Wednesday, February 24, 2010

ingat sebelum lupa

aku ke kelas bahasa arab kat masjid bkt indah pagi tadi . taklah pagi sangat sebab kat 11.00 pagi. sesampai je sana, aku lihat ada satu jenazah di tengah ruang terbuka masjid dengan diiringi oleh kaum keluarga dan kenalannya. mereka mungkin menunggu untuk menyembahyangkan jenazah sebaik lepas solat dzohor agaknya. 2 jam setengah lagi tu. oleh sebab aku pun masuk kelas ngam2 ye time, tak dan lah dengar butir2 jenazah tu. masa dalam kelas, aku dah bayangkan kemungkinan akan turut sembahyang jenazah hari ni sebab lepas kelas dah janji ngan sahabatku si tmk nak jumpa kat masjid dan terus sembahyang dzohor kat situ dulu sebelum pi ronda area ampg pt.

oleh sebab dekat sejam gak lagi tmk nak habih kelas ngaji quran dia, aku pi makan ringan2 dulu kat restoran dalila depan masjid. tau2 dia tepon pulak suruh pi rumah dia saja sembahyang. jadi lepaslah sembahyang jenazah hari ni. pengalaman aku ikut sembahyang jenazah adalah masa pi umrah jun tahun lepeh. tak pernah lagi aku sembahyang jenazah kat tanah air sendiri.

hari ni gak kali pertama aku pi rumah tmk. simple and nice. ruang tamu/balkoni luas dengan ruang pemandangan yang yaman dan sejauh mata memandang. 2 menara klcc juga sayup2 kelihatan. sudah tentu tmk sekeluarga tidak ketinggalan dalam menikmati keindahan percikan bungaapi setiap kali permainan bungaapi diadakan disana.

takda cara lain rasanya nak buat rumah kelihatan simple but nice. tolak bab kena berbelanja besar, himpun dan dispose mana2 benda yang tak releven. for years dok simpan tapi tak diguna dan menyemakan suasana. bagilah pada yang perlu ye. kalau ade store luas boleh gak disorok2. tapi lama2 akan jadi bukit juga. ini pesanan untuk diri saya sendiri. bila nak mula.....

lepas dzohor tadi, aku dan tmk lunch kat kedai baru kat bkt indah. memang aku tak perasan kedai tu walau pun dah setahun beroperasi. ok le juga. then kami terus ke klcc ngan kereta tmk. selama ni aku memang tak berani nak drive kat sana. tak tau aku rupanya kalau ikut elev hyway memang senang sesangat ke sana. sebelum ni kalau aku nak ke klcc , dengan susah2nya aku park kat jelatek dan naik lrt. next time bolehlah try drive sendiri.

aku meneman saja kali ni. tmk beli tiket untuk show awal mac kat dewan filharmonik petronas. ramai juga peminat kat tempat gitu. ya...sudah tentu tiketnya quite expensive tapi kenalah dengan environmentnya. tambah bermakna lagi kalau pi ngan pasangan yang sehati sejiwa bab2 gitu. kalau aku dan pc mungkin lena kut. selesai beli2an si tmk kat klcc, kami pi pulak destinasi asal janji temu iaitu kedai runcit arab iran kat area ampg pt. kami beli olive oil sorang sebotol besar. tak tau lah murah ke tidak. rm15.00 untuk botol 750ml. lain2 tmk beli kurma, roti arab yang macam piring terbang tu dan salami. aku pulak beli jus2 delima dan peach. takde la bunyi macam shopping sakan ye. aku tahan nafsu sikit. ni baru bulan feb. ada 10 bulan lagi nak cover. janji keluar rumah amik angin sikit. dah lah dua2 rihat exercise lama dah.







No comments:

Post a Comment