Thursday, April 29, 2010

kemas rumah

apa yang aku buat sepanjang hari ni ye. aku mengemas bilik tingkat bawah. buang segala benda yang tak mungkin diguna pakai lagi dan sebahagian darinya dah disimpan bertahun2 lamanya. mungkin puak2 yang mengutip barang recycle tu akan dapat pendapatan darinya. put3a pula tolong cuci akuarium dan masukkan 2 ekor anak ikan oskar yang baru dibeli tadi. anak ikan kaloi hitam takde pulak dijual kat kedai ikan biasa tu. aku akan cari juga anak ikan kaloi tu kat kedai ikan lain nanti sebagai ganti.

belah petang aku pasang semula langsir2 tingkap yang dah aku basuh. lama betul aku tak basuh langsir2 tu sampai warna air rendaman pun dah nampak macam warna karat. langsir sliding door tu pulak entah bila aku nak basuh. sejak aku pasang semula kunci sliding door tu, kuranglah masing2 guna sliding door tu. sebaliknya mereka dah mula biasakan diri pakai pintu masuk kayu di sebelahnya. ini bermakna kuranglah depa pegang langsir sliding door tu dan taklah ia dijadikan tempat lap tangan macam dulu samaada secara sengaja atau tak sengaja. sekarang aku nak peringat lagi diri aku tentang projek menjahit sarung sofa yang masih belum aku mulakan. bila lagi ye...

Wednesday, April 28, 2010

yang telah pergi dulu.....

lepas solat suboh, aku terus tepon makcik js dan dia setuju nak ikut aku pi menziarah arwah pakcik nsr kat seremban. untuk mengelak kesesakan jalan raya, sebelum jam 7.00 pagi lagi aku dan put3a dah keluar rumah dan terus ke cheras untuk menjemput makcik js. pc awal2 lagi dah keluar rumah untuk ke kuala selangor dengan rakan sekerjanya dash.

aku terpaksa pusing rumah makcik js 2 kali sebab termasuk jalan yang salah untuk keluar ke hyway. nasib baik jalan tak berapa sibuk lagi. dan aku tak rase gelabah dengan adenya 2 co-pilot. sebelum ke rumah arwah, kami singgah kat gerai berdekatan untuk sarapan pagi. masa kami sampai rumah arwah, kelihatannya mereka sedang membuat persiapan untuk memandikan jenazah. tak ramai sedara mara kelihatan masa tu. dengarnya ramai yang datang ziarah petang dan malam kemarin kerana arwah meninggal sekitar jam 3 ptg. petang kemarin pun katenye kat seremban hujan turun dengan lebatnya sampai ke malam. pagi ni alhamdulillah cuaca amat baik sekali. urusan mandi dan mengkafan jenazah selesai jam 10.00 pg. solat jenazah dilakukan kat surau berdekatan rumah arwah kira2 jam 11.00 pg. kami ber3 tidak mengiring jenazah ke tanah perkuburan sebaliknya terus balik ke kl. aku rase sungguh sayu mengenangkan kini arwah telah disemadikan dekat dengan arwah isteri kesayangannya. begitulah juga dengan arwah ibu dan arwah abah aku. mereka ber4 ketika hayat mereka, amat rapat dan saling ziarah menziarah. semoga mereka yang mendahului kita ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan yang mendapat petunjuk dariNya.

Tuesday, April 27, 2010

tak jadi pi

tunggu punya tunggu, rupanya pc terperangkap dalam jem masa balik tadi. ye la petang tadi kan hujan lebat juga kat kl. macam biasalah mesti ramai yang terperangkap kat opis dan terpaksa balik lewat menantikan hujan reda. tadi pc sampai rumah pun dah dekat 10.00 mlm dan esok jam 6.00 pg dia kena pi outstation pula. tak jadilah pi menziarah malam ni. esok masih ade. isyaAllah.

semangat yang ade

hari ni put3a dan hns nak sarapan beehoon sup. so aku bawa depa kat tempat biasa. mula2 aku order nasi lemak tapi share makan 3 orang. tengokkan beehoon sup depa nampak macam sedap, aku order pulak satu untuk aku. terlebih makan betul pagi tadi.

asalnya aku janji dengan adik aku jak untuk hantar balik anaknya hns sampai seremban dengan menaiki komuter lebih kurang jam 5 petang tadi. dia akan jemput anaknya di sana sebab kebetulan dia ade mesyuarat kat seremban. tapi memikirkan betapa boringnya nanti dok dalam komuter pi - balik, aku ubah fikiran dan hantar terus hns ke b.kikir dengan kereta kira2 jam 11.00 pagi tadi. dah sampai rumah dia, baru bagi tau kata anaknya dah sampai rumah pun. adik aku ni macam risau kalau aku drive jauh2 ni. aku pun gitu juge tapi dengan adenya co-pilot kuat la semangat sikit.

aku tak singgah lama kat rumah adik aku. sempat jumpa adik ipar aku sat saje sebab dia pun ade mesyuarat juga petang tadi. jam 3.30 ptg aku dan put3a bertolak balik kl dengan harapan tak bertembung orang balik opis. tapi sepanjang hyway lekas sekejap hujan lebat sekejap berenti. kilat memancar2 sana sini. gerun jugak sikit. nasib baik jalan lengang. bolehlah drive dengan tenang sikit. selamat sampai rumah kira2 jam 6.00 ptg. alhamdulillah.

kami singgah kedai kakak cantik beli nasi lemak untuk dinner. maleh nak masak ma. lauk ayam malam hari tu ade lagi sebagai lauk tambahan. tengah2 makan, adik aku kml tepon bagi tau pak sedara sepupu kami nsr di seremban meninggal dunia petang tadi. jamnya tak pasti. entah2 masa aku dalam perjalanan balik dari b.kikir ke kl tadi agaknya. dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. aku dah tepon beberapa sedara mara yang aku ade contact number. kebetulan yang aku tepon memang belum terima berita itu lagi. janji ngan pc nak pi ziarah jenazah malam ni gak. dah contact makcik aku kat cheras nak pi sama.


Monday, April 26, 2010

seninku

beras dan nasi

malam kemarin ingat nasi yang dimasak tak cukup. beras sebenarnya ngam2 untuk masak malam tu je. nak suruh fw beli beras takut dia tak reti yang mana satu. jadi aku suruh dia beli nasi putih saje kat kedai makan. dibelinya pulak sampai 3 bungkus. tu la kan orang tua2 dah berpesan tak yah kecoh masak nasi tambah lagi. kerap kali jadinya membazir. memang pun tak berusik nasi 3 bungkus tu. so pagi tadi aku buat sarapan: nasi goreng special dan pengat durian (cicah ngan roti gardenia). sudah tentulah nasi goreng tu dari nasi 3 bungkus yang fw beli kemarin. kami 3 orang makan memang la tak habis. tapi alhamdulillah, dapat aku bekalkan kat hh dan hubby dia yang kebetulan nak ke bebun depa masa tu. aku juga bagi depa beberapa keratan 3 jenis pokok buluh jepun untuk dibuat benih.

main bowling

aku menunaikan hajat put3a dan hns untuk main bowling hari ni. kawan put3a si ida dan ibunya mnab join kami kat sana. manab ni sebenar ade buka kelas tadika dan taska. masa aku masih bekerja dan bila pengasuh anak2 aku berhenti kerja, aku menghantar put3a, fd dan put3n ke taska mnab. rasenye aku hantar anak2 kat situ lebih kurang 2 tahun kut. 2 tahun tersebut sudah cukup membuatkan kami rapat seperti keluarga.

