lupa nak cerita yang pagi kemarin kira2 jam 9.00 pagi aku, pc, put3a, ds dan atn pi jasin. kami sarapan kat gerai tepi jalan di gemencheh dan sampai jasin tempat fd kira2 jam 11.00 pagi gitu. bawa fd keluar ronda2 sampai pekan tangkak tapi tak singgah pun sebab susahnya nak cari tempat parking. kami yang pompuan2 ni jeling2 je la kat kedai2 kain di kiri kanan jalan. masa melencong arah pekan tangkak, memang berangan dah kalau singgah mesti nak borong kain2 ela untuk buat baju raya. tapi apakan daya. pc memang gitu dah. dia tak suka tempat2 yang sesak dan pantang kalau pusing sekali dua takde tempat parking jawabnya bye, bye la.
langkah mudah adalah patah balik ke pekan jasin dan beli belah situ je la. kami singgah makan kat tempat macam r@r luar sikit pekan jasin. kat situ ada 2 gerai jual buah2an jugak. malangnya menu kat gerai makan tak banyak pilihan. hanya put3a dan fd je yang order makan char kue tiaw dan mee rebus. yang lain2 hanya minum melepas dahaga dalam keadaan cuaca masa tu yang amat panas terik. aku hanya makan cendol pulut.
kat gerai yang kami makan tu ade jual anak2 pokok bunga dan pokok buah. aku dan ds tertarik ngan anak2 pokok kemboja yang sedang berbunga. satu berbunga merah hati dan satu lagi warna putih. masa kami tanya budak yang jaga tu kata rm18.00 sepasu. dalam hati aku kate murahnya. lepas makan dan kami sume dah pun naik keta, aku kate kat pc pasal bunga kemboja tu. terus pc bagi duit suruh aku beli 2 pokok tu dan kalau boleh minta tawar lagi harga. aku dan ds pun tanya balik pasal pokok tu. alangkah terkejut malunya kami bila dia sendiri pun terkejut bila aku nak beli 2 pokok kemboja tu dengan harga diskaun rm30. sebenarnya rm80 sepokok ma. sudah 4 tahun dia bela pokok tu katenya. memang la logik harga bagi pokok2 macam pokok bonsai tu kan. nak buang perasaan malu, aku tanya balik dia pasal apa tadi dia kata rm18 saja sepokok. saksi aku ds masa tu. nasib baik budak tu pandai jawab. dia suruh kami mai lain sebab mungkin masa tu ade anak2 pokok yang kecil dari tu dan harganya rm30 sepokok. aku anggap dia masa tu tak makan nasi lagi kut dan mamai dengan cuaca yang panas terik lagi. tapi aku tetap rase malu dan senyum sendiri dengan insiden itu.
kami tinggalkan tempat makan tu tanpa pokok2 idaman tapi dengan 3 bungkus char kue tiaw untuk jamu rakan2 fd kat asrama. walau pun gitu aku dan pc terhibur juga bila lihat beberapa pokok kemboja yang sedang galak berbunga kat tepi jalan depan sebuah pejabat kerajaan kat pekan jasin. aku ingat nak tanam juga la kat tanah kebun aku nanti. biar kita kikis sikit2 fikiran lama yang mengatakan pokok kemboja tu hanya sesuai kat tanah perkuburan je. untuk permulaan, kat mane aku nak ambik biji2 benihnya ye. nak kutip kat tanah perkuburan ke....aah senang esok cari kat pasaraya je.
lepas hantar fd ke asrama, kami kembali semula ke kpilah. sementara kami sume tergolek kat katil keletihan, pc dengan penuh bersemangat terus pi ke kebun untuk menanam anak2 pokok kelapa pandan. dia dibantu oleh pakcik aku cm yang baru saje selesai memasang dawai pagar kawasan kebun aku tu. malangnya mereka hanya sempat tanam 3 pokok je sebab hujan mula turun dengan lebat diiringi kilat dan guruh berdentum2.
masa kami balik ke kl lepas maghrib hujan masih lagi turun. aku terpaksa tepon makcik ns dan minta maaf kerana tak dapat juga singgah rumah dia sebelum balik. kami jenguk sat adik aku kat seremban dan bersyukur dengan berita anaknya sfq dapat sambung belajar kat ikm jasin dalam bidang teknologi kimpalan untuk tempoh 2 tahun bermula hujung jun ni. ini bermakna bila melawat fd nanti, kami juga boleh melawat sfq kerana ikm jasin berjiran dengan sekolah fd. walau pun fd dan syq akan sempat berjiran hanya untuk tempoh hingga hujung tahun ni saje (fd tamat spm), masa tu rasenya sudah tentu cukup bagi syq untuk menyesuaikan diri serta menghilangkan rase homesicknya sekiranya ade.

No comments:
Post a Comment