Monday, May 17, 2010

sendiri..sendiri

pc dah bertolak ke astaq jam 9.30 pagi tadi dengan keretanya. oleh kerana terpaksa mengurus beberapa hal sikit sebelum bertolak, rancangan nak berconvoy dengan rakan2 seopis yang turut akan bertolak ke astaq hari ni tak dapat dipenuhi. memandangkan puak2 tu dah sedia ade kat tempat perjumpaan di r&r sg.buluh sebelum jam 9.00 pagi lagi, pc suruh saje depa bergerak dulu. lagi pun pc bukan seorang kerana ds dan atn yang menumpang untuk balik keastaq akan menjadi peneman pc sepanjang perjalanan.

pc masih lagi dalam perjalanan la ni. mungkin sebelum jam 4.00 ptg akan sampai astaq la tu. dan bermulalah kehidupan kami hari ini sebagai weekend husband/wife. kehidupan begini mungkin sampai pc pencen 2 tahun setengah lagi kut. aku takla rasa ralat sangat dengan perpindahan pc ke astaq kerana dia akan tinggal dengan ke2 parentnya yang masih ade kat sana. so ia adelah macam anugerah masa untuk dia bersama ibubapa dalam usia ini. lagi satu sebab tu ialah perpindahan tersebut adelah perpindahan mandotary 2 department yang melibatkan 30 orang kakitangan. memang takde pilihan ma. pilihannya ade pada aku sebenarnya. samaada nak turut pindah sana atau terus dok kl je. anak2 semua kat sini kecuali put3n kat langkawi. ah biar masa menentukannya kan. buat masa terdekat ni bas express kl-astaq atau astaq-kl akan menjadi penting bagi kami berdua. ade ke sesape dari geng2 pc yang larat nak berulang alik memandu kereta sendiri ye. mungkin depa boleh charter satu bas atau bergilir2 balik ngan kereta. tapi yang bestnya bila naik bas boleh lena sepanjang perjalanan: strictly untuk penumpang bas saje tau.

No comments:

Post a Comment