Thursday, December 31, 2009

selamat pulang sahabat

hari selasa hari tu pc outstation bermalam ke seberang perak pulak. paginya dia breakfast dengan fd dan put3a di luar sebelum menghantar depa ke kedai memandu kereta untuk menghadiri kelas praktikal 6 jam untuk lesen L. Ujian undang2 depa dah lulus minggu lepas. macam manapun kedua2nya tidak dapat mula belajar memandu kerana 2 - 3 hari lagi sekolah bermula dan fd kena balik asrama. manakala put3a pula kena pi program plkn untuk tempoh 2 setengah bulan.

petang selasa tu pula, aku minum petang bersama sahabat umrah aku si tmk. dia baru 2 hari balik dari makkah menunaikan haji. alhamdulillah dia nampak bertenaga walau pun selsema dan batuk sikit.

aah ngantuknya. dah berapa kali aku cuba untuk menyambung cerita tapi terlena ni. tak dan tunggu program ambang 2010.

kenduri kahwin sana sini

sabtu lepas ketika aku masih di kg kpilah, fd terima panggilan telefon dari tok wan kedahnya yang mereka telah berada di rumah aku di kl. oleh kerana masa tu dah agak lewat malam dan badan pun agak letih tak dapatlah kami pulang ke kl malam tu. terpaksalah tetamu aku melayan diri sendiri tanpa tuan rumah. mentua aku turun ke kl bersama 2 adik ipar aku untuk menghadiri kenduri kahwin anak cucu sedaranya di rawang esoknya. kuat betul semangat mentua aku nampaknya. diakan baru dua minggu lepas berada rumah aku. aku tidak terkejut kalau dia turun lagi pula hujung minggu ini untuk kenduri kahwin cucu sedara sebelah mak mentua aku pulak kat jengka pahang. mungkin tidak kut...ada sikit jauh.

aku, pc dan anak2 pagi ahad tu kira2 jam 10.00 pagi terus balik ke kl dan hadir kenduri kahwin di rawang walau pun macam biasa sampai jam majlis hampir selesai. lewat tu sebab sesat mesat dekat sejam dan hujan pulak punyalah lebat. nasib baiklah ade lagi kaum kerabat masa tu. dan lah sembang2 dan ambik2 gambaq kenangan. menu majlis memang best. tapi malangnya tak tau di mana silapnya, kami sekeluarga, yang lain tak tahulah pulak, rasa tidak enak perut selepas itu. tak kiralah majlis kecil ke atau besaq, risikonya same saja. pihak catering atau tuan rumah mesti tak senang duduk dibuatnya.


Wednesday, December 30, 2009

masih memikirkannya lagi....

beberapa kali aku mengadap komputer ni tapi tak berdaya nak tulis apa2 kerana terlalu mengantuk. samaada aku terlalu letih kerana sibuk sebelumnya atau dapat mengadap komputer hanya selepas anak2 masuk tidoq. itu pun selalunya dah melewati tengah malam. waktu ni fd dan put3n sedang tekun menyiapkan kerja sekolah depa. last minute work la tu.

cerita pasal pokok epal yang disangka silap tu, rasanya masih ade harapan lagi kut. aku dah cuba cari lagi image pokok epal kat internet. nah cuba perhatikan gambar2 berikut. ade persamaan tak. sape2 yang pernah tengok pokok epal kat negeri orang putih mungkin boleh confirmkan. pc pi 26 tahun dulu. dia tak ingat dah.















pokok sebelah kiri tulah yang kami impikan benar2 pokok epal. manakala pokok sebelah kanan tu memang sahlah agaknya pokok epal. aku ambik gambar tu dari internet sebagai rujukan. mudah2an impian jadi kenyataan. kalau tak merah hijau pun jadi. tapi kalau tak berbuah memang sikit kecewa le pulak.





















Friday, December 25, 2009

macam mana boleh silap ni......

aku ada kat kg kpilah ni. aku tak sedar pun pc balik dari utara malam tadi. aku tidoq awal dan dia atau anak2 pun tak mengejutkan aku. siang tadi dia terus ajak kami balik kg. programnya dia berhajat nak tanam beberapa batang pokok buah2an lagi kat kawasan kg yang ada. kami the ladies pula nak buat operasi bahagian dapur dan wakaf yang penuh dengan barang2 yang tak sepatutnya disimpan lagi.

satu perkara yang mengecewakan kami hari ni ialah 4 batang pokok yang kami sangka pokok epal sebenarnya adalah pokok mangga. ni mesti pc dah silap faham dengan pihak nursery tu. masa beli dulu. makin besar dan tinggi pokok tu memang jelas lagi jenis nya. confirm pokok mangga setelah kami check bentuk daunnya dengan daun epal sebenar kat internet. betul2 kesilapan besaq nampaknya. harap2 nanti biarlah sekurang2nya pokok tu pokok mangga epal. kalau tak, malunya......semua orang dah tahu. nasib baik ada sebatang pokok epal malaysia tu ( bidara ). pc kenalah buat something supaya ia rajin berbuah.

masing2 kedengaran dah berdengkur. aku kena tidoq ni. esok banyak kerojalah.

Tuesday, December 22, 2009

barang lama jangan buang lagi.....

semalam lepas zohor aku dan anak2 ke ampang point. tujuan utama kami nak mencari charger battery camera digital lama yang dah tak berfungsi lagi dan kemudian makan2. ade jumpa dah tapi aduh mak mahalnya. nak di biarkan saja camera lama yang banyak berjasa tu rasa macam sayang pulak. takpa kita pi makan dulu. aku, put3a dan put3n makan di restoran pelita. manakala fd terus joint kawan2nya semasa sekolah rendah dulu yang kebetulan ada di sana juga ketika itu.

tak puas hati pasal pencarian charger battery camera tadi, kami bertiga tanpa fd pergi pula ke pasaraya spectrum. atas cadangan put3a, di sana kami beli charger flat battery untuk telepon. murah je rm15 berbanding charger untuk battery camera betul yang mahal harganya rm85 - rm99. yahooo......setelah kami charged battery camera tu selama 3 jam, camera dah boleh guna. tapi kita kena tengok pulak berapa lama battery tu boleh tahan ye.... lepas ni kena cari pulak card reader. yang murah. card reader kat computer dah rosak maa.


