Friday, June 4, 2010

on the road saje hari ni


jam 10.00 pg tadi aku sendirian keluar rumah menuju terus ke puncak alam. put3a telah sedia menunggu untuk pulang apabila aku sampai sana kira2 jam 11.00 +pg. kami ber2 lepas tu terus menghala ke airport subang. walau pun aku rase sesat barat, akhirnya sampai juga ke destinasi itu. terima kasih pada kerajaan kerana jalan2 yang elok dan mudah aku ikuti. hari ni pulak memang hari pertama aku bawa kereta sejauh itu sendirian. sempat juga aku lunch dengan put3a kat gerai belah hujung landasan kapalterbang (kat luar pagar la ye) sementara menunggu ketibaan flight put3n dari astaq jam 1.45 tgh.

lepas ambik put3n kat airport aku sepatutnya nak jemput hns kat um. tapi oleh kerana kuliah dia hanya akan habis jam 6.00 ptg, aku ambik keputusan balik rumah dulu. lepas selesai solat asar, kami ber3 keluar semula menuju ke um. masa kami meninggalkan kawasan um tu hampir waktu maghrib dan langsung terlepas waktu sebab terperangkap dalam kesesakan jalanraya yang amat sangat kat jalan duta. aku sepatutnya telah faham akan senario begitu pada setiap jumaat petang/malam apatah lagi esoknya cuti sekolah bermula. siap singgah supper dan sampai rumah dekat 10.30 tgh mlm. begitu hectic sekali hari ni...depa suma tumbang dah ni.



No comments:

Post a Comment