sekali ni mnab tak main sama sebab sedang sakit belakang disamping terpaksa mengasuh anak sesaorang. kami main 3 set games. aku rase permainan aku telah bertambah baik sekarang. ini mungkin disebabkan suasana yang agak tenang sikit . al maklumlah hari ni kan hari senin. hari orang koje. couple berumur yang kat lane sebelah kami nampaknya couple yang sama masa kami datang main dulu. mnab sempat sembang dengan mereka dan mereka katenya memang kerap datang situ untuk sama2 beriadah. patutlah lontaran2 depa sangat baik sekali. apekah aku dan pc akan ikut jejak depa bila pc pencen nanti.....rasanya tak. sebabnya pc lebih suka pegang cangkul.

selesai main kira2 jam 12.30 tgh. mnab belanja kami makan nasi campur hari ni. alhamdulillah. entah bila pulak dapat berjumpa lagi agaknya. teringin juga aku untuk sertai kursus asuhan kanak2 yang sering mnab uruskan. mungkin satu hari nanti......


dinner tetap dinner

puak2 ni tak nak makan nasi malam ni. cemuih. so ape choice yang ade kalau tak western. nak buat sendiri tak pandai. put3a makan beef steak with black pepper sauce, hns chicken chop with black pepper sauce jugak. aku mula2 order mushrum soup je. tapi bila tengok makanan depa terlioq pulak. so lamb chop with black pepper sauce jugaklah. alhamdulillah.

Sunday, April 25, 2010

selamat selamat

aku keluar rumah dulu pagi tadi untuk jemput hh. put3a dan hns tak siap lagi mandi. tak sabar aku menunggu budak2 ni bila setiap orang mandi tak kurang dari setengah jam. lepas ambik hh, barulah aku jemput pulak kedua2 puteri tu. kami sebenarnya nak ke kebun hh. kami sarapan brunch dulu kat salah satu gerai di tepi jalan utama hulu langat tu. depa ber3 makan nasi campur dan aku makan pasembor je. entah tak rase nak makan nasi lagi pulak.
aku sebenarnya nak ambik tanah kat kebun hh untuk tanam pokok avocado yang kak roy bagi hari tu. rasenya dah sampai masa untuk pindahkan dan diasingkan 2 pokok yang dok dalam pasu yang sama tu. kesian akar2 pokok tu terbantut pertumbuhannya kalau dibiarkan lama begitu. nak tanam kat tanah terus kat kampung rasenya belum cukup besaq dan risiko sikit sebab takde orang nak tengokkan selalu. aku jugak jadi pembeli pertama pokok2 hh. aku beli 2 jenis pokok dengan harga rm5.00 sepokok. so pendapatan pertama hh hari ni rm10.00. kira macam ibu duit la tu. nama pokok hh belum mahir. nampaknya dia kena buat study sikit la bab tu juga nanti.

setelah dapat ape yang aku hajatkan, kami tinggalkan hh kat kebunnya. oh ya, dia sendirian hari ni sebab hubby dia ade golf game kat seri menanti. aku, put3a dan hns lepas tu terus ke carrefour dan beli membeli pulaklah. kami ber3 dok kat area lingerie je dekat sejam. campur ngan barang2 dapur, hari ni belanja lebih rm300. yang tak seronoknya bila nak balik, keta buat hal lagi. tak mau start. nasib baik tak jadi kat kebun hh tadi dan pc pulak ade kat rumah. kopak pulak poket pc untuk beteri keta baru dan jump set baru. jump set lama dalam keta dah berkarat sesangat. dan paling bagusnya barang2 tu sume ade dijual kat carrefour tu. alhamdulillah.








sedih la......

aku baru balik dari makan malam dengan hh dan suaminya kat hulu langat. put3a dan sepupunya hns juga ade sama. sekali ni hh dan suaminya yang belanja. makan pun agak lewat sikit sebab menantikan put3a dan hns pulang dari outing mereka kat midvalley dan kemudian mandi pulak dulu. hh dan suami menunggu kami kat kebun depa. depa berdua rupanya memang dah berada kat sana dari pagi. wajah hh pun nampaknya dah kelam. mengapalah dia tak pakai topi lebar untuk lindung muka dia dari panahan cahaya matahari. bukan senang nak bagi cerah balik tu. kami pun tak dapat tengok perkembangan tanaman mereka sebab lampu kawasan tak pasang lagi. tapi dalam kesamaran suasana tu nampaknya banyak juga perkembangan yang dah mereka buat.

pagi kemarin, pagi sabtu la tu, aku mengalami 2 kesedihan. pertamanya sebab ikan kaloi yang aku bela dari kecik selama lebih lima tahun dah, aku jumpa mati terdampar atas lantai. silap aku juga sebab penutup akuarium terbuka sikit dan ia telah terlompat keluar. entah berapa lama dia terdampar atas lantai tu, tak la aku tahu. siannye. aku rasa berat dia ade sekilo setengah kut. pc pun sedih juga. tapi tahu ape dia buat....diberinya ikan tu kat puak2 bangla yang dok kat workshop tepi rumah aku tu. gembiralah depa hari tu agaknya dapat ikan free dan mungkin masak 3 rasa la agaknya. tak sampainye hati aku nak makan. aku lupa pulak nak ambik gambar ikan tu sebelum pc bagi kat depa. tapi ni gambar semasa hayatnya ade la.


kesedihan ke 2 ialah sebaik dapat tahu ikan kesayangan mati, kami dapat berita yang nenek sepupu aku si nf baru meninggal dunia pagi tu juga. dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. aku dan pc terus siap balik ke kpilah. nasib baik aku tepon si nf masa baru nak keluar rumah. dia rupenya dah dalam komuter arah ke seremban begitu juge adiknya si alfh yang dari shah alam. aku dan pc jemput depa kat stesen komuter seremban dan sama2 kami pi ke rumah arwah nenek depa kat senaling. nf nampaknya sebak sikit sebab terkenangkan masa ziarah arwah kat hospital kpilah last week, neneknya minta nf doakan untuk kesihatanya kepadaNya kat depan kaabah nanti. nf senin ni akan berangkat ke makkah untuk buat umrah. panjangkan doa untuk kebahagiannya di alam yang lain pula.

oleh kerana urusan pengkebumian jenazah mungkin lepas `asar , kami tak dapat menunggu lama dan minta diri untuk beredar awal. kami ambik kesempatan tinjau kebun dan bersih rumah kg serba sikit dan lepas tu terus balik kl. sampai rumah lebih kurang nak maghrib. pc kemudian jemput put3a dan hns kat lrt stesen. depa ber2 lepas dari majlis anugerah cemerlang hns pada sebelah pagi, kemudiannya terus meronda2 kat midvalley dengan kawan2nya yang lain. tu la sebabnya mereka tak ikut ke kpilah.

