Monday, June 20, 2011

aku kembali menjenguk rumah ini . ya Allah kasihanilah aku.

Sunday, August 29, 2010

rindu masa lalu

ini kerinduan aku pada masa lalu. hari ini dah 19 ramadhon. apakah yang aku rencanakan akan menjadi kenyataan......

Thursday, August 5, 2010

terbang lepas

aku kira aku kena lakar sesuatu di sini. lakaran hatiku yang tinggal sepi dan kini terbang lepas. ia telah terjadi juga. 6 julai 2010 jam 10.44 mlm. sebulan telah berlalu. dan ujian dan dugaan mendatangi kami entah sampai ke bila hentinya. ampunkan kami ya Allah. kami adalah hamba2Mu yang kerdil dan selalu menzalimi diri kami sendiri. semoga kami mendapat keredhoanMu ya Allah.

Monday, June 28, 2010

balik lagi..

pc sampai rumah 2 minit lagi jam 12.00 tgh malam. dia dari astaq ngan flight mas dan turun kat klia tadi. kerap pulak dia koje kat kl ni. aku tak leh nak lena ni sebab masih kekenyangan makan late supper kat restoran timor ngan pc tadi. dia dah lama lena. aku pun nak tidoqlah esok takut tak terjaga pulak.

Sunday, June 27, 2010

sesat barat juga

masa aku tepon put3a jam 8.20 mlm tadi, dia dan abang2nye belum lagi sampai kampus. terkejut aku yang mereka telah sesat barat begitu lama lebih 2 jam macam mula2 aku dan pc kesana. pengalaman depa ber2 yang pernah dan sedang belajar kat area s.alam tu ingatkan boleh membantu, rupanye aku silap. put3a pun silap juga kerana beberapa kali pi balik kampus selalu lena kat belakang. tu yang tak boleh harap dia jadi co-pilot tu. tapi macam mana pun alhamdulillah l/kurang jam 9.00 mlm tadi barulah depa sampai kampus.

layan diri

lepas exercise pagi tadi, breakfast kat tempat biasa. mana lagi kalau tak tempat ade jual beehoon sup favourite put3a. aku makan roti teloq je. lepas tu kami ke pasaraya untuk cari blouse tuk put3a. sebelum ni dia hanya minat pakai t-shirt long sleeve yang walau pun labuh tapi melekat kat badan tu. lama dah aku suruh dia biasakan pakai blouse masa pi kuliah tapi dia tak mau. tak biasa la. rimash la. ni agaknya dah ade orang tegoq dia kut. yang beratnya kesudahan shopping ialah 2 helai blouse dan 1 pasang pajama utk put3a, 2 pasang pajamas utk put3n dan 3 helai pants warna black, grey and dark brown utk aku sendiri. sume tu cost me rm233.30 hari ni. kemarin baru je bayaq utang kredit card dan hari ni dah bagi level balik.....


masa ni put3a mungkin dah separuh jalan ke kampus agaknye. aku tak ngantar dia. sebaliknya abangah dan bancik dia je ngantor balik jam 6.00 ptg tadi. sesekali kena le mintak tulon abe2 buat koje ni. lagi pun abe2 dia ni belum pernah sampai kampus baru uitm tu sejak put3a mula belajaq situ sebulan lalu.



jalan2 pagi

wheew....penatnye. baru habis jalan2. 3 km in 45 min. pagi kemarin 2 km in 35 min. masih jauh dari sesaran. tak mungkin capai sasaran. tapi takpa janji ade proggress sikit2. tau tak rasenya macam dah 6 bulan aku tak naik machine tu. ni pun mula exercise balik sebab kaki dah rase berat nak melangkah dan mata2 pun mula nampak kelabu sikit. adekah ini tanda gula dalam badan pun dah naik. rase high time kena pi check balik kut. teh misang kucing pun dah bebulan tak ambik. wake up wake up waghih....