Wednesday, May 12, 2010

susu kambing

hari ni aku beli lagi 2 botol susu kambing kat ustaz. nampaknya aku saje yang kena minum dan menghabiskannya kerana yang lain nampak tak minat langsung. harap2 tulang2 badan aku boleh jagi kuat sikit dari dulu. kalau seminggu aku minum 2 liter susu kambing, sebulan atau 4 minggu aku minum 8 liter. kalau 2 liter susu kambing kosnya rm15, jadi sebulan aku akan belanja rm60. ok la tu jika diambilkira dengan khasiatnya. tekak aku pun dah boleh adjust dengan rase susu tu. taklah seburuk yang diperkatakan orang. nyesal aku tak rase susu unta masa buat umrah dulu.

kalau tak silap aku, lama dulu masa arwah abah aku kena demam kuning, dia banyak minum susu kambing ni. ia dikatakan sebagai penawar penyakit tu. ye ke. bagi aku sendiri, setelah merasai susu kambing ini tanggapan negatif aku terhadapnya telah berubah menjadi positif sekarang dan aku tidak lagi teragak2 untuk menggalakkan anak2 atau sesape jua untuk meminumnya. tiada lagi muka2 mencebek ye.

No comments:

Post a Comment