Wednesday, April 21, 2010

rintangan2...

pc jam 5.00 pagi dah bangun. dia kena pi astaq hari ni. naik kapalterbang je dan mungkin balik lewat malam esok. aku tinggal sorang la nampaknya. put3a pulak akan dihantar oleh bapa sy dari melaka ke rumah adik aku jak kat b.kikir hari ni. ingatkan nak suruh dia balik saje kl dari sana naik bas bahau-kl, tapi cadangan jak suruh put3a dok rumah dia je sampai sabtu pun ok juga. ye lah sabtu ni pun dia sekeluarga nak ke kl juga bagi majlis anugerah pelajar cemerlang anaknya si hns. lega bab put3a ade jalan selesai.

pagi ni nasib baik gy pergi kelas arab dengan suaminya. kalau tunggu aku sudah tentu lambat. sebab pertama memang aku lambat bersiap kerana urusan biasa aku lambat selesai dan sebab kedua bila aku dah siap nak pi, keta pulak tak boleh start. beteri keta kong ma. nasib baik anak aku fa tak sibuk pagi ni. terpaksalah pakai keta yang dia pakai dulu. keta pc la tu juga. keta dia sendiri masuk workshop cat tak siap2 lagi. fa charge beteri keta kat kedai dan sampai malam ni pun tak siap lagi. nak kena beli beteri baru pulak ke agaknya. tapi keta tu pun memang dah 4 hari tak digunakan. tambah pulak beberapa hari ni asyik hujan je. sejuk. ade ke tu sebabnya ye.

pasai keta mogok, aku tak dapat teman kak roy pi sg buloh esok. lagi pun hh pun tak dapat pi sama sebab dia ngan hubby la ni sibuk kat kebun diorang di hulu langat. kak roy nak ke sg buloh nak ambik pokok2 hiasan donated at cost price by her friend untuk sale kutipan derma palestin. aku suka idea tu tapi malangnya pulak time tak kena. last week kita sedia kak roy pulak tak sedia.






Tuesday, April 20, 2010

macam mana ni...

dah masuk 2 hari 3 malam put3a kat rumah sy di melaka. haa cepatnya masa berlalu. selama itu juga, sy tentu seronok ade teman sembang selain ayah, mama dan adik2nya. hari ni dari pagi aku menunggu2 call dari put3a. aku harap dia pulang esok kerana pc akan ke astaq esok dan lusa. aku nak call tak sampai hati pulak sebab mungkin dia belum puas nak merasai sendiri keseronokan kehidupan di rumah kawan2nya pula. sebelum ini hanya kawan2nya yang datang bermalam di rumah kami. aku sebenarnya lebih selesa dan senang hati sekiranya kawan2nya saje yang datang ke rumah kami untuk bermalam. kalau depan mata bukan saje senang sikit nak pantau aktiviti depa tapi kite juga dapat sama bergaul dan mengenali kawan2nya dengan lebih dekat.

lepas isyak tadi put3a call. bapa sy nak hantar balik kl malam besok. esok kan hari koje. mandangkan bapa sy mengajar kat kpilah dan adik lelaki dia pun sekolah kat senaling, kpilah, aku cadangkan put3a pi je dulu rumah adik aku jak kat b.kikir. taklah susah2 diorang nak kena hantaq ke kl. put3a boleh naik bas direct ke kl dari sana kalau nak. anak jak si hns nampaknya keberatan nak teman put3a balik kl naik bas. aku pulak malas nak jemput kalau drive sorang2. lagi pun esok aku ade kelas arab. dah lah minggu lepas kelas takde, dibatalkan last minute. so tengoklah macam mana. kite buat keputusan esok je la.

Monday, April 19, 2010

dan hajat.....

pagi kemarin kami jemput hh kat rumah dia dan sarapan bersama kat luar. suami hh takda rumah kemarin tu yang aku boleh ajak dia keluar. lepas sarapan pc dengan urusannya manakala aku, put3a dan hh terus ke carrefour wangsa maju. aku biarkan put3a sendirian membeli ape2 yang dia nak beli. malas aku nak ikut dia sebab tak mahu membuat dia rasa tak selesa ketika membuat pilihan ape yang nak dibeli. selepas beli barang2 dapur, aku dan hh ke kedai kain ela yang ade kat situ, kedai nagoya. aku beli 2 jenis kain untuk buat kusyen2 2 sofa set yang aku ade. betul ke aku nak jahit sendiri ni. harap aku tak simpan lama kain2 tu nanti. aku hantar hh pulang kira2 dan dia nak tengok formula 1 kat tv. tak sangka lak dia minat benda2 camtu.

lepas solat dzohor, aku mengemas dapur sekejap dan siapkan sikit makanan untuk tetamu malam nanti. kawan put3a si sy akan datang ke rumah bersama ayah, nenek dan adik lelakinya. pc beli 4 biji durian dan aku guna sebahagiannya buat pengat durian dan untuk dimakan dengan pulut kukus atau roti. bimbang ade yang tak makan durian, aku buat pulak sambal ikan bilis.

tetamu sampai rumah ketika aku tengah mandi. nasib baiklah put3a boleh harap dah untuk bancuh ayaq. nenek sy nampak ramah orangnya. berbadan lansing, dia langsung tak nampak macam orang yang dah berumur 75 tahun. masa dia solat maghrib, aku berpeluang tengok rambutnya yang lurus dan panjang tapi hitam sihat. mesti dia seorang yang rajin dan begitu menjaga badan orangnya. dengan perbezaan umur sebanyak 22 thn dari nenek sy, mengingatkan aku agar lebih perihatin dengan diriku sendiri. kalau sekarang rambut ku dah sering gugur dan hampir putih semuanya macam salji. macam manalah agaknya 22 tahun lagi kalau diizinkanNya la.

kedatangan sy sekeluarga itu rupenya membawa hajat besar. sy sudah tidak sabar menunggu kedatangan put3a pada akhir bulan ini seperti dijanjikan. si nenek didatangkan khas untuk menyatakan hasrat cucu kesayangannya. atau mungkin juga put3a sendiri telah tidak sabar lagi nak ke sana. begitulah kehendak kedua2 sahabat itu yang telah dipertemukan semasa program plkn hari tu. mereka bertolak balik ke melaka bersama put3a selepas menjamu selera dengan ape yang telah disediakan petang tu.






Saturday, April 17, 2010

tak jadi dan tak sama.......

hasrat put3a to spend the weekend kat rumah sy kat melaka terpaksa dibatalkan. rancangan awalnya mereka akan menjemput put3a kat kpilah hari ni. malangnya kami tak jadi balik kampung kpilah hari ni sebab pc ade banyak kerja opis nak disiapkan. mungkin hujung bulan ni masa aku jemput fd kat jasin untuk pulang bermalam, put3a boleh pi rumah sy dan bermalam disana.

lepas sarapan bersama, aku minta pc hantar aku dan put3a ke lrt station. kami turun kat masjid jamek dan meronda2 sepanjang jalan t.a.r. ingatkan put3a akan dapat memilih 2, 3 pasang baju kurung yang sesuai untuk dia pakai pi kuliah nanti. tapi nampaknya dia memang cerewet sampai takda yang dia berkenan kat hati. last2 dia setuju beli satu baju kebaya agak labuh sikit dan sesuai pakai ngan seluar. aku rase lebih senang kalau membeli untuk adiknya put3n yang tak banyak crite. put3a juga beli sebuah handbag. hai nampaknya aku kena terima hakikat dia bukan lagi budak2 sekolah dan punya cite rasa berbeza......

tamatkan rondaan kat sogo hampir jam 2.30 ptg. dan balik naik lrt semula dari stesen situ. pc dah sedia menunggu apabila kami sampai destinasi dituju dan kami singgah pula kat ampang waterfront untuk makan2 sat. memang belum makan tengahari lagi masa tu sebab takda selera jadinya dengan cuaca yang amat hangat tu. kaki dan lutut aku pun rasa sengal2 walau pun masa tu rondaan baru separuh perjalanan.

lepas solat dzohor, aku sambung balik mengemas bilik yang tidak selesai kemarin. buang ape2 yang patut dibuang. esok aku kena kemas bilik tengah pulak. tidak mesti tidak sebab bilik tersebut yang paling kritikal kerana macam2 benda lama dan tak terpakai diletak disitu. sayang punya hal la tu. pc pun belum mengasingkan lagi mana2 baju dan seluar yang dia nak discard. ni yang buat kerja tertunda ni.......

malam ni pc belanja kami kfc, take away. dia lepas tu jumpa kawan2nya. dia tak balik lagi ni. aku kena baring dah ni sebab belakang aku rasa sakit pulak mengemas tadi.


