun betul2 bawah pokok2 durian tu.

lepas maghrib kami bertolak balik ke kl. sebelum tu kami singgah makan kat satu kedai makan tomyam kat ulu bendul. masa tengah tunggu makanan sampai, aku perasan 3 biji basikal lama dijadikan hiasan
kat kedai tu. maka teringatlah zaman kecik2 dulu, aku selalu jadi passenger kat depan basikal abah aku untuk ke sekolah. selalunya aku akan sampai sekolah awal sebab abah aku masuk koje sangatlah awal. mana tidaknya abah aku hanya sebagai pekerja buruh je masa tu. balik sekolah biasalah kena jalan kaki. aku dan kawan2 berlari kencang setiap kali terpaksa lalu depan sebuah rumah lama tepi sekolah yang nampak menggerunkan. sekarang rumah tu dah dicat cantik dan kawasannya dah takda semak samun seperti dulu sebaliknya dikelilingi rumah2 dan bangunan rumah2 kedai. basikal tu juga mengenangkan aku peristiwa satu hari yang aku cuba belajar naik basikal tu tanpa kebenaran abah aku. akibatnya, tak beberapa meter naik, aku hilang pertimbangan dan terus jatuh masuk parit depan rumah yang agak dalam juga. aduh sakitnya. nasib baik ade jiran2 kat depan rumah nampak dan tolong angkat aku dan basikal abah aku keluar dari parit tu. tak ingat pulak aku kalau aku kena sebat dengan rotan hari tu.

satu lagi peristiwa bab basikal ni ialah masa aku dalam ting. 3. ketika aku nak pi sekolah belah petang nak main bola jaringlah tu, terserempak ngan abang jiran sebelah rumah baru balik koje di pertengahan jalan. aku jalan kaki je dan dia offer aku naik basikal dia. tapi basikal dia break tak makan. ape lagi terguling la aku kat tepi jalan jatuh sebab jalan menurun bukit. nasib baik tak jatuh tengah jalan. berselisih lak ngan pak sedara aku yang bawak teksi sapu masa tu. haii news sampai cepat kat datuk aku. walau suara dia tak keluar tapi tengok anak mata dia, aku rasa macam nak pengsan di buatnya. tobat atuk tak buat lagiii dah.

3 buah basikal kat rumah ni sekarang pun entah ade ke tidak aku naik. tak ingat ade pun rasenya.

aku sampai rumah kemarin dalam pukul 10.00 mlm. sebelum tidoq, pack barang2 pc sat kerana esoknya, eh pagi ni la jam 6.00 pg tadi dia ke shanghai selama 5 hari atas urusan kerja. tak tau lah kalau dan makan angin sekali. katenya dalam 5 hari tu dia akan turun naik kapalterbang 14 kali. jauh2 kut tempat2 nak pi. ponek tu....semoga mendapat perlindunganNya sepanjang perjalanan pergi dan balik.







No comments:

Post a Comment