masa ni keadaan balik seperti dulu. tinggal aku dan pc sahaja kat rumah. tetamu terakhir petang tadi ialah adik pc si dsha dan suaminya ckp. suaminya akan pulang ke astaq malam ni. manakala dia sendiri terpaksa mengasuh cucunya di subang sehingga besannya mengambil giliran. hari ni juga pc tak pi kerja. kami menghantar anak dsha si atyn balik kampus di upm sebelah pagi dan sempat melepak dan minum2 di medan makan depa sementara urusan selesai.
banyak nak cerita ni. hari jumaat 1 januari 2010 kami pada mulanya hanya nak melepaskan sedara mara yang nak pi majlis kahwin kat jengka setakat kat tol karak saja. tapi instead of u-turn balik kat genting, pc terus ikut convoy ke jengka. apa lagi anak bongsuku si put3n teriak le sebab mengenangkan kerja sekolah tak siap dan barang2 nak bawa balik ke sekolah esoknya tak beli lagi. begitu juga dengan put3a yang esok kena lapur diri plkn kat putrajaya. jadi selepas menjamah makanan petang yang disedikan oleh pihak pengantin perempuan di homestay yang disediakan, kami ( aku, pc, put3a dan put3n) pun terus balik ke kl. wakil hadir dari keluarga kami adalah fd, ft, dsha, ckp dan anak mereka atyn. sesampai je kl malam tu dan selepas solat maghrib, kami terus ke carrefour ampang untuk beli keperluan put3a dan put3n. nasib baiklah ape2 yang diperlukan semuanya boleh didapati di situ dan mereka tidak boleh cerewet kerana dah kesuntukan masa untuk protes.
pagi sabtu tu 2 januari 2010 jam 6.30 aku pastikan keduanya , put3a dan put3n telah siap sedia untuk bertolak ke destinasi masing2. put3a kami hantar ke park & ride putrajaya iaitu pusat pengumpulan pelatih plkn. kami tak sarapan kat rumah kerana memikirkan kemungkinan di situ ada menjual makanan. tapi tekaan meleset ditambah pulak kerumitan mencari tempat makan di putrajaya itu pada awal2 pagi hujung minggu. kesesatan dalam mencari semula lokasi asal juga menyebabkan kami putus asa. jadi akhirnya put3n terpaksa sacrifice biskut kering yang dia ingat nak makan dalam kapalterbang nanti kepada kakaknya.
setelah put3a mendaftar nama dan mengetahui bas mana yang dia perlu naik, kami pun meninggalkannya di situ. dah tak sempat nak tunggu dia berlepas ke kem karisma k.pilah kerana penerbangan put3n ke langkawi di lcct pada jam 1050 pagi. sebagai ganti biskut keringnya tadi dan kemungkinan sekolah tak sedia lunch hari tu, aku bekalkan put3n makanan dari mcdonald. itulah makanan kegemaran anak2 sekarang ye. alhamdulillah mereka selamat sampai ke destinasi masing2 termasuk geng yang pi kenduri di jengka yang sampai rumahku lewat petang itu juga.
semalam 3 januari 2010, awal pagi kami dah keluar rumah untuk menghantar fd pula ke sekolahnya di jasin. dsha, suaminya ckp dan atyn turut sama dalam perjalanan itu untuk melihat2 tempat orang. sempat juga kami orang2 perempuan membeli belah di kedai rm2 kat pekan jasin. seronok juga bagi kita yang kurang duit.
pc semestinya ambik kesempatan untuk singgah kg kpliah bila2 pergi ke jasin. menjenguk pokok2nya seperti biasa. oleh kerana masing2 keletihan, dapatlah masing2 tidoq petang di sana sekejap. dan kemudian minum petang dengan mencicah biskut kering yang biasa dijual di kg je kat laman rumah. aduh nyamannya udara ketika itu. lepas solat maghrib kami pergi membuat tinjauan dari jauh kem karisma. dengan adenya cahaya lampu barulah kami dapat lihat yang kem tu sebenarnya agak besar juga kawasanya kerana bahagian belakang kawasan didapati rendah sedikit dari hadapan dan terlindung dari pandangan.
selepas tinjauan akan kem karisma itu, kami makan2 di medan makan pekan kpilah bersama kedua2 emak saudara aku serta pasangan masing2 yang kebetulan ade di kg masa tu. menu malam tu nasi lemak ayam goreng special. sedaaaap. aku belanja malam tu. sembang malam tu juga rancak kerana ade comman interests di antara masing2.
kami bersurai kira2 jam 10.00 mlm. dan sampai balik rumah kl dekat jam 12.30 mlm.

No comments:
Post a Comment