Friday, June 11, 2010

musim cuti sekolah

2nd half 10 jun 2010

bayangkan perjalanan dengan kereta 6-7 jam jadi 12-13 jam. macam nak meraung tapi tak jadi sebab kena sabaq jugak demi keharmonian suasana dan keselamatan semasa perjalanan. itulah yang terjadi dengan aku dan family. 6.30 ptg kemarin dari astaq dan sampai kl l/kurang jam 8.00 pagi tadi. jalan jemnye kejap je kat juru. yang tak tahan tu pc mengantuk all the way. terpaksa berenti bagi pc tidoq kat beberapa tempat yang mana last sekali kat r&r ulu bernam. aku dapat tidoq2 ayam je. siksa aku terpaksa berjaga awasi pc memandu sebab takut pc terlena lak nanti. aku lak takut nak ganti memandu malam2 gitu. la ni kepala masih sesekali macam nak berpusing dan pedih2 mata lagi. macam mana pun alhamdulillah selamat sampai rumah.

macam mana lak boleh cerita tentang balik dari astaq ke kl dulu ni ye. aku nak cerita la hari2 sebelum balik astaq sementara aku ingat ni. kat sana aku takde sempat nak ngadap computer.

7 jun 2010

hari senin 7 jun 2010, paginya aku dan put3n pi ppd hulu langat untuk summit borang muet put3a. tapi malang kena reject sebab tak cukup syarat. lain kali jangan percaya sangat telahan2. baca betul2 arahan ok: sila sertakan salinan ic dan result yang telah disahkan. kan dah kena buat koje 2 kali. nasib baik zm ade. senang sikit nak dapat pengesahan dokumen2 tu darinye bila2 masa saje. tapi aku nak summit semula next week la sehari sebelum tarikh tutup.

belah tengahari 7 jun 2010, fd sampai rumah dari jasin. dia mengikuti program tabligh yang dibuat oleh guru sekolahnya selama 3 hari. katenya ade 12 orang ngikut program tu. aku harap dia boleh bersederhana saja dalam aktiviti ini. takut tumpuan pada pelajaran lari sikit pulak nanti. pereksa spm pun dah tak lama lagi ni. alhamdulillah perjalanan baliknya selesa kerana dapat menumpang kereta ayah kawannya yang sama2 ikuti program tu. malamnye aku pi rumah zm untuk mendapatkan pengesahan salinan ic dan sijil pepereksaan put3a yang perlu disertakan bersama borang muetnya itu. lewat malamnye pulak pc sampai dari astaq. esoknye dia ade mesyuarat kat opis kl.

8 jun 2010

lewat malam sesampai pc rumah, terus ajak balik astaq esok pepagi dengan kereta. dia ade mesyuarat jam 2.30 ptg esok. kalau aku tau awal rancangan dia, taklah aku lepaskan fd balik sensorang ke astaq petang tadinye dengan bas.



9 jun 2010

awal pagi kira2 jam 7.30a.m aku, pc, put3n dan fd bertolak balik. sampai astaq ngam2 jam 2.30 ptg iaitu waktu pc untuk hadir mesyuarat kat opis jitra pulak. aku ambik kesempatan rihat kat rumah adik ipar aku kat jitra. lepas `asar baru kami sume termasuk adik ipar aku (ds) dan anaknye (atn) ke rumah mentua aku kat astaq. sebelum tu singgah kat gerai tak jauh dari rumah mentua beli bungkus makan2. gerai favourite tutup pulak hari tu, so rezeki gerai jirannye la pulak hari tu. kueh teaw dan beehoon gorengnya sedap tak mengecewakan sume. lain kali boleh beli lagi. kebetulan suami adik ipar bongsu pulak bawak murtabak dan kena pulak teh ais kaw, ape lagi meriah lagilah majlis makan2 tu. turut memeriahkan suasana dengan kedatangan sepupu pc, bangIs, yang tak pernah putus cerita. ceritanya kadang2 lawak, kadang2 macam khutbah. anak2 manakan adekala kecut perut bile kena terjah unprepared questions.

bila pc balik dari mesyuaratnye lewat petang tu, terus habaq petang esoknye nak kena balik semula kl sebab petang jumaat ade mesyuarat kat opis kl lak. la baru sampai nak kena balik pulak dah. nak tinggal astaq boleh tapi aku malas nak balik kl naik bas. jadi ikut je la. aku dan put3n serta anak ipar bongsu (shm) tidoq kat jitra malam tu. fd macam biasa tidoq ngan tokwannye. fw memang ade kat astaq awai lagi. dia balik kl kendian sikit sebab praktikal akan mula 3rd week jun ni.


1st half 10 jun 2010

lepas brunch kat rumah ds, kami ke pasaraya aneka jitra. masing2 macam minat nak tengok wayang. so kami pilih `kecoh betul' sebab show tu je yang agak2 boleh diterima dari segi cerita dan time untuk sume. oleh kerana show start 1.00 tgh dan ade sejam lagi nak tunggu, kami pi baling2 sat kat bowling centre sebelahnye. kecoh jugak kalau orang kampung nampak, sebab hari tu hari ini dalam sejarah bagi dz, atn dan shm. yang pasti put3n dan atn enjoy the game dan aku dah takyah bawa put3n tengok wayang dan main bowling lagi bila balik kl nanti. shm seronok sangat dan terkekek2 ketawa geli hati. cian anak sedara aku ni rupanye pertama kali tengok wayang kat panggung.

habis tengok wayang, terus balik packed baju2 dan menuju rumah mentua. singgah kedai beli lauk2 segera utk lunch. dekat jam 3.00 ptg lunch kami. lepas lunch, sembang2 adik beradik sementara tunggu pc balik dari opis. kan dah kate nak balik kl juga petang tu. pak mentua yang tak berapa sihat, nampak sedih tak puas mesra ngan cucu2nye.



No comments:

Post a Comment