bila semua dah tak ada kat rumah pagi kemarin, aku pun buat operasi mengumpul semua kain baju, cadar dan selimut yang perlu dibasuh. nasib baiklah zaman ni ade mesin basuh kain. 4 kali mesin basuh tu terpaksa bekerja. kalau kena basuh sendiri, tak tau la macam mana jadi jari jemari ni. tu pun jari hantu tangan kiri aku dah tak function elok dah. bukan kerana teruk membasuh kain tapi sebab sakit sendi lebih makan protein kut. malangnya kemarin cuaca belah tengahari ke petang tak berapa paneh. jadi kain baju tak berapa kering elok. hari ni pun cuaca nampaknya paneh redup je.
adik ipar aku wd, suaminya py dan cucunya iff telah datang rumah belah tengahari tu. dia dihantar oleh anaknya si fy yang bercuti kemarin. mungkin menghabiskan cutinya sebelum mula bekerja di syarikat baru bulan april nanti. wd ambik kesempatan datang rumah aku untuk tumpang menjahit cadar dari kain cotton kilo yang telah lama dibelinya. memang cantik dan sesuai kain tu dijadikan cadar dan ia adalah untuk anak lelakinya yang sorang tu. aku pun berhajat juga nak menjahit sarung kusyen sofa lama tu tapi tak berkesempatan lagi nak pi cari kainnya. tu la dia, bile tengok orang buat baru kita ingat nak buat jugak. lepeh tu tinggal dalam kenangan......
aku jamu depa lunch lauk kedai je: asam pedas pari, kari daging, keli goreng, sambal udang, sayur kambas goreng dan ulam jantung pisang dengan sambal belacan. nasi pula dari beras rebus. beras rebus ni selalunya dimakan oleh orang india. bagi yang tak pernah makan nasi beras rebus ni, mula2 mesti rasa hilang selera sebab ia tak begitu putih macam beras biasa dan ade bau sikit. tapi kalau dah mula makan, sodap..... apatah lagi kalau makan ngan kari, macam makan nasi kandaq.
lepas sembahyang zohor, wd offer nak buat kueh karipap khas untuk anak2 aku yang memang gemarkan karipap buatannya. aku setuju aje sebab aku memang tak pandai nak buat kulitnya tu. so by 6.30 ptg siaplah kueh2 karipap dengan 2 jenis inti: sardine dan daging/kentang. aku goreng separuh masak untuk disimpan sejuk beku. terima kasih wd.
selesai maghrib dan makan malam ala kadar, wd, py dan iff dijemput oleh fy dan isterinya zhz balik semula ke rumahnya yang baru dibeli kat setiawangsa. lega depa beli rumah tak jauh dari rumah kami. taklah memakan masa untuk berulangalik antara rumah kami bila perlu. rumah yang mereka sewa dulu kat subang. aduh... memang bercinta nak pergi bagi orang macam aku yang tak berapa gemar bawa kereta ke tempat yang ambil masa dan kalau nasib tak baik terpaksa pulak menempuh kemungkinan2 sesak jalan.

No comments:
Post a Comment