hari ni drama tv semuanya kisah ibu mau pun tv1, tv2 atau tv3. tergenang jugak air mate dibuatnya, ape tah lagi bila mendengar kesyahduan lagu aisyah `syurga di telapah kaki ibu' diulang2 sampai menusuk kalbu. sume ni adelah sebab minggu ke2 mei ni disambut sebagai hari ibu. bagi yang dah ketiadaan ibu macam aku ni amatlah terasa sangat. betapa banyaknya perkara yang nak kita kongsikan bersama ibu terutamanya masa2 kita dah dewasa tetapi tidak akan ade kesempatan itu lagi kecuali mengirimkan doa2 untuknya sahaja. yang ade kini adelah kenang2an bersamanya dulu dan pesanan2nya. bagi yang masih ade ibu tu kasihilah ibu dengan mengambil berat mengenai kehadirannya. kalau dah takde baru nak amik tahu atau nyesal, takde gunanya dah. la ni aku tumpang kasih kat ibu mertua aku, makcik2 aku atau sesape yang baik dan boleh diibaratkan sebagai ibu. kita ibu2 juga harus memperingatkan diri kita sendiri agar menjadi ibu yang baik kepada anak2 kita agar dianugerahkanNya nikmat sentiasa dikasihi dan dihormati oleh anak2 kita. insyaAllah.
No comments:
Post a Comment