Monday, December 21, 2009

anak2 permata ibu.........

aku dah ngantuk sangat ni. tapi aku tak leh tidoq lagi selagi tak buat cerita sikit2 di sini. mungkin aku boleh sulam cerita di antara lena tak lena. pagi ahad semalam aku dan pc bersarapan bersama pasangan sahabat baik kami. anak2 kami juga anak2 sahabat kami lebih rela sambung tidoq macam biasa. pc kemudiannya terus bertolak ke sg.petani menumpang kereta rakan sepejabatnya.

sebelah petang, aku menawarkan diriku untuk menemani rakan sekolah aku dulu si inh seorang ibu tunggal melawat anaknya yang sedang mengikuti program talbiah cuti sekolah selama sebulan di salah sebuah masjid di nilai. semoga anak2 yang kebanyakannya kelihatan hyperactive itu akan mendapat manafaat dari program itu. di masjid itu kelihatan ramai keluarga dan orang perseorangan yang menumpang solat dan berehat. kemungkinannya mereka adalah keluarga2 pelajar program talbiah itu sendiri atau pun keluarga pelajar2 asasi sains universiti islam antarabangsa yang bangunan penginapan mereka betul2 berdepan dengan masjid itu.

aku dan inh juga ambik kesempatan solat asar di masjid itu. malang sekali nasib inh kerana dia tergelincir dan jatuh terduduk ketika menuju ruang solat wanita. dengan lantai yang licin dan air tempias hujan yang bertakung sesiapa pun boleh jatuh kalau tidak berhati2. aku di belakangnya hanya mampu melihat dan terkedu. seluar slack inh basah kuyup. harap2 dia tidak apa2 nanti. tahu2 je lah apa risikonya bagi umoq2 kita ni kalau jatuh.

setelah membawa anaknya membeli belah barang keperluan dan makanan ringan di giant berdekatan, kami bertolak balik ke kl. singgah di rumahku untuk solat maghrib dan kemudian bawa anak2ku bersama makan kfc di carrefour ampang. inh pulang ke rumahnya di gombak sekitar jam 10.00 mlm. sudah tentu dia merasa sunyi tanpa anaknya bersama dah hampir 3 minggu....

kesabaran teruji.....

sabtu lepas aku menerima undangan cousin aku yang dah tempah sebuah banglo besar kat pd untuk perhimpunan keluarga besarnya dari pagi2 lagi masing2 dengan bersemangat dah pack pakaian. mana tau kalau jadi mungkin nak overnight walau pun sebenarnya pc terpaksa berada di sg.petani sebelum jam 7 mlm esok.

lepas zohor kami tidak terus ke sana sebaliknya pergi kenduri kahwin anak rakan sepejabat dahulu di puchong. pertama kali menggunakan alat pengesan lokasi gps untuk cari rumah pengantin itu ternyata menguji tahap kesabaran masing2 terutamanya pc dan aku sendiri. yang nyata perjalanan untuk sampai destinasi itu memakan masa selama sejam setengah dan setelah dicampur waktu makan dan sembang2, jam telah pun hampir 4.30 ptg.

ketika nak meninggalkan majlis ke pd, hujan turun renyai2 sepanjang perjalanan . Guna gps lagi. malangnya highway kl-seremban jammed kat nilai lagi. waaaaah....... melepas lagi anak2 nak mandi laut petang tu. sampai banglo besaq tu dah dekat nak maghrib. ngam ngam sembahyang asar. malam tu depa sambut hari jadi 2 orang yang kebetulan menyambut hari jadi yang hampir sama iaitu toke besaq dan anak sedaranya. bbq pun ade. seronok dapat sembang2 dengan cousin2 aku yang semuanya dah dalam lingkungan 40 - 60 tahun dah. Mak cousin aku yang merupakan kakak sulong pada mak aku pun ade walau pun dalam keadaan duduk di kerusi roda. ade kalanya dia ingat2 lupa sape aku.

memikirkan esoknya pc kena pi sp dan untuk mengelakkan jadi kelam kabut, kami tak jadi tidoq sana malam tu. pc terpaksa memandu dalam keadaan badan yang letih dan sungguh mengantuk sehingga terpaksa berhenti rihat 3 kali dan aku pula terpaksa ambik alih dari r & r serdang sampai rumah. alhamdulillah. selamat sampai rumah jam 12.30 pg.

kira2 sekali lagilah anak2 tidak dapat mandi manda di laut. portable water scooter anak2 yang dah hampir setahun lebih dibeli belum dapat diuji lagi. aaaah ... mungkin projek cuti sekolah tahun depan pulaklah.


Friday, December 18, 2009

balik kg juga....

pc nampak segar pagi ni. dia ajak kami sume balik hari kg kpilah . sudah tentu dia rindukan pokok2 yang ditanamnya sendiri setelah 2 kali hujung minggu tidak balik ke sana. kami bertolak dalam pukul 10.30 pagi. seperti biasa ianya agak lewat sikit sebab liatnya anak2 nak bangun selepas tidoq semula lepas suboh. gamaknya itulah waktu2 yang amat nyaman untuk tidoq. kami brunch kat kajang dan teruskan perjalanan ikut lekas highway. sampai rumah pilah sekitar jam 2 petang. sebelum itu, kami turunkan put3a kat rumah makcik mca aku kerana kelihatan anak perempuannya yang rapat dengan anakku ada di rumah ketika itu. mungkin ada banyak perkara yang nak diceritakan antara depa setelah hampir 6 bulan tak bertemu muka.

setelah hampir 2 jam di kg dan aku rasa pc pun agaknya dah puas membelek2 dan membelai pokok2nya di kebun dan keliling kawasan rumah, kami pun berangkat pulang ke kl. semasa menjemput put3a di rumah makcik mca aku, sempat juga aku merakamkan gambar kambing2 yang comel kepunyaan seorang lagi makcik aku nla seorang guru yang tinggal bersebelahannya. pc mungkin berangan2 nak jadi gembala kambing pulak bila pencen nanti agaknya.

gara2 pc singgah juga sekejap rumah adik aku di seremban dan kemudian berhenti pulak kat kajang untuk makan petang lagi, membuatkan anakku fd tak senang duduk. mana tidaknya, kelas tuitionnya pada jam 8.00 mlm. terpaksa suruh sahabatnya yang selalu tumpang kereta kami, pergi dahulu. alhamdulillah selamat sampai rumah jam 7.50mlm. fd pula tetap dapat hadir kelas walau pun lewat 15 min hari ini.


