Tuesday, June 1, 2010

aku kena buat koje...

tengahari tadi baru anak sedara aku si intz sms no. akaun bsn adiknya intdy. aku perlukannya untuk bank in duit kat dia yang diamanahkan oleh adik aku jak. aku selitkan juga jumlah yang sama moga dapat membantu sedikit perbelanjaan permulaan yang diperlukan. duit tu sepatutnya aku serahkan pada hari pendaftaran depa 2 minggu lepas. tapi sebab kesibukan dan kesuntukan masa pada hari pendaftaran tersebut, kami tak sempat berjumpa. aku pelawa intdy ke rumah aku pada cuti2 hujung minggu. dia memberi jawapan agak positif despite kami memang tidak pernah ade peluang berinteraksi secara dekat. sebabnya dia juga seperti anak2 aku bersekolah berasrama penuh. tapi hujung minggu ini intdy akan balik kampung kat kulim untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu sebelah mamanya. aku dan ayah dia zyf adelah 1st cousin sebelah bapa aku. zyf mempunyai 2 isteri dan mama intz/intdy adelah isteri pertamanya. kedua2 anak lelakinya meninggal dunia pada usia muda. zjl meninggal kerana leukaemia (33 thn) manakala izt meninggal kerana pneumonia (20 thn). bagi kedua2nya, aku dan pc sempat ziarah ketika nazaknya begitu juga masa pengkebumiannya. dugaan hidup yang benar2 menuntut keredhoan yang besar dari kita.

pc call sat tadi bertanyakan jadual flight put3n astaq-kl. put3n akan balik astaq khamis ni dengan ferry dan esoknya tengahari dia akan fly ke kl. ok jugak la pc ade kat sana sebab boleh hantar dia ke airport. pc pulak tak balik kl hujung minggu ni. so nampak gaya hujung minggu ni aku kena urus sendiri bagi menjemput put3n kat subang, put3a kat pck.alam dan mungkin hns kat um. fd pulak tak balik sebab dia akan ikuti program ibadah (3 hari) kat masjid besar di jasin pelawaan ustaz sekolahnya. haaa sibuk la aku jumaat niii.

No comments:

Post a Comment