lepas rehat2 kat rumah kpilah petang isnin lepas, kami sekeluarga ke rumah adik aku di btkikir 'jambatan bosi'. jambatan bosi tu dah takda. dah diganti dengan jambatan konkrit yang lebih kukuh dan lebar. dah hampir 2 bulan tak ketemu dia sekeluarga. tu yang orang kata 'dekat tapi jauh' tu. lepas maghrib kami semua makan kat luar je. kat pekan btkikir tu je. body dan mata dah tak larat nak pi ronda2 jauh. hasrat hati nak makan sate juga tak kesampaian sebab semua sate dah diborong kat kaum cina yang tengah beraya ma. takpa lah. demi semangat 1 malaysia. kami bersurai awal jugalah sebab esoknya nak kena bangun awal.
esoknya, pagi selasa kami breakfast kat 'melang kopitium'. kedudukan restoren ni memang strategik. berdepan dengan hotel melang inn yang tengah dalam pembinaan, pasaraya yang dah bertukar tangan dari upwell kepada econsave, pejabat jpj, socso, felcra, jabatan kebajikan masyarakat dan juga tak jauh dari hospital kerajaan. display makanan2nya sangat menarik perhatian. kebetulan ketika itu ada 'fun fare' kat sebelah tapak hotel baru tu. setiap hari jumaat pula ada aktiviti pasar malam sepanjang jalan antara bangunan hotel dan pasaraya econsave.
lupa nak habaq sebelum breakfast tu sempat pula singgah kat kedai bundle favourite pc dan fd yang boleh dilihat dari kedai kopitium itu. rasanya setiap kali balik kpilah, pc akan tetap singgah dan membeli sesuatu kat kedai itu atau pun saje2 sembang ngan toke kedai yang ramah.
selesai breakfast, kami terus menghala ke jasin ikut jalan belakang. sampai di gemencheh, singgah sekejap belikan kasut sukan fd. dan sampai pekan jasin singgah lagi sebab fd nak beli bola takraw pulak. begitulah selalu anak2 bila balik kat rumah, tak gaduh nak cari awal2 benda2 tu. aleh2 kena singgah rata beli benda2 sebelum sampai sekolah semula. kata nak sampai awal sekolah jadi sampai tengahari jugak. selesai bab fd, patah balik ke kpilah pulak nak hantar put3a ke kem karisma. put3a pulak mintak dihantar sampai saat2 akhir sebelum 5.00 petang. macam2 budak2 ni.
lepas hantar put3a ke kem, aku dan pc balik ikut jalan kpilah-kuala klawang-seremban. ni gara2 takutkan jalan sesak kat bukit putus la nih. agak nyesal juga mula2 sebab rasa jauh lagi jalan ni. tapi mandangkan jalan tu tak banyak kereta dan aku pulak yang kena drive, ia jadi ok la pulak. kami singgah kat seremban, ziarah adik aku dan tumpang sembahyang maghrib. aku bawa anak buah aku yang sebaya ngan put3a ke kl sama hari tu. nama dia tak naik untuk latihan plkn tu. aku ingat nak sama2 tolong cari kerja kat dia.
No comments:
Post a Comment