susahnya nak lena.....

aku tak boleh lena ni. tadi jam 1.15 pagi aku bangun dan makan nasi lauk kari daging lebihan tengahari tadi. aduh.... sodap sungguh. terpaksa makan juga sebab perut terlalu keroncong. yong tau fu yang dibeli oleh pc tadi tak berapa menyelerakan aku. pc nampaknya tidak berapa sihat kerana dah 2 hari mengalami sakit tengkok. aku harap ia hanya sebab silap cara tidoq dan bukan sebab tekanan darahnya naik tinggi. dia dah lama lena.

esok cuti umum maal hijrah 1431. apa program keluarga esok tak dapat dikatakan lagi. kalau pc tak sihat juga kemungkinan duduk di rumah saja nampaknya. nak balik kgku pula tak boleh kerana fd ada tuition sebelah malamnya. minggu lepas dia dah terlepas 2 hari tuition kerana balik kg di utara. haa.. kita tengok saja esok. baik aku tidur sekarang.



Thursday, December 17, 2009

maal hijrah 1431

yang mengembirakan aku malam ni iaitu sempena menyambut tahun baru hijrah 1431 ialah aku dapat sembahyang maghrib dan `isyak berjemaah dengan anak2 yang mana diimamkan oleh fd. semoga bagi tahun baru hijrah 1431 ini, kita semua dianugerahkan Allah rezeki yang murah, kesihatan yang baik, dijauhkan segala bencana dan dikurniakan kebahagian hidup di dunia dan juga di akhirat nanti. semoga Allah mengampunkan juga segala dosa kita yang lalu dan yang akan datang.

makan2 saja......

apa yang aku buat hari ni ye. sepanjang hari hanya duduk di rumah. sarapan dan makan tengahari di rumah saja. lewat petang buat cucur udang ikut resepi hans isaac dlm program masak2 sheila rosli. sedap juga kerana adunan tepung dicampur ubi kentang dipotong dadu kecil2. cuma sayur taugeh takda. malas pulak nak keluar ke kedai. tapi nasib baik ade sikit daun bawang yang boleh menaikkan bau sedap cucur udang tu bila digoreng.

ni perut dah keroncong balik. nak masak lewat2 ni rasa malas pulak. nampak gaya kena s.o.s kat pc untuk beli bungkus apa2 yang patut untuk lewat malam ni. anak2 pun nampaknya kuat betul makan. apa yang ada dalam peti sejuk pun cepat susut. yang menakutkan aku ialah sejak anak2 cuti sekolah belum sekali aku buat excercise kat mesin jalan kaki tu. kasut sukan baru yang aku beli hari tu pun dah kumpul habuk dalamnya. angan2 nak pergi jogging sama anak2 pun tinggal kenangan. masing2 lebih sayang tidur nampaknya.


bagai pahat......

kemarin pagi2 lagi aku dah membebel2 kat fd dan put3a yang masih lagi leka tak habiskan kerja sekolah. ini sekolah nak buka dah tak lama lagi lebih kurang 2 minggu. aku paling tak suka anak2 menangguh buat kerja sekolah sampai ke saat akhir. bukan apa. nanti kita juga yang dipersalahkan kerana tak memperingatkan mereka dan kerja pun selalunya jadi macam lepas batuk di tangga je.

pc kerja outstation balik hari ke astaq kemarin. fd pula ke upm bersama 2 rakan sekolahnya untuk mendapatkan penasihat bagi menjalankan projek cuti sekolahnya. khabarnya susah juga mereka nak mendapatkan bantuan tu kerana mungkin pihak universiti juga sedang bercuti waktu ini. mereka terpaksa menukar tajuk projek bersesuaian dengan bidang panasihat yang ada ketika itu. semoga mereka berjaya menyiapkan projek mereka dengan baik.

sebelah petangnya, aku mengawasi kerja2 pemasangan lampu baru di ruang tamu dan ruang makan rumahku oleh seorang pendawai letrik melayu berumur sekitar awal 30an. budaknya sangatlah ramah. beberapa kali dia terbersin ketika membuka lampu yang lama yang mana menunjukan lamanya aku tak membersihkannya dari habuk2 dan sawang. rupanya kerja2 pendawaian letrik ini pun perlukan jiwa seni dan kesabaran. tiap2 langkah dilakukan dengan cermat bagi memastikan pertamanya keselamatan diri dan kedua keselamatan barang2 yang hendak dipasang. kalau barang pecah atau rosak jenuh pulak nak diganti kerana selalunya barang2 tersebut agak mahal juga, lebih mahal dari upah untuk memasangnya.

lepas maghrib, aku menghantar pula fd dan rakannya masa sekolah rendah dulu ke kelas tuition di taman tidak berapa jauh dari rumah. dia mengambil subjek add maths dan fizik. bayaran setiap kali kelas tuition untuk 2 jam setengah, 8.00mlm - 10.30mlm adalah rm25. bunyinya macam agak mahal pada layman macam kita. tapi agak berbaloi cara pendekatan dan pengajarannya oleh guru/pensyarah tersebut pada anak2 tersebut yang seramai 10 orang sementelah dalam bilik berhawa dingin pula. kelas tersebut diadakan 2 kali seminggu. mungkin untuk cuti2 sekolah 2010 nanti, diharap kelas serupa akan dapat dibuat lagi.


Tuesday, December 15, 2009

inilah tradisi keluarga.....

pagi tadi aku hantar put3a dan fd ke sekolah belajar memandu untuk pendaftaran dan kebetulan pula hari ini juga depa dapat menghadiri kursus permulaan untuk lesen L 10.00 pg - 4.00 ptg di gombak. put3a akan mengambil lesen memandu kereta manakala fd pula akan mengambil lesen motosikal saja kerana belum cukup umur untuk bawa kereta. urusan mendapatkan lesen motosikal atau kereta ini sebenarnya dah menjadi tradisi keluarga. kalau diikutkan hati, aku dan pc tidak mahu mereka memikirkan lagi. tapi apakan daya sepertimana abang2 mereka, genap sahaja umoq untuk mendapat lesen mereka awal2 pagi dah ambik borang. jadi dari membiarkan mereka membawa kereta atau motor tanpa lesen, aku fikir lebih baiklah diikutkan saja kehendak mereka. semoga Allah melindungi mereka dan juga lain2 pengguna jalan raya.

