Tuesday, February 16, 2010

banyak nak tulih tapi tak dan

aku sampai rumak kl jam 10.00 tadi.

aku nak sambung cerita semalam dulu. keluar dari hyway bukit putus, pc ajak kami singgah dulu makan cendol kat ulu bendul. bukan kat tempat taman reakrasi ulu bendul tu tapi kat atas lagi sikit iaitu kat gerai pakdin yang terletak di depan rumahnya.

kami kerap juga menikmati cendolnya. apatah lagi pakdin ni pulak wajahnya seakan seiras dengan arwah paktam, bapa saudara pc, di jitra nun. sehinggakan kami turut secara diam2 menggelarnya paktam. jadi untuk melepaskan rindu pada paktam sebenar, kami singgahlah ke gerai pakdin.

tak cukup dengan makan cendol, terlintas pulak hati nak lunch kat restoren warisan yang terletak dalam kawasan taman budaya seri menanti. tempat tu betul2 terletak tepi jalan besar seremban-kpilah dan berdepan dengan simpang nak ke istana seri menanti. rasanya restoren tu dah beberapa bulan dibuka. tapi ini merupakan kunjungan kali pertama bagi kami.



cantik dan nyaman tempat ini kerana selain laluan masuk, taman budaya ini dikelilingi sawah padi yang menghijau dan tidak berapa lama lagi padi2 itu akan menguning pula. masa makan tu kedengaran juga bunyi muzik traditional macam ala2 gamelan gitu. stage kecil untuk pertunjukan kebudayaan juga ada. tapi tengahari tu takda show ape2. mungkin untuk hari2 tertentu saje kut. menu sudah tentu masakan panas ala thai plus sikit masakan nogori gulai daging/ikan salainya serta sambal tempoyak. kami makan biasa2 saja. dari segi harga, sesuailah dengan keistimewaannya yang terdapat di situ.

salah satu perkara yang menarik perhatian aku adalah terdapatnya kemudahan seperti sebuah kerusi roda untuk membawa yang kurang upaya dari kereta ke meja makan dan 2 buah prams untuk bayi. lain2 jenis tempat duduk tu seperti sofa dan kerusi tinggi untuk kanak2 dah biasa kita tengok kat restoren2. selama aku dan famili ada di situ, aku perhatikan ramai pelanggannya membawa keluarga 3 generasi: cucu, anak/menantu, ibu/ayah. yang membawa 4 generasi mungkin ada juga terutamanya yang cepat kahwin dan panjang umoq. inilah dia orang2 malaysia yang perihatin akan familinya.

No comments:

Post a Comment