Monday, June 28, 2010

balik lagi..

pc sampai rumah 2 minit lagi jam 12.00 tgh malam. dia dari astaq ngan flight mas dan turun kat klia tadi. kerap pulak dia koje kat kl ni. aku tak leh nak lena ni sebab masih kekenyangan makan late supper kat restoran timor ngan pc tadi. dia dah lama lena. aku pun nak tidoqlah esok takut tak terjaga pulak.

Sunday, June 27, 2010

sesat barat juga

masa aku tepon put3a jam 8.20 mlm tadi, dia dan abang2nye belum lagi sampai kampus. terkejut aku yang mereka telah sesat barat begitu lama lebih 2 jam macam mula2 aku dan pc kesana. pengalaman depa ber2 yang pernah dan sedang belajar kat area s.alam tu ingatkan boleh membantu, rupanye aku silap. put3a pun silap juga kerana beberapa kali pi balik kampus selalu lena kat belakang. tu yang tak boleh harap dia jadi co-pilot tu. tapi macam mana pun alhamdulillah l/kurang jam 9.00 mlm tadi barulah depa sampai kampus.

layan diri

lepas exercise pagi tadi, breakfast kat tempat biasa. mana lagi kalau tak tempat ade jual beehoon sup favourite put3a. aku makan roti teloq je. lepas tu kami ke pasaraya untuk cari blouse tuk put3a. sebelum ni dia hanya minat pakai t-shirt long sleeve yang walau pun labuh tapi melekat kat badan tu. lama dah aku suruh dia biasakan pakai blouse masa pi kuliah tapi dia tak mau. tak biasa la. rimash la. ni agaknya dah ade orang tegoq dia kut. yang beratnya kesudahan shopping ialah 2 helai blouse dan 1 pasang pajama utk put3a, 2 pasang pajamas utk put3n dan 3 helai pants warna black, grey and dark brown utk aku sendiri. sume tu cost me rm233.30 hari ni. kemarin baru je bayaq utang kredit card dan hari ni dah bagi level balik.....


masa ni put3a mungkin dah separuh jalan ke kampus agaknye. aku tak ngantar dia. sebaliknya abangah dan bancik dia je ngantor balik jam 6.00 ptg tadi. sesekali kena le mintak tulon abe2 buat koje ni. lagi pun abe2 dia ni belum pernah sampai kampus baru uitm tu sejak put3a mula belajaq situ sebulan lalu.



jalan2 pagi

wheew....penatnye. baru habis jalan2. 3 km in 45 min. pagi kemarin 2 km in 35 min. masih jauh dari sesaran. tak mungkin capai sasaran. tapi takpa janji ade proggress sikit2. tau tak rasenya macam dah 6 bulan aku tak naik machine tu. ni pun mula exercise balik sebab kaki dah rase berat nak melangkah dan mata2 pun mula nampak kelabu sikit. adekah ini tanda gula dalam badan pun dah naik. rase high time kena pi check balik kut. teh misang kucing pun dah bebulan tak ambik. wake up wake up waghih....

Saturday, June 26, 2010

kenduri sedara

tengahari tadi aku berkonvoy dengan sedara mara aku (5 kereta) ke nilai bagi menghadiri kenduri kahwin sedara sebelah nenek aku. aku diberitahu yang datuk dan nenek pengantin tersebut pernah rapat dengan mak dan abah aku ketika mereka duduk kat kg. baru, kl. masa tu aku berumur sekitar 2-3 tahun dan setelah hampir 50 tahun baru berjumpa pula hari ini.

oleh kerana tuan rumah sudah tentu sibuk mengalu2kan tetamu jemputan, sukarlah nak sembang lama2 pasai kau siapa, dia siapa. kena ade forum lain untuk suai kenal sedara mara ni. dalam ramai2 adik beradik nenek sebelah mak aku ni, kaum kerabat pengantin ni lah yang paling lama terputus hubungan. tu yang projek pembinaan salasilah keluarga aku terbantut kat situ dan tak dapat dibukukan lagi.

macam mana pun aku dan pc seronok dapat berkenalan ngan jiran tuan rumah yang dok makan semeja ngan kami. kebetulan menantu lelakinya yang sebaya ngan fa tu berasal dari sg.petani, kedah. lajulah sembangnye ngan pc.

aku nak flash back hari2 sebelum hari ni kat sini sementara boleh ingat. dah 10 hari aku tak online rupanye.

15 jun 2010

aku dan put3n ke ppd h.langat semula untuk summit borang muet put3a. alhamdulillah diterima tanpa masalah lagi. on the way balik aku singgah kebun hh berbekalkan 4 biji kelapa muda. ingat nak makan kat situ bersama tapi tak jadi sebab tak tahan cuasa yang paneh terik. sebaliknye kami minum minuman yang hh dah siapkan. kami angkat kaki lepas sembang serba sikit.