Monday, December 14, 2009

cerita langkawi lagi......

hasrat anak2 lepas naik kereta kabel nak mandi laut. tapi apakan daya sampai di hotel dah nak azan maghrib. kerana keletihan malam tu kami tidoq awal .

esoknya, jumaat pagi budak2 bersiap nak mandi laut. dari tempat aku bersarapan aku perhatikan tak ramai yang mandi. mereka hanya berdiri2 dan tiada yang berenang. hairan juga. tak lama selepas itu mereka semua termasuk anak2 aku naik ke pantai. kecewa tak dapat mandi kerana terlalu banyak obor2. katanya obor2 tu memang berbahaya kerana sengatannya boleh membawa maut. tapi peliknya macam mana sepasang wargatua mat saleh tak jauh dari situ boleh selamba je mandi laut tu dengan pakaian minima sekali. mungkin kulit dan badan depa dah immuned kut dengan bisa obor2 tu agaknya.

bagi menceriakan lagi percutian di langkawi ini, kami berenam telah pergi `island hopping' dengan menyewa sebuah bot kecil selepas check-out hotel. 3 pulau: pulau dayang bunting, pulau singa dan pulau beras basah dengan kos rm250. di pulau dayang bunting, kami terpaksa mendaki dan kemudian menuruni bukit untuk sampai ke tasik air tawar dayang bunting. aku tak pasti sekiranya aku boleh larat lagi untuk sampai ke tasik itu kalau datang sekali lagi di masa akan datang. kerana tiada yang berminat nak mandi di tasik yang kedalamannya antara 30-50 kaki itu, kami semua berhibur saja dengan menaiki sampan kayuh di tasik itu. keindahan suasana sekelilingnya melenyapkan sikit rasa gerun bila berada di tengah tasik yang dalam itu.

selepas pulau dayang bunting kami dibawa pula ke pulau singa di mana terdapat banyak burung2 helang. burung2 helang ini berterbangan mencari makanan yang dilemparkan oleh pengunjung2 ke laut. menurut ceritanya, ada pengunjung yang tercedera mata ketika helang2 itu menyambar makanan dari tangannya. jadi kami rasa lebih selamat jadi pemerhati sahaja. lagi pun masa nak balik nanti boleh tengok seekor helang lagi besar dan jinak kat jetty. pulau berikutnya adalah tempat bermandi manda kerana pantainya yang cantik. tapi malangnya anak2 tak minat nak mandi. mungkin phobia pasal obor2 tu lagi. jadi kami tak turun pun ke pulau tu. nampaknya aku dan bebudak lebih seronok naik bot je. tapi apakan daya, takleh lama2 sebab kemampuan terhad setakat tu saja.

selepas sampai semula jetty kira2 jam 2.30 ptg, kami terus ke makam mahsuri di padang mat sirat. makan tengahari dahulu kemudian baru masuk membuat lawatan. bagi aku ini adalah lawatan kali yang ke 4 rasanya tapi masih ingat2 lupa sejarahnya. oleh kerana petang tu juga kami akan pulang ke astaq, tak ada masa lah untuk lain2 tempat lagi kecuali untuk membeli oleh2 di kedai hj. ismail dan melawat helang besaq tu.

kami balik naik ferry jam 5.30 ptg dan sampai kuala kedah jam 7.30 mlm. bila difikir2kan balik sebenarnya kalau nak melancung kat langkawi ni kita perlukan sekurang2nya 3 hari 3 malam. barulah kita dapat menghayati perjalanan kita itu tanpa rasa terkejar2 masa. ya lah... walau dah pergi banyak kali sekejap2 tapi rasa macam takleh nak cerita banyak. yang pastinya pada banyak orang terutamanya macam aku ni, rasa duit keluar macam ayaq kat sana. jenuh nak menghimpun balik pulak. harap tahun2 akan datang semua harga ada penurunan. bolehlah ramai lagi terutamanya orang2 tempatan sendiri pergi kesana untuk melancong.






Saturday, December 12, 2009

langkawi here we come

seperti dirancangkan, pada pagi khamis jam 10.30 pagi aku, anak2 put3a, put3n, fd, anak sedara sym dan kawan put3a si mas bertolak ke langkawi melalui jetty kuala kedah. ini boleh dikatakan pengalaman pertama bagi fd sejak remaja ke langkawi. pertama kali aku bawa dia kesana ketika dia berusia 2 tahun. sudah tentu tidak ingat apa2 pun. yang lain2 tu dah datang dalam 2 kali. macam put3n pula memang bersekolah di langkawi.

sampai di jetty kuah jam 12.00 tgh. dan oleh kerana kami berenam terpaksalah sewa van suzuki yang macam juwara tu. sewanya untuk sehari setengah rm250. tempat penginapan di langgura inn kat pantai cenang satu malam rm260 bagi 2 buah bilik. lepas check-in kami terus ke tempat kereta kabel di machincang. ini kali kedua aku naik. tapi kali ini aku gagahi naik jambatan gantung. w0w....memang mencabar semangat dan kudrat. yang penting selamat dan berjaya.

cuti2 di utara

salam

hari ini dah masuk 2 hari 3 malam aku berada di utara ni. petang rabu hari tu dalam jam 5.00 petang kami bertolak ke astaq. kami berlima iaitu aku, pc, fd, put3n dan bapa mentua menaiki kereta mpv bagi memudahkan mentua. dia akan terpaksa membuang air kecil didalam kereta sahaja kerana takut tidak sempat sampai ke toilet. pergerakkan yang banyak juga dikuatiri memudaratkan dirinya sementelah perjalanan juga memakan masa yang agak lama. tapi alhamdulillah perjalanan mudah walau pun pada mulanya tersangkut dalam jammed antara rumah di ampang ke persimpangan duke di keramat memakan masa hampir 1 jam setengah. aku terpaksa bawa kereta dari juru hingga astaq kerana pc dah terlalu mengantuk. kami sampai astaq jam 1.30 pagi. tentulah bapa mentua gembira sangat pulang ke rumahnya dengan disambut isterinya.