Friday, April 16, 2010

urusan mudah hari ni...

pagi tadi try keluar duit guna kad atm maybank kat 2 tempat tapi takleh. jadi terpaksalah pi bank tanya pasai ape takleh. rupenya kad lama dah takleh guna. menurut pegawai bank tu aku antara beberapa orang lagi yang masih guna kad atm lama. dah tentulah outdated sikit dan mungkin dah tak compatible lagi ngan sistem yang kian berubah dan bertambah baik sekarang ni. oleh kerana aku tak bawa buku bank, urusan mendapatkan kad atm baru tu ambik masa sikit. tapi takpe lah i'm not in a rush. aku suruh put3a pi ronda2 dulu kat pasaraya sebelah bank.

sambil menunggu nama dipanggil, aku memerhatikan seorang ibu dan anak lelaki `oku'nya (umur nampak macam 7-8 thn) menjual tissue kat depan pintu utama bank. anak itu berkerusi roda dan nampak gayanya hyperactive kerana puas si ibu mententeramkannya. kedua2 beranak itu berketurunan cina dan senario ini jarang aku jumpa. selalunya perkara sebegini kebanyakanya dilakukan oleh orang2 buta. mereka ini adalah peniaga2 kecil2an bukan peminta sedekah. jadi eloklah kita membantu dengan membeli barangan mereka agar perniagaan mereka itu serba sedikit dapat membantu menampung perbelanjaan hidup mereka. lagi pun dengan keadaan cuaca yang hangat sesangat sekarang ni, tissue sangat2lah diperlukan untuk mengesat peluh yang bukan lagi meleleh tetapi dripping macam hujan renyai terutamanya bagi orang2 pompuan yang dah masuk alam menopos macam aku ni. ha ha.

selesai urusan bank, aku ajak lagi put3a ronda2 sat kat pasaraya sebelah. aku beli 2 penyangkut baju plastic dengan kos rm9.80. beli jugak tu jangan tak beli kan. hari ni lunch kira silap tempat. takda rasa ummp langsung. agaknya tukang masak ni tahu aku takleh makan garam lebih kut.

petang tadi, aku jadi rajin pulak mengemas bilik aku sendiri. kaleh katil dan tv tang lain pulak. angkat sana angkat sini. sampai la ni tak siap lagi kemas. lungguk barang2 kat tepi dulu. pinggang dah rase lain macam ni. tunda esok2 je la nampaknya.

malam ni put3a buat supper: roti bakar ngan scramble eggs. dan ayaq nescafe. dinner missed malam ni. oh ya, put3a ditawarkan masuk kolej matrikulasi kat melaka 10 mei 2010 nanti. alhamdulillah. kawan dia sy pun dapat tempat yang sama katenya.


Thursday, April 15, 2010

buat ape yang patut

petang tadi aku dan put3a ke pasar malam. dah lama betul aku tak ke tempat itu. rasanya sejak dah berenti kerja dan budak2 semua dok asrama, aku dah tak pi sangat pasar malam. dulu masa kerja mana2 hari ade pasar malam kat area rumah mesti singgah. bukan sangat nak beli barang dapur tapi beli makanan yang dah ready masak. tak larat nak masak la kate sebab sampai rumah selalunya dah nak maghrib. anak2 yang ade sama masa tu setelah ambik dari nursery memang seronok sangat sebab dapat pilih makanan kegemaran masing2. tapi hari ni aku dan put3a tak tahu nak beli ape dek terlalu banyak pilihan. last2 beli nasi lemak bungkus dan roti john je.

kesian kat peniaga2 pulak bila hujan turun tiba2 dengan lebatnya. kami pun angkat kaki balik terus ke rumah. hujan berenti pulak bila sampai rumah. put3n tepon maghrib tadi bagi tau dia dah terima bungkusan yang aku hantar senin hari tu. legalah aku sebab esok dia tak perlu pi outing. lupa pulak aku nak tanya bagaimana keadaan bebudak yang kena kurantin kat sekolah tu tadi. harap takda lagi yang sakit. aku masih teragak2 samaada nak ke langkawi hujung minggu depan. cuaca yang panas ni masih menjadi penghalang utama untuk buat keputusan.

kemarin kami takda kelas arab. dah sampai masjid baru dapat tahu dari gy dan mdh yang lebih dulu sampai. ade notis kat papan kenyataan tapi yang menulis tak pula letak tarikhnya. melihatkan banyak keta takda kat tempat parking macam biasa, sudah tentulah kelas takda kan. rasanya ni 1st time ustaz batal kelas. sudah tentulah agaknya ade hal yang penting perlu diuruskan.

Tuesday, April 13, 2010

aduh sleepynya...

aku dan put3a baru lepas brunch: nasi putih, lauk tomyam ayam dan ikan goreng cabai. kami masak sendiri je hari ni. makan pun berselera sebab malam tadi kami ber2 tak dinner. sebelum mula masak tadi pun, terpaksa melipat sebeban kain baju kemarin yang dah pun kering. sat lagi nak menggosok baju kerja pc pulak sebab stok pakaian bergosok dah takde. banyak lagi koje rumah perlu dibuat sebenarnya tapi selalu tertunda dan akhirnya ianya makin banyak dan lagi rumit nak menyelesaikannya. selagi ade penyakit 'malas' dan 'takpe ni', gitu2 je lah kemajuan kita.
dah kenyang makan, mata pulak ghalit........

Monday, April 12, 2010

anak dan mak

aku dan put3a lewat petang tadi sampai waktu maghrib, buat kerja gardening sikit. kami mempraktik ilmu yang diperolehi dari hh tentang tanaman pokok beberapa hari lepas. ilmu ape lagi kalau tak mengembangkan tanaman dengan buat repotting. dari 2 pot pokok aku dapat 7 pot. put3a turut buat perkara sama dengan cactusnya. hanya kesabaran dan ketekunan yang boleh membawa hasil. macam main saham pulak . ni satu cabaran bagi kami ber2 ni walau pun bagi orang lain ni koje enteng. malu kat hh kalau gagal weh.



rase seronok pulak ade geng nak buat ape2 hobby la ni. ni pun sementara put3a ade kat rumah dan tak mula sambung belajar lagi ni. kami ber2 kurang rajin masak sesangat tapi suka makan. tapi la ni kami kena control makan takut berat badan naik. malam2 la ni makan ringan2 je. lebihkan makan buah2an ma. tapi sejak kedai buah kat rumah tu pindah, aku payah betul nak dapatkan stok buah2an. kena pi pasaraya yang jauh sikit tu pulak la. leceh betul sebab kalau pi pasaraya dah tentu benda yang tak dalam list pun dibeli.

lewat petang kemarin, sementara pc pi kebun bincang pasal nak pasang pagar kawasan dengan pakngah cm, aku dan put3a menyibukkan diri memasang jaring nyamuk kat tingkap2 di anjung rumah. ketuk ketak 2 bernak buat koje dan dekat maghrib jugaklah dapat siapkan jaring2 tingkap tu. cuma 1 tingkap kat pintu depan tak dapat buat sebab tak cukup jaring dan kayu frame. koje to be continued next week hopefully. lega lepas ni boleh bukak tingkap hari malam. taklah paneh sangat rumah dan yang pasti no entry la buat nyamuk2 atau lain2 benda seumpamanya.