18 jun 2010

put3n balik astaq ngan abangnya fs dan fa. mereka naik kereta fa dan bertolak jam 12.00 mlm. sampai pagi la tu. alhamdulillah selamat sampai

19 jun 2010

put3a tak balik weekend ni. dia menghibur diri ngan kawan2nya kat sunway, put3n yang dah berada di astaq pagi tadi balik langkawi ngan feri. pc hantar dia kat jetty. malamnye pc balik kl lagi.

20 jun 2010

aku dan pc hantar fd balik jasin dan singgah tengok rumah kpilah. bumbong wakaf kat kebun dah naik. ambik kesempatan cari kayu 2nd hand untuk lantai.

25 jun 2010

pc jemput put3a kat puncak alam untuk cuti hujung minggu.

Monday, June 14, 2010

yang cuti dan yang koje

susah betul nak online bila anak2 ade kat rumah. depa tak lepas peluang cuti2 sekolah ni bergilir2 berfb. sambil tu selang seli depa buat koje sekolah.

11 jun 2010

lewat petang aku, pc, fd dan put3n ke puncak alam untuk menjemput put3a supaya dapat menghabiskan cuti hujung minggunya kat rumah. lagi pun komputer dia rosak dan perlu diperbaiki. kami solat maghrib dulu kat puncak alam sebab lepas tu kena singgah pulak kat kampus induk shah alam untuk jemput anak sedara belah bapak aku si intdy. parent dia dok kat kulim. sudah tentu terlalu jauh kalau nak balik weekend2. dia buat course asasi law. ini rasenya 1st time kami bersua sejak bebudak sume dah meningkat remaja. harap depa boleh ngam macam adik beradik lepas ni.

12 jun 2010

lepas breakfast kami shopping kat carrefour. macam biasa budak2 ni beli stok berupa barang makanan kering dan lain2 barang personal untuk bawak balik sekolah dan kampus. lunch kat kedai mamak. tapi cuma aku dan put3n je yang makan. put3a dan intdy beli bungkus ye. fd tak ikut kami kerana dia ikut pc.

untuk dinner aku masak sendiri. menu sempol2 saje. aku tidoq awai lepas tu. bebudak tak tahu la tidoq jam berapa.

13 jun 2010

belah petang adik aku jak, isterinye dan anak lelakinya singgah rumah. mereka meraikan kenduri kawen anak sedara isterinya kat melawati kemarinnye. anaknye hns tak mai rumah sebab sibok dengan tutorial dia. put3a amik kesempatan dapatkan tips bagi subject maths yang dia tak faham dari pakngahnye tu yang memang major dalam subject tu. tapi maklum je la sejak dah tak ngajar dan dok kat ppd, tentu dah ingat2 lupa sikit.

lepas maghrib aku dan pc hantar put3a dan intdy balik kampus. fd dan put3a tak ikut sama. mula2 hantar si intdy. tapi sebelum tu makan2 sat kat abu cafe yang tak jauh dari pintu utama kolej kediaman dia. rupenya exhubby cousin aku pzee manage cafe tu. dapat le banyak discount malam tu. walau mahal sikit untuk students, keenakan masakan dan suasana yang cosy mengatasi segalanye. alhamdulillah.


lepas menghantar intdy kat kolejnya, kami bertiga terus menghala ke puncak alam pula. tapi nampaknya kami masih lagi buntu tentang jalan2 nak sampai kesana. tambahan pulak kalau pada hari malam. setelah puas makan angin baru sampai tempat yang dituju. kira2 masa kami tinggalkan put3a kat kolejnya, jam pun dah melewati 11.30 mlm. sekali lagi kami kena melalui beberapa km jalan balik yang gelap gelita dan menggerunkan itu.

14 jun 2010

pagi aku hantaq pc kat rumah dsh di keramat. mereka pi mesyuarat kat opis kl dan kemudian balik astaq belah petangnya bersama.



Friday, June 11, 2010

musim cuti sekolah

2nd half 10 jun 2010

bayangkan perjalanan dengan kereta 6-7 jam jadi 12-13 jam. macam nak meraung tapi tak jadi sebab kena sabaq jugak demi keharmonian suasana dan keselamatan semasa perjalanan. itulah yang terjadi dengan aku dan family. 6.30 ptg kemarin dari astaq dan sampai kl l/kurang jam 8.00 pagi tadi. jalan jemnye kejap je kat juru. yang tak tahan tu pc mengantuk all the way. terpaksa berenti bagi pc tidoq kat beberapa tempat yang mana last sekali kat r&r ulu bernam. aku dapat tidoq2 ayam je. siksa aku terpaksa berjaga awasi pc memandu sebab takut pc terlena lak nanti. aku lak takut nak ganti memandu malam2 gitu. la ni kepala masih sesekali macam nak berpusing dan pedih2 mata lagi. macam mana pun alhamdulillah selamat sampai rumah.

macam mana lak boleh cerita tentang balik dari astaq ke kl dulu ni ye. aku nak cerita la hari2 sebelum balik astaq sementara aku ingat ni. kat sana aku takde sempat nak ngadap computer.