Wednesday, December 9, 2009

peringatan demi kesihatan

baru sekarang aku dapat mengadap komputer ini iaitu selepas put3n, fd dan pc pakai. esok kami semua dah nak ke astaq sebab lusa pc ada mesyuarat di sana. mentua aku dah begitu gembira tu. entah2 tak lena tidur dah. mak mentua pun dah beberapa kali telefon sebelum ni suruh balik dah. rindu jugak agaknya. nampak gaya aku esok tak dapat hadir kelas arab. fd pulak terpaksa tuang tuitionnya. sebenarnya pc berhasrat nak bawa ayahnya tidur malam ni di kg k.pilah dan esok pagi dari sana terus ke astaq. tapi apakan daya mentua tak berapa sihat dan sakit2 pinggang, jadi terpaksalah dibatalkan hasrat itu. mungkin lain kali kalau panjang umoq.

pagi tadi aku bawa mentua sarapan di luar iaitu di `pasar mini' di taman kosas. aku namakan `pasar mini' sebab berbagai gerai ada di situ: yang jual ikan, ayam , sayuran2 , barang2 runcit dan juga beberapa gerai makan. aku, fd dan mentua makan roti canai manakala put3n makan bihun sup utara. bersebelahan `pasar mini' itu adalah tanah perkuburan islam yang kelihatannya telah begitu padat penghuninya. di situlah juga sahabat karib fd disemadikan lebih kurang 3 tahun dulu. kematiannya adalah disebabkan demam denggi berdarah. aku masih ingat peristiwa fd meraung bila menerima berita kematian sahabatnya itu yang mana masa tu kebetulan pula fd boleh cuti pulang bermalam. masa tu fd bersekolah berasrama di kgku. keakraban dengan sahabatnya itu sehingga fd boleh mengenali sandal arwah semasa mencari rumahnya dan sempat pula melihat wajahnya ketika janazah dimandikan dan seterusnya menyertai sembahyang jenazah sahabatnya itu. aku tidak tahu apa perasaan fd bila2 kami ke `pasar mini' itu dan melalui tanah perkuburan itu. fd tidak lagi menziarah kubur sahabatnya itu kerana kali terakhir kami pergi lokasi kubur sudah sukar dan tidak dapat dikesan.

ketika akan meninggalkan gerai dimana kami makan, kami disuakan dengan 2 orang yang istimewa. seorang lelaki tua berseluar pendek mungkin seorang hindu terketar2 berjalan perlahan tanpa tongkat, berhenti tiba2 sambil memerhati tanpa bersuara dan memberi laluan pula kepada bapa mentua aku untuk naik ke kereta. mungkin agaknya dia terfikir alangkah baiknya kalau dia punya tongkat 4 kaki itu. atau pun dia berasa kasihan kepada orang bertongkat. seorang lagi ditemui ialah seorang perempuan tua berumur lebih kurang 70 tahun. dia pun dulu adalah mangsa lumpuh dan kini boleh berjalan semula dengan mengkuti diet yang ketat. dia merekomen rawatan ke pakar saraf di hospital kg.baru. kos rawatan dia dulu rm40k. kini mungkin dah sampai rm60. cammana pun, makck tu kena tambah ubat pelincir di lututnya setiap 6 bulan.


Monday, December 7, 2009

monday blue

hari ni aku terlewat bangun. suboh pun ngam ngam. selalunya kalau jadi gini mood pun jadi upset. tambah2 lagi pagi isnin. breakfast pun hanya nasi putih ngan ikan goreng dan daging goreng kicap kemarin.

batuk bapa mentua pun ada nampak berkurang sikit lepas makan ubat batuk cap `ibu dan anak' yang dibeli oleh pc semalam. pagi ni juga dia bagi tahu berasa sakit pinggang belakang sikit. mungkin kerana terpaksa jalan jauh sikit ke kolam air hangat hulu langat sabtu hari tu. tu lah dia budak2 muda ni tak terfikir nak turunkan dia dulu sebelum pi parking agak jauh sikit sebab orang dah ramai masa tu.

lepas zohor tadi aku keluar dengan put3n, cari ubat untuk mentua. dia pun berkeras tak mau pi klinik. panadol untuk sakit pinggang mungkin boleh melegakan sikit sakitnya. lepas tu, untuk makan tengahari aku beli nasi beriani johor berlauk ayam untuk put3n dan mentua manakala nasi beriani berlauk daging untuk fd. aku memang dah cemuish bak kata orang kedah. 3 bungkus nasi beriani dengan lauk masing2 tu termasuk gulai dalca dan acar rampai timun/nenas semuanya berjumlah rm18.00 iaitu rm6.00 tiap2 satu. kalau lauk kambing rm7.00. murah kan. rasanya? hmmm.... tadi tengok 3 orang depa makan, berselera sungguh. sodaplah tu. sampai fd mengusik tokwannya kata nasi beriani tu menceria dan menghilangkan demamnya.

malam ni pulak lepas maghrib, aku buat dinner kue teow goreng. habis. alhamdullilah. balance nasi beriani siang tadi yang ada dalam dua senduk, aku hidangkan kat mentua aku. kalau sesape lapar lagi tengah malam nanti roti ngan kaya ada atau mee maggi je lah ye. selalunya late supper ni put3n atau fd lah pulak melayan tokwannya kerana depa semua tidor lewat.

esok anakku put3a akan menduduki paper akhirnya, chemistry. by 3.30 ptg esok dia akan melompat merdeka rasanya walaupun result nanti entah macam mana. aku terpaksa minta emak sedaranya di utara untuk menjemput dia pulang ke sana dulu pada pagi rabu nanti. mungkin khamis nanti aku akan ke sana menghantar mentua pulang. tu pun dia cerita tidur petang tadi dah termimpi2 macam dalam bas balik astaq.

makan kenduri lagi

ahad kemarin sehari suntuk aku sibuk dengan tetamu2 yang datang di rumah. mula2 aku menjemput sepupuku paie di stesen lrt ampang sekitar jam 10.00 pagi. singgah kedai kak jah beli kueh mueh nak jamu sedara mara pc yang akan singgah jam 2.00 ptg sebelum kami semua pergi ke rumah sedara yang buat kenduri kahwin di gombak. kerana lama dah tak bersua serta mengambil kesempatan kehadiran mentua di rumahku, jadi panjanglah sembangnya. kami semua termasuk mentua berconvoy dengan 3 biji kereta ke gombak kira2 jam 3.15 ptg dan sampai dewan di mana majlis diadakan jam 4.00 ptg. seperti semalam juga meja2 makan kebanyakannya telah dilipat , cuma tinggal 3, 4 meja bagi tetamu2 yang datang lewat. walaupun dalam keadaan kepayahan untuk berjalan, termakbul jugalah hasrat mentua untuk bertemu saudara maranya di majlis itu.