aku sebenarnya tadi dah tertidoq dah. tertidoq masa tengah baca buku yang yang dibeli siang tadi ' what do you do when your parents live forever'. tu satu symtom orang tua2 yang dah ade kat aku pulak dah la tu. terjaga bila pc balik dari opis tadi. dia la ni dah lama lena. kesan keletihan pi cambodia masih ade lagi.

kalau ke kedai namanya.....

pagi ni banyak sungguh membasuh kain. kain baju pc balik dari cambodia yang tak sempat dicuci dan juga kain baju balik dari kpilah kemarin. harap kering la semuanya. cuaca kat luar pun dah nampak kelam sikit. tapi panasnya masih begitu lagi. harap hujan lagilah malam ni. sejuk baru sedap tidoq kan.

tengahari tadi aku dan put3a ke pos opis untuk mengepos bungkusan barang2 yang dipesan oleh put3n. aku hantar bungkusan tu pakai pos biasa je sebab kalau pos laju ke langkawi ni mahal betul. harap2 dia boleh terima hujung minggu ni jugak. saje aku tak bagi dia pi outing sekarang ni sebab masalah penyakit berjangkit ili tu. harap bebudak yang kena korantin kat sekolah dia tu beransur baik dan yang lain2 tu juga sekolah bebas dari penyakit tu.

selesai urusan pos mengepos, kami lunch kat food court dan seterusnya tak sah kalau tak beli membeli kat carrefour tu. kebetulan ade jualan buku murah masa tu, aku borong 10 buah dengan harga rm50. maknanya rm5 sebuah tak kira tebal atau nipis, besar atau kecik. so pastikan diri tu baca habis2an ye. jangan jadi hiasan saje atau bak kate ustaz `jangan biarkan ia terus suci dalam debu'. put3a nampaknya dah mula baca satu buku. alhamdulillah. selain dari tu, kami juga beli beberapa jenis pokok. hobby dan ngabeh duitlah ni. aku beli 2 jenis dan put3a beli
3 jenis cactus.

Sunday, April 11, 2010

ziarah atuk sedara

tak tau pasai ape letih dan penatnya rase badan. lepas solat suboh kami sambung tidoq hampir jam 9.00 pagi. hari ni pulak panehnya cuaca sungguh menyengat. kami sarapan berat hari ni. masing2 terus makan nasi macam makan nasi tengahari. pakcik aku cm join kami tapi cume minum teh o. dia selalunya sarapan awal pagi dah.

lepas sarapan, kami hantar put3a balik rumah dan kami terus ke kedai jual kayu2 2nd hand yang biasa kami pergi. aku beli kayu buat untuk buat frame jaring nyamuk kat tingkap anjung rumah. untuk 4 tingkap aku hanya perlu bayar rm22. kalau beli baru tak kurang dari100. rupenya memanglah kureng sikit. tapi kalau dicat semula cantiklah ia. pc booking 4 tiang rumah lama untuk buat pondok kat kebun getah aku. sebatang rm60. kalau beli baru mahu rm300 sebatang ma.

lepas beli kayu2 tu aku pi ziarah atuk sedara aku, atuk sihi yang sakit hari tu. rumah dia tak jauh dari kedai kayu tu. tak berapa hari kat hospital hari tu doktor benarkan dia dibawa balik. doktor tak dapat kesan ape sakit dia. agaknya gout yang teruk kut. sebab depa kata doktor keluarkan fluid dari kepala lutut dia. masa aku sampai tu, dia mengerang2 dan bercakap sendirian. sesekali memanggil2 nama cucu lelaki kesayangannya, si manja yang ketika itu tiada di rumah. aku bagaikan merasa ape yang dirasa. yelah sebelum ni boleh bergerak sendiri, tau2 dah tak larat. terpaksa lak pakai pampers. sume orang2 tua mule2 sakit teruk gitu, memang akan rase macam tak tentu hala. malu dan rasa tak selesa terpaksa diasuh anak2 apatah lagi anak2 perempuan pulak tu. macamlah bapa mertua aku masa sakitnya dia lebih selesa diasuh oleh anak2 lelaki aku dari anak2 perempuannya sendiri.

atuk sihi kini dah berumur 89 tahun. dia adalah satu2 adik beradik satu emak satu ayah dengan datuk aku sebelah abah aku yang masih hidup. projek membuat dan menyiapkan salasilah keluarga sebelah datuk aku ni masih tergantung kerana aku belum dapat menguatkan semangat untuk pergi mencari dan berjumpa dengan sedara mara yang memang tak pernah aku kenali. masalah ni timbul tak lain tak bukan adalah kerana kita selalunya lebih berat ke sebelah keluarga ibu.


kl - jasin - kpilah

jam 9.00 pagi kemarin fj dah ketuk pintu. aku gembira kerana salah satu sebabnya aku dapat balik ke dua2 tepon aku. rase macam nyawa bersambung balik dengan jasad. hehe begitu sekali penangannya. aku masa tu dah pun siap2 pack baju untuk tidur kat kpilah malam tu. sebelum tu aku, pc dan put3a ke jasin melawat fd. oleh kerana keta fj masih belum siap lagi masa tu, jadi kami semua pi sarapan dulu. lepas keta fj siap sekitar jam 11 pg, kami pun beredar mengikut haluan masing2. fj mungkin ke rumah adiknya untuk berjumpa mak pak dia sebelum mereka balik ke s.bernam belah petangnya.

kami sampai kat jasin hampir jam 3.00 ptg. lewat sikit sampai sebab jalan sesak sikit kat 2 tempat iaitu kat jalan hulu langat dan pekan seremban. maklumlah kami ikut separuh hyway lekas separuh hyway utara-selatan. kami bawa fd dan sorang kawan dia keluar dan makan kfc kat pekan jasin. lepas itu kami ke pasaraya untuk beli barang keperluan dan makanan ringan untuk fd. pc tunggu saja kat restoren kfc tu. nasib pc kurang baik kerana keta kena saman kerana tak letak kupon parking. selama 1 tahun lebih berulang kat jasin ni, dan parking kat situ, memang kami tak perasan yang tempat2 tu kena bayar parking. kemarinlah baru perasan betul signboard berkaitan yuran parking tu. mbj adopt sistem yang memakai kupon parking yang dijual oleh pekedai2 di situ yang menjadi ejennya. nak bayar saman pulak pada hari kerja saje. ah... biar pc saje yang pikiaq dan selesai..

hantar semula fd ke sekolahnya hampir jam 5.00 ptg. aku dan put3a ambik kesempatan solat jamak akhir kat surau sekolah depa sebab takut tak sempat dan rasa malas nak singgah mana2 lagi nanti. perjalanan ke kpilah selalunya akan mengambil masa sejam setengah atau kadang2 lebih dari itu baru sampai. maklum je la walau keta tak banyak, jalannya bengkang bekok, mendaki menurun bukit dan jalan kampung pulak. sudah tentu kami tak leh nak speed sesangat. tapi hari ni dengan cuaca yang amat panas aku dan pc berasa mengantuk. so dia singgah kat satu gerai bersebelahan tasek tadahan air. nama tempat aku lupa. kami minum kopi ais untuk hilangkan ngantuk dan kemudian sambung balik perjalanan.