7 jun 2010

hari senin 7 jun 2010, paginya aku dan put3n pi ppd hulu langat untuk summit borang muet put3a. tapi malang kena reject sebab tak cukup syarat. lain kali jangan percaya sangat telahan2. baca betul2 arahan ok: sila sertakan salinan ic dan result yang telah disahkan. kan dah kena buat koje 2 kali. nasib baik zm ade. senang sikit nak dapat pengesahan dokumen2 tu darinye bila2 masa saje. tapi aku nak summit semula next week la sehari sebelum tarikh tutup.

belah tengahari 7 jun 2010, fd sampai rumah dari jasin. dia mengikuti program tabligh yang dibuat oleh guru sekolahnya selama 3 hari. katenya ade 12 orang ngikut program tu. aku harap dia boleh bersederhana saja dalam aktiviti ini. takut tumpuan pada pelajaran lari sikit pulak nanti. pereksa spm pun dah tak lama lagi ni. alhamdulillah perjalanan baliknya selesa kerana dapat menumpang kereta ayah kawannya yang sama2 ikuti program tu. malamnye aku pi rumah zm untuk mendapatkan pengesahan salinan ic dan sijil pepereksaan put3a yang perlu disertakan bersama borang muetnya itu. lewat malamnye pulak pc sampai dari astaq. esoknye dia ade mesyuarat kat opis kl.

8 jun 2010

lewat malam sesampai pc rumah, terus ajak balik astaq esok pepagi dengan kereta. dia ade mesyuarat jam 2.30 ptg esok. kalau aku tau awal rancangan dia, taklah aku lepaskan fd balik sensorang ke astaq petang tadinye dengan bas.



9 jun 2010

awal pagi kira2 jam 7.30a.m aku, pc, put3n dan fd bertolak balik. sampai astaq ngam2 jam 2.30 ptg iaitu waktu pc untuk hadir mesyuarat kat opis jitra pulak. aku ambik kesempatan rihat kat rumah adik ipar aku kat jitra. lepas `asar baru kami sume termasuk adik ipar aku (ds) dan anaknye (atn) ke rumah mentua aku kat astaq. sebelum tu singgah kat gerai tak jauh dari rumah mentua beli bungkus makan2. gerai favourite tutup pulak hari tu, so rezeki gerai jirannye la pulak hari tu. kueh teaw dan beehoon gorengnya sedap tak mengecewakan sume. lain kali boleh beli lagi. kebetulan suami adik ipar bongsu pulak bawak murtabak dan kena pulak teh ais kaw, ape lagi meriah lagilah majlis makan2 tu. turut memeriahkan suasana dengan kedatangan sepupu pc, bangIs, yang tak pernah putus cerita. ceritanya kadang2 lawak, kadang2 macam khutbah. anak2 manakan adekala kecut perut bile kena terjah unprepared questions.

bila pc balik dari mesyuaratnye lewat petang tu, terus habaq petang esoknye nak kena balik semula kl sebab petang jumaat ade mesyuarat kat opis kl lak. la baru sampai nak kena balik pulak dah. nak tinggal astaq boleh tapi aku malas nak balik kl naik bas. jadi ikut je la. aku dan put3n serta anak ipar bongsu (shm) tidoq kat jitra malam tu. fd macam biasa tidoq ngan tokwannye. fw memang ade kat astaq awai lagi. dia balik kl kendian sikit sebab praktikal akan mula 3rd week jun ni.


1st half 10 jun 2010

lepas brunch kat rumah ds, kami ke pasaraya aneka jitra. masing2 macam minat nak tengok wayang. so kami pilih `kecoh betul' sebab show tu je yang agak2 boleh diterima dari segi cerita dan time untuk sume. oleh kerana show start 1.00 tgh dan ade sejam lagi nak tunggu, kami pi baling2 sat kat bowling centre sebelahnye. kecoh jugak kalau orang kampung nampak, sebab hari tu hari ini dalam sejarah bagi dz, atn dan shm. yang pasti put3n dan atn enjoy the game dan aku dah takyah bawa put3n tengok wayang dan main bowling lagi bila balik kl nanti. shm seronok sangat dan terkekek2 ketawa geli hati. cian anak sedara aku ni rupanye pertama kali tengok wayang kat panggung.

habis tengok wayang, terus balik packed baju2 dan menuju rumah mentua. singgah kedai beli lauk2 segera utk lunch. dekat jam 3.00 ptg lunch kami. lepas lunch, sembang2 adik beradik sementara tunggu pc balik dari opis. kan dah kate nak balik kl juga petang tu. pak mentua yang tak berapa sihat, nampak sedih tak puas mesra ngan cucu2nye.