Sunday, May 23, 2010

1st day at puncak alam

hampir jam 7.00 mlm tadi, put3a tepon aku dari puncak alam. dah bermulalah tanggungjawab dia sebagai pelajar semula hari ni. bezanya dia tak perlu pakai uniform sekolah lagi dan dikira dah kena pandai2 mengurus dan mengawal diri sendiri terutamanya dari segi urusan kewangan untuk pembelajaran, makan minum dan yang paling penting dari segi pekerti. dengan lain pengertian di universiti anak2 telah besaq/dewasa. kita sebagai ibubapa hanya dapat mendoakan yang terbaik dan selamat bagi depa di mana sahaja berada.






pagi tadi memang kami bertiga keluar rumah awal sikit dengan harapan put3a dapat mendaftar bersama rakan2 sekolah dia dulu. rupanya jam 8.30 pagi tidak cukup awal lagi untuk itu. sekali ni kami ikut jalan alternatif iaitu jalan yang biasa aku guna dulu2 kalau nak ke belah2 kuala selangor. lalu penjara sg buluh dan akhirnya terlajak sampai ke ijok kerana tidak perasan papantanda arah ke kampus puncak alam. berpatah balik pulak dan sudah tentu selepas sesat baru perasan papantanda arah ke kampus. dari jalan masuk ke kampus hingga ke pondok jaga saja memakan masa setengah jam. bukan kerana jauh tapi jalan dah mula jem. kenderaan sebenarnya tidak dibenar naik ke tempat penginapan kerana bas2 kampus ade disediakan untuk mengangkut pelajar beserta barang2 dan keluarga mengiring. sudah tentulah usaha tersebut bagi mengelakan kesesakan jalan dari bertambah teruk lagi. tetapi entah macam mana rezeki berpihak kepada kami, pada masa itu kenderaan dibenar pulak naik. lega benarlah kami walau pun nak sampai ke atas tempat penginapan tu dari mula masuk tadi makan masa sejam setengah. put3a dapat bilik di tingkat 3. dan roomate dia, wn orang perak yang kebetulan satu sekolah ngan hns. alhamdulillah kerana tempat penginapan depa teramatlah selesa: apartment 4 bilik (2 orang sebilik) dengan bilik air yang besar (1 jamban duduk, 1 jamban cangkung dan 1 bilik mandi). takde dah common toilet macam dulu2 yang besar dan terletak hujung floor yang menakutkan ramai orang kalau kena pi sorang2 waktu tengah malam atau awal pagi. walau pun bentuk apartment, ruang dapur takde. takut kang bebudak tu sibuk masak memasak lak dari study agaknya. ruang tamu luas juga dan bolehlah penghuni apartment sembang atau makan bersila kat situ dari berhimpun kat bilik. lagi pun lantai apartment dipasang jubin siramik.

lepas lunch dengan put3a, wn dan rakan sekolah pu3ta (nama lupa pulak) kat cafetaria, aku dan pc berangkat pulang. kesian pulak tengok kenderaan2 dah tak dibenar pulak naik ke atas, aku tengok masa turun bukit nak keluar kampus. ramai lagi yang menunggu2 bas kat khemah2 yang disediakan kat bawah tu untuk pi ke tempat penginapan kat atas bukit yang tinggi tu. bagi yang punya kudrat lebih tu dalam keadaan terpaksa, mendaki tangga penghubung antara fakulti2 dengan tempat penginapan semata2 nak menyelesai urusan pendaftaran dengan segera. ya la mungkin antara mereka tu datang dari jauh dan nak segera pulang atas urusan lain pulak. memang menguji kesabaran betul. 4, 5 kenderaan yang mengalami kerosakan terpaksa tersadai kat tepi bahu jalan mungkin sehingga selesai urusan pendaftaran kerana yang nak datang memberi bantuan pun akan terpaksa join the queue sebelum dapat sampai ke tempat orang yang memerlukan bantuan. aku sempat menghulur sebotol besar air mineral kat salah sorang dari depa yang mengalami kekeringan air engine semasa datang tadi dan masa kami keluar kampus jam 1.30 tgh kereta tu masih tersadai kat bahu jalan.

kehairanan aku tentang kesesakan trafik dalam kampus puncak alam masa pendaftaran tadi sebenarnya terjawab bila put3a maklumkan kat aku petang tadi yang seramai 2800 pelajar telah mendaftar hari ini. bayangkan kalau sebanyak itu juga kereta yang cuba masuk kawasan kampus tu pada masa yang sama. patutlah depa terus bagi kunci bilik dulu dan urusan daftar dibuat belah malam. bayangkan kalau semua naik bas shuttle tu. 2800 pelajar, 5600 ibubapa. takyah kira yang lain2 yang ikut sama. jumlahnya semua penumpang dah 8400 dan ini bermakna kena buat lebih kurang 300 trip sebab takleh isi penuh orang sebab barang depa sudah tentu makan tempat duduk. kate lah depa ade 10 buah bas pun. setiap bas kena buat 30 trips. satu trip makan masa loading dan unloading lebih kurang 30, 40 minit. haa kalau gini bila nak selesai pendaftaran ye. patutlah depa lepas banyak jugak kenderaan untuk naik terus ke tempat penginapan.....faktor lain yang melambatkan pergerakan trafik ialah sebab ramai ibubapa tak terus pulang lepas hantar anak sebaliknya masih berlegar2 lagi kat situ, macam aku dan pc siap makan2 lagi kat situ.

isteri sepupu aku yang baru baik dari sakit sarafnya dan dah boleh jalan sikit2 berhajat juga menghantar anak bongsu dia intda kat shah alam induk hari ni. mereka dari kulim. suami dia sepupu aku tak ikut sama. sebaliknya mereka dibawa oleh anak perempuan sulungnya intza dan menantunya hzm ke sana. seperti kat puncak alam juga takleh bawa kenderaan masuk sebaliknya kena naik bas disediakan. masa aku telepon dia tadi, dia mengeluh kepenatan dan merasa dah menyusahkan keadaan pulak dengan berada kat situ ditambah pulak dengan keriau anak2 cucu yang kecik2 lagi tu. mungkin depa cemuih, kepanasan dan kelaparan kut. aku pada mulanya nak menziarah dia kat puchong, rumah sedara depa tapi terpaksa aku batalkan kerana memikirkan depa sudah tentu kepenatan.

sesampai rumah petang tadi, pc ajak aku melawat hh dan suaminya kat kebun depa. kami berada kat situ hampir sejam sambil sembang dan minum petang kat bawah peneduh anak2 pokok. memang bahagia nampak depa ber2 kat situ. usaha menjadi kerana minat dan cinta mendalam kat hobby yang sama.

put3n tepon sat tadi yang bungkusan yang aku hantar kat dia dah selamat dia terima. aku ambik kesempatan ucap selamat menyambut hari jadi ke 15 kepadanya yang jatuh pada esok pagi.


No comments:

Post a Comment