kami terpaksa berhenti kat satu tempat di gemencheh kerana nak bagi laluan ketapi dari singapura ke kl agaknya. hai lama gak berhenti. ade lebih 10 minit kut. aku rase ni mesti tempoh yang cukup bagi memastikan penjaga gate ketapi betul2 ade dan dah buat tugasan yang sepatutnya demi keselamatan pengguna jalan raya kat situ.. rasenya last pengalaman ni aku rasai masa kat anak bukit, kedah. sejak kerajaan siap buat jejambat atas laluan ketapi kat situ, masing2 tak boleh buat alasan lambat sampai opis dah disebabkan ketapi lalu. sekarang sudah banyak senang. yang nak naik kapai terbang kat airport kepala batas pun dah boleh pi last minit dah. tapi aku harap masa2 akan datang, kerajaan akan mansuhkan terus gate2 ketapi di jalan raya ni dan digantikan terus dengan jejambat2 je demi keselesaan dan keselematan orang ramai baik di jalan raya atau yang tengah dok dalam ketapi2 tu.

azan maghrib tengah berkumandang masa kami sampai rumah kpilah. aku memang kepenatan dan mengantuk kerana perjalanan seharian tu dan juga terpaksa membersihkan pulak rumah dulu sebelum dapat melabuhkan badan atas katil. pc lepeh2 solat terus lena. kami bertiga tidak keluar makan malam pun kemarin. pertandingan bola sepak akhir antara nogori9 ngan kodah kat tv kemarin pun aku tengok masa keputusan masih seri 1 - 1. tidoq awal sebab terlalu ngantuk. macam mana pun tahniah nogori9 monang. sian pulak kodah kalah.


Friday, April 9, 2010

fj dan aku hari ni.

fj tepon pagi tadi. dia cuti emergency hari ni. mak dan pak dia turun kl untuk rawatan susulan mak dia. diabetic salah satunya and she's over 80 dah. pak fj pun dah hampir 90. both of them masih boleh berjalan elok walau pun slow2. woow could we ever reach that age healthy. hanya Allah yang tahu. fj amik kesempatan itu untuk cat keta dia yang calar hari tu. pada awalnya katenya keta boleh siap at 7 mlm.

so mandangkan there's plenty of time, aku, fj dan put3a pi window shopping kat carrefour wangsa maju. memang betul2 window shopping sebab aku tak beli ape pun. fj beli juga sikit, kain ela tuk buat baju kurung dan container bebawang. kami lunch kat situ je. just a simple lunch. aku masih kenyang jadi makan kueh cucur udang+ air mango je, fj pulak makan yong tau fu+ orange juice dan put3a makan nasi ayam+orange jus jugak. masa kami balik fj yang drive keta aku dan hujan masa tu lebat selebatnya diiringi angin kencang. jalan pun amatlah jammed teruk. selain hujan lebat, masa tu orang opis pun dah dalam perjalanan nak balik rumah masing2. dibuatnya pulak hari ni kan friday. esok dan lusa cuti. situasi gini dah memang salah satu kebiasaan orang2 kl.

sampai area rumah, kami singgah kat kedai cat keta tadi. tak siap lagi. cuaca lembab menjadikan proses mengecat keta tertunda. kami balik dulu solat `asar dan aku hantar lagi fj kat kedai cat tu lepas maghrib. tak siap juga lagi. last2 aku suggest kat fj datang amik keta dia esok pagi je la. bebedak tu pun boleh buat kerja pelan2 sebab nanti mutu kerja tak elok pulak kalau digesa2 . aku pinjamkan kereta kembara aku kepada fj supaya dia dapat join mak pak dia kat rumah adik dia di syah alam. malangnya aku pulak tertinggal kedua2 handphone aku dalam keta tu dan dibawa pergi oleh fj. haa nasib baik hari dah malam. tapi resah juga tanpa hphone ni.

pc sampai rumah dari klia waktu `isyak dah. flight dia dari cambodia ke kl delayed 4 jam. tapi dia masih tidak terlalu lewat untuk menghadiri majlis makan malam tahunan pejabatnya kat istana hotel malam ni. tentu lambat baliknya malam ni apatah dah 2 minggu dia tak masuk opis.

Thursday, April 8, 2010

aku dengan pokok2

aku dan put3a keluar rumah awal pagi lagi. takda benda lain melainkan sebab aku nak ke klinik jumpa doktor biasa aku. 2nd opinion. rasa ok sikit hari ni. hari ni kami ber2 tak lunch pun. cemuih makan gamaknya. aku harapkan kenyang makan roti telur dan put3a dengan mee hoon sup dia masa breakfast pagi tadi je.


lepas dzohor aku terus membelek pokok2 aku. pokok yang tersiksa hidup dalam rumah tu aku bawa keluar. nama pokok tu aku tak tahu tapi aku panggil pokok rama2 dari bentuk daunnya yang macam rama2. sian dia sebab aku selalu lupa nak siram air dan pokok tu pun kurus panjang mencari cahaya mentari. boleh tengok perbezaan pertumbuhannya kalau dibiarkan hidup diluar rumah.

ni pokok2 yang aku beli kemarin dan bahagi 2 dengan hh. cantik kan. siapa agaknya yang jaguh bela pokok ni.


yang ni pulak adalah 2 pokok yang kini punya nama yang sama. yang dalam pasu tu hh bagi dan dia kate pokok tu harum sundal malam. manakala yang dalam polybag tu gy bagi dan dia kate harum sundal malam juga. aku juga panggil pokok yang gy bagi tu nama sama sebab kat depan rumah abah aku dulu pernah ade pokok tu. harum semerbak bila hari malam. so camna ni. takkan 2 pokok yang jauh berbeza bentuknya punya nama yang sama. mungkin sebab kedua2nya harum waktu malam saje.




yang ni pulak adalah anak pokok cepu. gy tak saje bagi aku buahnya tapi juga anak pokoknya. di sebelahnya tu adalah rupa buahnya yang dah masak dan telah aku cerita dulu.

pokok yang dalam pasu dan dalam polybag itu adalah pokok mulberry. bezanya yang dalam pasu tu hh bagi dan yang dalam polybag tu aku tanam sendiri tetapi benih/keratan2 pokok aku mintak kat gy.





Wednesday, April 7, 2010

mari berdoa , belajar dan berusaha

berita awal pagi tadi tentang gempa bumi kat aceh kira2 jam 5.15 pagi waktu tempatan, ukuran gegaran 7.2 scalar ricther memang membimbangkan. bimbang kalau tsunami melanda lagi. beberapa tempat kat pantai barat malaysia terutamanya kat kedah, perak dan pulau pinang turut merasa gegaran tersebut. sehingga sekarang takde lagi report berkaitan kerusakan atau kecederaan yang berlaku. amaran tsunami pun tiada. beringat2 la kita sama2 sebab tiada siapa dapat tahu sejauh mana kekuatan gempa bumi itu kalau ianya berlaku lagi. Allahuakbar. Allahuakbar.


bimbang meninggalkan dia sorang2 kat rumah, hari ni aku pujuk put3a masuk kelas arab aku. takpa kalau pun dia hanya dapat hadir sebulan je. maklumlah katenya hari ni semakan kemasukan ke ipta dah boleh buat online. janji dia dapat rase camna seronoknya belajar bahasa arab tambah2 cara belajar orang2 lama dan orang2 pencen. alhamdulillah dia hadir kelas tu hari ni sampai habis dan aku dah bayar yuran dia untuk bulan april ni. hari ni kami pi dan balik sekali dengan gy.

kalau pagi dan tengahari semalam panas, hari ni aku rase lagi paneh. bila berpeluh, kulit badan aku rasa perit pedih dan gatal. ape pulak ni kan. ambik ubat cream tadi kat klinik wakaf masjid indah dan dah pakai dah. kalau tak lega juga esok kena jumpa doktor biasa aku pulak la. hai dugaan dugaan. tapi taklah seteruk mana kalau dibanding dengan mala petaka gempa bumi tu kan.


