tadi nampak je masjid bukit indah, aku teringat pasal bab yearly medical check-up aku. dah delay 2 bulan lebih ni. ye lah sepatutnya awal bulan disember tahun lepeh. awat la beratnya hati nak tempuh hospital. tapi pagi tadi sebelum masuk kedai makan depan masjid tu, aku pusing balik, terus masuk kawasan masjid. bukan ape. la ni kat masjid tu ada klinik baru buka. ihsan dari hospital ampang puteri kut. tak juga free tapi bayaran rawatan paling minima rm5.00. aku ambil kesempatan itu untuk check tekanan darah, paras gula dan cholestrol aku. kos rawatan rm15.00. ok lah tu. doktor berbangsa sikh tu juga sungguh ramah dan memberi banyak tips berguna tentang penjagaan kesihatan orang2 berumur macam aku ni. agaknya berkat dok dalam kawasan masjid, tekanan darah aku ok 80/130, paras gula juga ok 5.9 dan tapi cholestrol kena buat sesuatu sikit kerana dah sampai border line 5.85. lepas ni nak kena pi hospital gak buat ultrasound breast. haa... malehnya. takda ke jalan singkat nak idup sihat ni.....
No comments:
Post a Comment