dua minggu lepas, sahabatku pn gy menghulur aku sebiji buah nona untuk aku rasa. ia adalah hasil dari pokok yang ditanam sendiri di depan rumahnya. dulu dia ada juga bagi aku anak pokok nona untuk ditanam. memang pc dah tanam kat kg kpilah. tapi lupa pulak aku nak ikuti perkembangannya. entah hidup entah dah piap...agaknya awal sangat gy petik buah tu sebab baru isnin hari tu buah tu masak. not bad. tk gy. kaedah makan macam makan biji koci. cuma bezanya isi biji koci kat dalam kulit. kerana banyaknya biji2 yang halus tu maka memang sesuai dimakan oleh puteri2 yang sopan santun dan sabaq. apa khasiatnya ye. nanti aku cari kat tenet.
tadi lepas kelas arab, pn. gy menghulur lagi buah tangan berupa 3 biji buah yang jarang dijumpai atau dimakan oleh kita2 sekarang. yang ni sah bukan dari pokok yang dia tanam sendiri. mulanya aku ingatkan buah pisang kaki. tapi rupanya buah cepu atau cupu. ia jauh lebih kecil dari buah pisang kaki. oleh kerana masih hijau dan masam, katanya boleh dicampur sebagai sayur dalam gulai lemak cili padi. aah terlioq dah. katanya juga warna buah yang masak pun seakan buah pisang kaki dan bila nak makannya siat kulitnya macam makan pisang. bila2 senang nanti aku kena cari macam mana rupa pokoknya dan buah yang masak untuk tahu keenakannya.
No comments:
Post a Comment