Tuesday, April 6, 2010

risau ade gembire pun ade

nak balik kpilah atau tidak. pak ali, satu2nya adik arwah abah aku yang masih ade, tepon bagi tahu datuk sedara aku, atuk sihi, masuk hospital kerana sakit tua. ini sudah tentu memerlukan aku memandu sendiri kalau nak kesana dengan ketiadaan pc. kalau pi sana eloknya tidoq sana. tapi esok pagi ade kelas arab pulak. takleh miss kerana hanya sekali seminggu. so baiknya petang esok je lah aku pi ngan put3a. semoga atuk sihi beransur pulih dan mendapat perlindunganNya semasa kat hospital tu.

aku dan put3a sebaliknya pi jemput hh dan breakfast bersama kat gerai area rumah dia. suami dia takde hari ni. golf. kat gerai tu lah dulu kami kutip buah2 pumpong yang bertaburan yang kononnya boleh menjauhkan tikus. tadi kami berhajat juga nak ambik buah2 tu tapi takda yang boleh dicapai, tinggi2 belaka. aku cadang kat hh supaya lain kali bawa galah, mestilah yang adjustable. kalau tak tak muat dalam keta.

lepas makan kami bertiga ke kebun hh kat hulu langat. dia amik kesempatan menyiram anak2 pokok dia. put3a merihatkan diri kat dalam rumah comel hh . aku pulak memerhati saje hh buat koje dan sesekali aku bukak cerita. memang aku rase dia bahagia buat kerja2 tu. nampak dari gaya dan air mukanya la. hanya orang yang minat dan sabaq je boleh buat kerja2 tanam menanam ni. aku belum capai tahap tu lagi. boleh tengok dari hasil tanaman aku kat rumah. malu nak tunjuk orang.

cuaca tengahari tadi boleh tahan panasnya. sebelum balik kami singgah minum2 hilangkan dahaga kat gerai dekat kebun hh. hai..... ramah2 rupenya jiran2 hh tu. itu baguslah untuk hh kan. alhamdulillah.

kami singgah pula kat carrefour ampang lepas tu tuk beli barang2 dapur. habis gak sampai rm150. hampir rm50 tu beli makanan2 ringan untuk diposkan kat put3n di langkawi dengan harapan dia takyah la keluar outing buat sementara waktu. risau juga dengan berita penyakit h1n1/ili yang menular kat sana la ni. baki rm100 tu beli ape ye: sabun basuh kain liquid 1, cloroc 2, sayur mayur 6 jenis, ikan 3 jenis, ayam, daging, tissue 1 pack, susu segar 1 kotak, yogert 1 bottle dan roti gardenia sebantal. hmm betul lah tu. memang takde kesilapan kira. cume bila pulak rajinnya nak masak ni.

hh pun memborong juga sampai kena tukar dari bakul kecik ke troley. berat ma nak angkut beras 10 kg. ngan barang2 lain. selesai shopping, aku hantar dia balik. oh ya kat carrefour tadi aku turut beli 2 pasu pokok daun sama jenis tapi berbeza warna, hijau dan merah hati. rm6 sepasu. kami bagi 2 pokok2 tu. harap separuh yang aku ambil boleh bertahan ngan aku dan terus idup hendaknya. yeh.

hebat juga hari ni. meronda dari jam 9.00 pg tadi, jam 2.30 ptg baru sampai rumah balik. dzohor gajah le hari ni. siap masak lunch pun dah 3.30 ptg. kami lunch bertiga kerana anak bujang aku fa singgah rumah hari ni. dia nak pinjam keta ayahnya seminggu sebab nak hantar cat keta dia kat wokshop yang beberapa meter je dari rumah aku tu. elok juga dia cat keta tu sekarang sebab pc pun hujung minggu baru balik. lagi pun bolehlah kawan aku si fj tengok mutu kerja tokeh tu sebelum dia hantar keta dia kat situ. hujung minggu lepas fj tak jadi hantar cat keta dia sebab sedara mara dia datang rumah.

masa aku simpan barang2 yang dibeli tadi kat freezer, terpandang aku kat pisang montel tapi montok hari tu yang aku simpan beku tanpa kulitnya. aku penyek2 pisang tu, campur tepung gandum sikit, tepung beras sikit dan secubit garam dan menjadilah sekali ini cekodok pisang goreng aku. separuh dari pisang yang aku guna buat cekodok dan lempeng hari tu, hancus. tak menjadi. melekat2 jadinya. teruknya kan dah tua2 tak pandai2 lagi. aku mengadu nasib kat makcik aku kat kampung pasai kegagalan aku tu. terus dia bagi petua dan rahsianya. tu la petang ni aku gembira sangat dan berbangga dengan kejayaan aku sendiri. ni benda serius bagi diri aku. lupe nak amik gambar pulak sebagai bukti dan kenangan.



Monday, April 5, 2010

liat @malas

tepat jam 6.00 pg tadi, teksi yang akan bawa pc ke klia dah tiba kat rumah. dia juga yang hantar pc ke klia masa nak pi shanghai minggu lepas. rase lebih selamat gini kerana dah kenal orangnya. aku pun gitu juga dah ade contact pemandu teksi perempuan kalau nak ke airport. rase selesa dan selamat sikit. taklah rase segan nak sembang2 semasa dalam perjalanan yang kira jauh juga tu, baik ke klia atau ke subang.


seharian juga aku dan put3a hanya dok rumah tak kemana. masak lunch dan dinner alah kadar. nak kata berkemas rumah tak juga. melepak je kedua2nya mengadap tv dan layar tenet. panasnya cuaca di luar menyebabkan aku terpaksa mandi beberapa kali untuk menyejukkan badan. bagusnya pulak kain2 yang di basuh dan di jemur kering elok. cume bab melipat kain ni je yang ramai liat nak buat. oklah jum kite lipat kain. sat gi takkan nak tidoq dengan kain2 bertimbun ni. put3a cerdik, dia dah lena awai.

Sunday, April 4, 2010

teman meneman

pagi tadi lepas breakfast, aku dan pc pi lalu kebun hh. mengharapkan dia ade kat kebun sebab tepon banyak kali tak diangkatnya. memang sungguh hh takde kat kebun dan bila aku tepon lagi dia rupanya ade kat rumah tak kemana kerana abe dia takde rumah masa tu.

wah hebat juga depa 2 ni. shed untuk anak2 pokok dah tegak berdiri hasil pertukangan depa ber2. anak2 pokok pun dah diatur elok bawah shed tu. depa ber2 nak jadi tokeh pokok puding. cuma aku yang bimbang sebab pagar kawasan takde lagi. kira2 sape lalu leh amik free ye kalau ade guts. kambing ngan lembu lain kira la kan. semoga pokok2 kawan aku yang satu ni dapat perlindunganNya sementara menanti pagar siap.




pc rupenya ade agenda tersendiri. kebun hh ni memang sesuai dengan hajat dia nak cube flykan heli yang baru dibelinya kat shanghai hari tu. tapi nampaknya tak berjaya. tak mau terbang gak. mungkin bateri lemah kut. cuba lain kali la yang.