sesampai rumah dan setelah solat maghrib, aku terus menyedia makan malam ringkas: nasi putih dengan lauk daging masak kicap, telor dadar dan gulai ikan nasi dagang sarapan tadi yang masih elok lagi. sebenarnya balik dari kenduri tadi perut memang keroncong kerana perut memang tak berapa serasi makan nasi waktu minum petang. apatah lagi kat rumah tadi dah makan kueh mueh. mungkin kena ubah strateji lain kali supaya hadir kenduri lebih awal lagi. kita pun akan memudahkan kerja tuan rumah. esok lusa kita juga akan membuat kenduri kendara begitu. bayangkan kalau tetamu2 masih lagi berduyun datang dan pihak catering dah mula angkut barang2nya ke lori . tambah lagi kalau kenduri dibuat di dewan pulak. tentu gelabah dibuatnya.

lepas makan malam aku dan pc menghantar pula paie balik ke rumahnya di selayang. dan kemudian singgah pula sekejap kerumah sahabat pc si zm bertanya khabar mengenai bapanya yang kena serangan angin ahmar hari raya haji hari tu. alhamdulillah setelah diinject sekali dengan ubat yang aku rasa begitu mahal, dia telah pulih semula. umurnya dah 84 tahun sekarang dan itulah pertama kali seumur hidupnya dia masuk hospital. hebat kan!

bapa mentuaku pula dah mula batuk2 dan macam nak demam. mungkin kena rintik2 hujan tadi atau adakah dia dah rindu isteri dan kg halamannya atau kepenatan sedikit dengan aktiviti2 siang tadi. risau juga aku dibuatnya. semoga dia boleh bertahan .


Sunday, December 6, 2009

semua sibuk sabtu ni

salam

pagi sabtu tadi anak sedaraku si fp dan anakku fd telah membawa mentuaku mandi manda di kolam air hangat hulu langat lagi. hari khamis hari tu aku yang mula membawanya ke sana bersama anak2ku fd dan put3n dengan harapan untuk melegakan rasa gatal2 dan kebas jari jemari juga sebahagian kakinya. mungkin kena ulang sekali lagi sebelum dia balik semula ke kg pada hujung minggu ini. selepas mandi fp terus membawa datuknya ke rumahnya di subang dan kemudian menziarah pula cucu angkatnya yang baru beranak kecil lagi di selayang. kedatangan mentuaku ke kl tidak sah kalau tidak ke rumah cucu angkatnya itu. nampaknya mentuaku begitu bersemangat menafaatkan masa2 yang ada walau berkaki tujuh dan tanpa ibu mentua di sisi ketika di kl ni. kaki ketujuh itu adalah cucu2nya yang sangat2 diharapkannya sebagai standby guard.

selepas zohor, aku bersama pc dan put3n telah pergi ke majlis perkahwinan anak sulung sepupuku di gombak. perjalanan dari rumah ke dewan tempat majlis tersebut mengambil masa 2 jam lebih kerana kesesakan jalan yang terlampau dan juga sebab2 tersesat jalan. kira2 kami telah terlewat setengah jam dan kelihatannya tuan rumah pun dah mula mengemas meja. malu juga rasanya tapi rasa kelaparan mengatasi segalanya. alhamdulillah. rezeki tetap ada. elok2 mula nak menyuap nasi, azan 'asar berkumandang dari masjid berdekatan. esok ada lagi kenduri kahwin di belah2 gombak juga. harap2nya peristiwa serupa tak berulang lagi.

Friday, December 4, 2009

gangguan tidur

salam

aku dikejutkan anak perempuanku put3n sekejap tadi. dia ketakutan kerana berasa seolah2 ada orang menggegar pintu di belakang rumah dan bunyi benda jatuh. kebetulan biliknya sebelah belakang. aku dah buka semua lampu dan periksa tingkat bawah. tapi tak berani nak menjenguk keluar. mentua dan anak lelaki fd di bawah tidur lena. pc tiada di rumah kerana outstation di utara. ah tiada jalan lain. aku ajak dia tidur dengan aku sekarang dan dia dah lena pun. kesihan dia. kejadian rumah2 jiran dimasukki pencuri lama dulu, kerap menghantui fikirannya sehingga takut untuk tidur sendirian. problem sungguh ni. malah lupa pulak aku nak cerita trauma yang kami lalui hari senin hari tu. sebenarnya aku dan put3a terlihat depan mata dengan kejadian ragut di tempat letak kereta sebuah pusat beli belah ketika itu. kami berdua terkaku dan tak berani nak menolong mangsa ragut yang terjerit2 minta tolong. kami gamaknya terlewat beberapa saat. kalau tidak mungkin menjadi mangsanya juga. peragut itu berjaya merampas rantai leher wanita india itu sebelum melarikan diri dengan rakan subahatnya yang sedia menanti dengan motor di tepi jalan utama. walaupun ada beberapa orang lelaki berdekatan, namun kesemuanya macam terkaku macam aku. mungkin masing2 bimbang sekiranya peragut bersenjata berbahaya. semoga kita tidak alpa pada keadaan persekitaran dan sentisa mendapat perlindungan Allah. di luar hujan renyai2 tiada hentinya dari tadi. ok lah aku perlu tidur sekejap sebelum subuh.


Wednesday, December 2, 2009

selamat datang

alhamdulilah. anakku fa, bapa mentua dan adik ipar selamat sampai rumah ketika hampir suboh. setelah menyiapkan apa yang perlu untuk sarapan (beli saja), aku terus ke kelas bahasa arab di masjid berdekatan. dan untuk makan tengahari, aku juga beli yang dah siap dimasak kecuali nasi kena masak sendiri.

hajat nan tinggi

anak kedua kami fa, yang beraya di utara, dalam perjalanan balik ke kl sekarang ini. bapa mertua aku juga turut bersamanya. ini adalah merupakan hajatnya sejak dia kena lumpuh 2 tahun lepas. dengan izin Allah, dia telah boleh berjalan semula selepas setahun dari peristiwa hitam itu iaitu beberapa hari sebelum hari raya puasa. bagi memudahkan pergerakannya, aku telah menyediakan katil single di ruang rehat di tingkat bawah kerana sudah tentu dia tidak mampu lagi untuk naik tangga ke bilik atas. siapa lagi yang turut serta bersama anak kami itu, biarlah kita lihat beberapa jam lagi.

