Wednesday, June 2, 2010

potong rambut lagi

aku keluar awal sikit pagi ni. ingat nak potong rambut sikit kat kedai biasa tapi malangnya ade pelanggan tengah gunting rambut masa tu. takut terlepas kelas arab, aku batal je niat tu dan pi kelas dulu. hari ni kelas lengang sikit. biasa la tu kalau dah dekat2 nak cuti sekolah. mak pak tok nek pun kena amik cuti gak. untuk itu ustaz bagi cuti minggu depan. lagi pun dia katenya kebetulan nak pi kursus 2 hari. aku pulak mungkin tak dapat pi kelas minggu berikutnya kerana nak pi astaq.

masa sampai masjid tadi aku nampak bilal dan beberapa orang tengah mandi jenazah. dan masa habis kelas arab tu pulak, jenazah dah pun berada kat ruang solat masjid. kami sekelas sempat sama2 mengaminkan doa untuk jenazah. wajah jenazah kelihatan dibuka masa tu. sudah tentulah jenazah seorang lelaki sebab bilal yang uruskan mandinya. memang praktikal betul sekiranya urusan jenazah dibuat kat masjid. kelengkapan dan orang2 yang mahir tentang urusan jenazah telah sedia ade. ruang solat yang lapang memberi keselesaan dan ketenangan kepada keluarga atau sahabat handai menunggu/mengiring jenazah sambil mendoakannya dengan bacaan ayat2 suci alquran. tempat letak kenderaan juga tidak menjadi masalah kerana cukup luas. aku harap satu hari nanti masjid baru di kawasan perumahan aku juga akan mencapai taraf kemakmuran dan keberkatan sepertimana masjid berkenaan. insyaAllah.

dari kelas tadi, aku tak balik terus sebaliknya singgah balik kedai gunting rambut tadi. aku kena gunting juga rambut hari ni. dah tak tahan panas dengan rambut yang dah melengkar kat tengkuk dan telinga. nak diikat tak cukup panjang. lagi pun orang macam umoq aku ni, bila rambut panjang lebih senang gugoq. maklumlah dah kurang banyak vitamin sana sini. kini lega aku dengan rambut pendek ni. ringan rase kepala.

No comments:

Post a Comment