kami balik rumah terus dari kebun hh tu dan pc terus menyambung kerja dengan laptopnya sampai terlajak waktu lunch. kami lunch jam 3.30 ptg dan pc lepas tu terus pi arah ke opis untuk menghadiri mesyuarat yang telah diatur.

masa dok sorang2 kat rumah ni, terkenang juga aku akan majlis kenduri sepupu aku tu. bukan terkenangkan nasi minyak tapi terkenangkan sedara mara yang mai yang masa2 kenduri lah kita dapat bersua muka. sudah tentu mereka akan tertanya2 aku kat put3a. nanya dia kena jawab pertanyaan demi pertanyaan. tapi takpe gitu sebab dialah antara pelapes2 yang akan menyambung tali silaturahim keluarga.

aku juga rasa lega sebab pc habis menyuarat sebelum maghrib. sempat la dia saje yang pi jemput put3a kat stesen lrt. dia balik ngan nf naik komuter kat seremban. nf akan terus balik ke rumahnya di selayang. dekat 10 kali rasenya aku tepon put3a memastikan dia naik train2 yang betul dan arah pun betul. ni la dia rupenya kerunsingan mak pak akan anak2 remaja mereka terutamanya anak2 perempuan. dia selamat sampai rumah betul2 waktu `isyak. alhamdulillah.

agaknya terlalu letih masa kat rumah kenduri, lepas mandi put3a terus tidoq. tak dan nak dengar cerita panjang pasal kenduri. cume dia kate memang sedara mara tertanya2 aku dan pc. aku dah siap pack barang2 pc untuk perjalanan esok. ni aku nak tidoq dah. esok nak kena bangun awai sebab pc kena ke klia jam 6.00 pg. dia masih mengetuk2 keyboard menyiapkan kerja yang belum siap.





Saturday, April 3, 2010

antara kenduri dan kerja

hari ni dan esok sepupu aku ddz dan isterinya bsri akan mengadakan kenduri kahwin anak perempuan ke2nya si sdz. aku dan pc tidak dapat sama meraikan majlis itu kerana pc terpaksa pi kerja petang ni dan esok. nasib baiklah put3a tidak keberatan untuk jadi wakil parentnya untuk majlis itu. untuk tidak menghampakan tuan rumah, aku dan pc hanya dapat singgah sekejap tadi masa menghantar put3a dan sepupu aku nf ke rumah kenduri tu kat senawang. mereka akan tidur sana malam ni untuk tolong ape2 yang patut. tak tau la tidoq kat rumah sape lagi sebab ramai sedara mara yang tinggal dekat area senawang tu. yang paling dekat tentunya rumah pak sedara aku pakteh cn.

majlis nikah pengantin tu adalah pada petang tadi lepas `asar kat masjid berdekatan rumah depa. esok majlis kenduri kahwinnya. ini kali kedua aku dan pc tak dapat hadir kenduri kahwin sedara dekat dalam tahun ni. ade saje hal. aku pulak tak sampai hati nak tinggalkan pc sorang2 kat kl. lagi pun aku kena siap2kan keperluan dia untuk pi cambodia senin pagi nanti. nampaknya 2 minggu berturut2 pc terpaksa tinggalkan opis kerana balik dari shanghai jumaat hari tu dah kena pi cambodia pulak sampai jumaat juga. tu yang petang ni ngan esok dia kena beres urusan pejabat.

abe2 balik

petang semalam, aku jemput baju2 jubah yang dah disiapkan oleh tukang jahit yang merupakan seorang ibu tunggal. tak sangka lak dia siapkan kesemuanya kerana hari tu kate dia akan siapkan 3 helai dulu. nasib baiklah aku ade cukup duit untuk bayar semua bakinya masa tu. dia rupanya memerlukan wang untuk menziarah anak2nya yang tinggal di rumah anak2 yatim sejak suaminya meninggal kerana sakit. bukan tak sayangkan anak2 tapi bantuan begitu dapat meringankan sikit kehidupan mereka anak beranak. nasib baiklah dia bersemangat kuat untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak2nya sendiri dengan menceburi bidang jahitan. alhamdulillah. usahanya itu nampaknya mendapat keberkatanNya.

dekat maghrib, fw sampai rumah dari shah alam. masa aku tengah sibuk masak di dapur dia keluar menziarah ibunya di taman seberang. aku dan put3a hanya masak sikit kue teaw goreng dan menghangatkan semula mee goreng yang aku beli kat kedai kak jah kemarin. lepas tu kami makan berdua je. tak tunggu la fw sebab tak tau bila pulak dia nak balik rumah atau mungkin dia dijamu oleh ibu tersayang. sedap rupenya mee goreng kak jah ni. lain kali boleh beli lagi.

pc pulak sampai rumah dari shanghai hampir 1.00 pagi. dia nampaknya keletihan dan mengantuk. tak sempat nak bershopping sangat sebab program sarat. green tea yang makcik aku pesan ade la dibelinya. hasrat dia nak melayari tenet terbantut kerana tak larat buka mata. ade sikit kesan2 mabuk udara kut.

Thursday, April 1, 2010

nak tanam pokok ni

pagi tadi aku dan put3a keluar rumah lagi. mula2 breakfast dan kemudian terus ke rumah gy. aku dah minta dia beberapa keratan dahan pokok mulberry kat rumahnya untuk buat benih. nah bukan saje dia dah siap bungkus keratan2 dahan tu untuk aku, diberinya lagi aku anak pokok cepu dan pokok sundal malam. alhamdulillah. aku juga tak lepas peluang ambik photo pokok mulberry dan pokok gajus kat rumah dia tu.




buah mulberry kalau masak berwarna merah kehitaman. buah kat dahan dalam photo yang tengah tu masih belum cukup masak. manakala anak pokok dalam pasu tu adalah pemberian hh tempoh hari. lambatnya nak besau. rasenya keratan2 dahan yang gy bagi tu akan mengalahkannya kut. aku belum tanam lagi.


ni pokok gajus gy. kat angle ni je yang ade buah. kat bahagian lain pokok ni sedang galak berbunga. rasanya 2, 3 bulan lagi berbuah la tu. menurut gy anak2 indon suke makan macam tu je buah2 tu. aku dan gy tak boleh pi ngan buah ni. ade satu macam rase yang anak tekak ni tak leh terima. lidah orang nogori je kut macam ni. tapi mak mentua aku selalunya buat masak pajeri dan anak2nya terutama pc tersangatlah suke. hh orang kelantan pulak suka makan buah ni cicah garam atau buat kerabu. hujung minggu ni kalau balik kpilah bolehlah aku perhati pokok gajus yang ditanam belakang rumah tu. teringin benar aku nak tengok ia berbuah lebat macam pokok gy. ape yang kurang pada pokok kami ni ye. rasenya pc kerap dah buboh baja. takkan salah baja ye.

balik dari rumah gy tadi , pi pulak carrefour untuk ambik spec put3a yang dah siap. spec lama patah masa latihan plkn hari tu. kami beli sikit barang dapur. tapi yang penting beli sepotong ikan parang dan sepotong ikan tenggiri. cukuplah untuk aku dan put3a untuk makan malam ni. tu pun dah dekat rm10.00. mahai betui. ikan2 tu aku masak gulai lemak cili api ngan hirisan pucuk daun asam gelugur. sodaaap nye. lauk lain aku masak: udang masak cabai, sayur bayam rebus dan kerang rebus. ingat kerang tu nak guna untuk buat kue teaw goreng. hmmmm tak dan nampaknya....

put3a dah lena ke. terlebih makan la malam ni agaknya.