Tuesday, December 1, 2009

masa2 senang

hari ini seharian aku sibuk berkemas rumah. kain baju kotor dari hari raya di kg hari tu sudah selesai dibasuh dan dilipat. itu pun makan 2 hari baru kering kerana cuaca panas sekejap sangat. sudah 2 minggu juga aku tidak melakukan senaman. badan memang terasa berat dan lenguh2. nasib baik aku dapat mengawal nafsu dari menyental daging pada hari kenduri korban hari tu. berita kematian seorang bekas rakan sepejabat aku disebabkan masalah jantung pada hari raya hari tu benar2 mengingatkan aku untuk berhati2 dari segi pemakanan. seorang lagi rakan sekolah aku juga dijadualkan untuk menjalani pembedahan jantung minggu depan.

ronda2 pagi ahad

pada pagi ahad kemarin selepas sarapan pagi, kami telah mengambil kesempatan melihat dari jauh kampus baru uitm cawangan n9 yang juga tidak berapa jauh dari pekan kp tersebut. mungkin satu hari nanti kami akan cuba masuk ke dalam kawasan kampus tersebut untuk melihat akan kehebatan suasananya. selepas itu, kami pergi pula meninjau kem plkn yang tidak berapa jauh dari situ. anak aku put3a adalah antara kumpulan pertama 2010 yang akan menjalani program tersebut di situ pada awal tahun nanti. aku berharap dia akan bersemangat, cekal dan gembira menjalani program tersebut walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. yang pasti lokasi yang dekat itu memudahkan dia atau kami berulangalik bila perlu atau dibenarkan.

dari kem tersebut, kami terus beraya di rumah adik aku, jaq , di batu kikir. anak aku fd tidak ikut balik kl kerana dia ingin berjumpa guru2 dan kawan2 lamanya ketika belajar di sekolah dahulu yang berdekatan rumah adik aku.

kami bertolak balik ke kl kira2 jam 3 ptg. dan terpaksa mengambil jalan dalam kg kerana kesesakan jalan utama ke seremban telah pun bermula. khabarnya sehingga jam 10.00 mlm jalan masih jammed. itulah penangan jalan bukit putus. selagi tak siap sepenuhnya highway lekas tu, begitulah senarionya. syukurlah kami lepas dari keseksaan akibat jammed itu.

upacara korban 28 november 2009



salam.

selepas bersarapan roti porata dan juga nasi lemak di kedai favourite yang kami namakan high chapparal, kami terus ke lokasi di mana dilakukan korban iaitu di rumah tuan yang menjual lembu tersebut. tahun ini keluarga kami hanya membuat korban seekor lembu. seperti korban 2 tahun lepas, penyembelihan dan pengagihan daging korban diuruskan oleh imam yang sama. sepertiga dari daging korban yang berhak bagi yang melakukan korban, telah kami gunakan untuk kenduri tahlil pada sebelah malamnya. menu jamuan : gulai daging masak cili api, daging goreng kicap, kembung goreng, labu masak lemak, kerabu mangga, nangka muda rebus dengan sambal belacan, dan kobis goreng. manakala pemanis mulutnya agar2 dan pisang. minumannya teh o dan air oren. memang menyelerakan !

berkat muafakat semua keluarga terlibat, segala urusan korban dan juga kenduri berjalan begitu lancar. semoga perkara sama dapat dilaksanakan lagi tahun hadapan dengan lebih lagi bilangan mereka2 yang berhajat berkorban.

Sunday, November 29, 2009

hari raya aidil adha 27 november 2009

salam

pada pagi raya kemarin, aku, pc, fd dan put3n bersembahyang di surau taman kami sahaja. menurut anakku fd, bahagian lelaki penuh sehingga ada yang tidak dapat bersembahyang raya. manakala sebelah perempuan cukup2 sahaja. angan2 untuk sembahyang di masjid baru ditangguh saja pada masa lain sebagai memenuhi tuntutan keafdalan berada bersama2 khariah sendiri. diluar masjid 10 ekor lembu korban ditambat kemas untuk dikorbankan pada hari raya ke2. sayangnya aku tidak dapat menyaksikan upacara korban itu kerana aku sendiri membuat korban di kg n9 pada hari yang sama.

kira2 jam 4 ptg hari raya pertama itu, aku sekeluarga bertolak balik ke kg n9 dalam keadaan basah lencun oleh kerana hujan turun dengan lebatnya ketika kami baru nak keluar dari rumah. untuk tidak melengahkan perjalanan balik ke kg, kami redah saja hujan untuk ke kereta yang kebetulan di letak di luar pagar rumah ketika itu. rancangan nak ziarah kubur keluarga yang telah pergi dulu di makam tuan haji said, seremban juga terpaksa dibatalkan oleh kerana dah agak lewat. kami ziarah sekejap keluarga adik lelaki aku yang mendiami rumah arwah abah di seremban sebelum meneruskan perjalanan seterusnya ke rumah kami di kg kp. oleh kerana highway baru di bukit putus telah dibuka, kami pertama kali dalam sejarah melalui jalan yang sangat tinggi dan indah pemandangannya tersebut. mungkin raya tahun depan, kami tidak lalu pekan seremban lagi bila lebuhraya lekas dari mantin ke paroi siap sepenuhnya. mungkinkah orang2 kp yang bekerja di kl akan kerap balik kg nanti bila highway tersebut siap sepenuhnya atau mungkin juga ada yang ingin berulangalik setiap hari.

kami sampai rumah dah hampir maghrib. selepas `isyaq, kami makan nasi ayam di pekan kp sebelum ke rumah mak saudara, js , untuk bermesyuarat mengenai upacara korban esoknya. ia adalah merupakan mesyuarat pertama kali di buat secara rasmi walau pun ia merupakan upacara korban kali ke2 dibuat di tempat yang sama.


