Wednesday, June 2, 2010

rajin bermusim.....

anak2 yang sekolah akan balik bercuti selama 2 minggu bermula jumaat ni. tak tau la pulak sape sedara mara yang nak mai rumah masa tu. yang pasti aku kena kemas rumah dan sedia bilik2 tidoq sebaiknya. sebagai permulaan aku mengubah kedudukan katil kat bilik tengah. malangnya panjang katil menyebabkan pintu bilik tidak boleh ditutup. apa harus aku buat ni. samaada aku buat pintu baru atau aku kerat sikit 2 rasuk besi katil tu kat kedai besi atau buat dua2 sekali. suntuk masa ni. sebelah rasuk katil dah aku buka dan satu lagi aku buka esok saja sebab aku terpaksa ketuk dengan hammer. ketung ketang malam2 buta ni kang apa pulak kata orang kan. harap2 esok ade kedai yang nak tolong aku buat modification tu.

cadar2 katil kat 3 bilik tu dah aku rendam. harap2 esok cuaca cerah supaya kain basuhan aku boleh kering dan boleh dipasang balik kat tempatnya. pagi esok juga kena vacum lantai tingkat bawah/atas dan kemudian kemas dapoq pulak. belah petang bela dan susunatoq pokok bunga atas rak besi yang hh bagi hari tu. rajinnya koje macam siap2 nak raya pulak.


No comments:

Post a Comment