Sunday, May 2, 2010

nak masak hari ni.....

aku keluar sorang pagi tadi. nak cari roti jala kat kedai kak jah untuk menjamu fd dan kawan2nya kat jasin. malangnya tokey yang buat roti jala off hari ni. aaah kecewa aku. beli kueh2 je sikit. then pi kat gerai jual ikan kat taman kosas untuk beli mee kuning. mee kuning yang dibuat sendiri dan dijual oleh sedara pc ni memang ramai peminatnya. dia hanya jual pada pagi minggu saje. dan hari ni aku pertama kali dapat beli. jadi begitu sebab jualan dia biasanya akan habis sekitar jam 8.00 pagi lagi. kami pulak selalunya hujung minggu balik kpilah atau kalau tak balik pun taklah seawal itu akan ke tempat itu. aku borong 6 bungkus untuk buat stok.

takla pulak aku masak mee tu hari ni sebaliknya, masak ayam goreng kicap, sambal sardin dan sayur kobis goreng. nasi putih masak 5 put. semuanya aku bekalkan untuk fd. aku juga bekalkan roti gardenia 2 bantal kalau2 fd dan kawan2nya nak makan ngan sambal sardin tu.

aku dan pc bertolak ke jasin jam 11.00 pagi. put3a tak ikut sama sebab dia dengan kawan2 serta gurunya masa kat b.kikir dulu nak ke sunway lagoon. fw tak nak ikut sebab ade program ngan kawan dia jugak. sampai jasin kami bawa fd keluar sat untuk beli barang keperluannya dan hantar dia kembali ke sekolah lepas tu. harap depa suka dengan makanan2 yang aku bawakan untuk depa.

dalam perjalanan balik kami singgah kat masjid tanah untuk jemput sy. dia nak ikut kami balik kl untuk bersama put3a beberapa hari sebelum kursus matrik dia kat melaka tu mula minggu depan. oleh sebab sy tersilap tunjuk jalan ketika kami nak balik ke kl, perjalanan balik tu jadi jauh sikit kerana sebenarnya ikut jalan ke pd kemudian baru ke seremban. aku pulak kena ambik alih bawak keta sebab pc mengantuk. aku pilih laluan hyway lekas. jalan tadi sibuk pulak kerana nampaknya telah ramai orang guna hyway tu dah. kami singgah solat maghrib kat r&r beranang dan lepas tu pc pulak sambung driving sampai rumah. sebelum tu kami jemput put3a kat rumah dan terus makan malam kat luar je.

masing2 tidoq awal ni sebab terlalu letih dengan aktiviti masing2.

No comments:

Post a Comment