Thursday, November 26, 2009

nak raya mana

salam

aku masih di rumah saat ini. rancangan nak balik ke kg aku di n9 ditangguhkan esok sahaja iaitu selepas sembahyang raya di masjid baru dekat rumah aku. itu memang angan2ku sejak aku dapat tahu masjid baru itu telah mula digunakan kira2 dua minggu lepas. tapi itu pun bergantung kepada pc. ade kemungkinan juga akan bersembahyang di surau taman kami sahaja sekiranya tempat letak kereta di masjid melempah ruah.

dua anak bujang kami fa & fw telah balik ke kedah beraya dengan tok & wan mereka petang tadi. salah seorang dari mereka juga akan berbuat korban di sana pada hari raya kedua. kehadiran mereka mungkin dapat menghiburkan sedikit hati keluarga di sana. anak perempuan aku put3a yang sedang menduduki pepereksaan spm memang tidak balik. dia sebaliknya akan beraya bersama kawan2nya di sekolah sahaja memandangkan pada hari isnin depan ada kertas pepereksaan. jadi aku, pc dan 3 anak lagi iaitu putn, fd dan fz akan beraya di sini sahaja. kemungkinan selepas raya, kedua2 mentua dan ipar duai aku akan turun ke kl pula. kira2 telah 2 tahun lebih mereka tak turun ke kl iaitu sejak bapa mentua jadi lumpuh.

kalau dulu2 waktu ini aku masih di dapur menyedia juadah untuk raya esok. tapi tidak tahun ini. semacam tiada semangat. tiada ketupat palas umpama tiada raya bagi pc. semalan dia telah beli ketupat itu bagi anak2 merasa. ialah mana nak dapat ketupat tu di belah2 selatan. aku pula, sejak gagal membuat ketupat itu bila mula2 kahwin dulu terus saja serender. abih2 aku tolong mak mentua bab balut membalut. tapi manjang tak serupa bikin juga. rasanya anak2 lebih cepat tangkap dari aku. untuk esok ni mungkin kami akan beli lemang siap je lah. panas. panas. baru sedap makan. ah mungkin nasi goreng lebih baik dari makan pulut bagi orang2 macam aku dan pc. angin sana angin sini pulak.

semoga semua hamba Allah beragama islam di dunia ini dapat merayakan hari raya aidil adha ini dengan selamat sejahtera dan penuh keinsafan. amin.


Monday, November 23, 2009

hai kassim selamat

salam

malam ni cerita kassim selamat lagi. dah berapa kali aku tengok cerita ni. tapi setiap kali aku tengok, macam baru kali pertama kali aku tengok. mungkin somebody kena ubah ending ceritanya kepada happy ending kut. sad ending adakalanya boleh menjejaskan mood kita atau mungkin mood aku saja agaknya. mana tidaknya, ayaq mata yang tumpah entah banyak mana.

Sunday, November 22, 2009

di rumah saje

salam.

hari ini kami tak balik kg. cuma lepas breakfast nasi dagang dan ada juga yang makan roti canai kat luar tadi, kami ke kedai jual tiles. cadang nak baiki dan besarkan sikit bilik air di tingkat bawah. ini persediaan bagi warga tua atau sesiapa saja yang sakit lutut macam aku dan pc dan tak larat nak naik tangga selalu untuk ke tandas tingkat atas. siapa nak buat kerja2 pasang tiles tu. ia tak lain tak bukan kami anak beranaklah. kita tengok saja macam mana hasil seninya nanti. gerun jugak........

kelmarin dulu aku dah cat bilik ayaq kat atas dengan cat merah menyala. konon nak perabih cat yang tinggal sedikit. apa lagi, bila masuk kali ke2 ke 3, bilik ayaq tu macam masuk gua. kelam orang kedah kata. nanti aku kena taruk cat putih baliklah sana sini supaya nampak ceria balik. bukan apa takut nanti karang ada lak sedara2 yang pengsan dalam bilik ayaq tu. lemas.lemas....nasib baik pc tak kata apa. mungkin tak sampai hati kut. haha

Saturday, November 21, 2009

suara2 ibu

salam.

kelmarin aku sudah memulakan tugas biasa kebanyakan ibu/emak/umi/mama/mommy dan entah ape2 panggilan lagi yang ade. umpama tape atau cd yang dipasang ke player, berikut adalah perkara2 top dalamnya: bangun2 sembahyang, bangun2 mandi, kemas2 katil dan bilik, ulangkaji pelajaran mana2 yang patut, kemas2 buku2 yang dah dibaca, kutip2 pakaian kotor dan masuk mesin basuh , gantung pakaian dan towel elok2, basuh cawan2 dan pinggan yang dah guna dan jangan tinggal dalam sink sampai bertimbun dan jangan terlebih lawak atau bergaduh sesama sendiri atas perkara kecik mahu pun besaq dan banyak lagi.......

ah, itulah antara musik2 para ibu bila anak2 semua ade kat rumah. kecik besaq tua dan muda semua semacam. rupanya tak semua kebiasaan2 yang baik di asrama akan dibiasakan juga di rumah. kekadang rasa semacam melepas rindu dendam `bebas' sat gamaknya. apa pun harapan adalah mereka semua menjadi anak2 yang soleh dan solehah serta berjaya dalam hidup juga akhirnya nanti. amin.

q lagi......

salam.

tadi lepas maghrib, sorang lagi anak pulang bercuti panjang. anakku fd balik naik bas aje. aku cuma jemput dia kat stesen lrt star yang terdekat kat rumah. kat luar hujan renyai2 lagi. sesampai di rumah dan setelah mandi, fd sudah mengadap komputer melayari internet. alamat aku dan pc kena q kat belakang pulaklah mulai dari hari ni. pc dah awal2 lagi terlena. aku pun setakat ini sajalah yang larat nak ketuk.


Friday, November 20, 2009

macam2 perasaan

salam.

semalam anak bongsuku put3n di langkawi pulang bercuti sekolah hujung tahun. aku jemput dia di lcct sepang. aku tak memandu terus kesana sebaliknya letak kereta kat stesen jelatek dan ambil train ke kl sentral. lepeh tu naik pula bus airport ke lcct. kos perjalanan kesana lebih kurang RM10.10 tak masuk duit minyak kereta dari rumah ke jelatek. keluar dari rumah jam 2.00 ptg sampai lcct jam 4.00 ptg. ahaa 2 jam. not bad haa. yang sebenarnya cara tu menyelamatkan aku dari susah2 memandu sorang2 ke sana. kan aku dah kata dulu, aku memang tak berapa suka memandu. flight delayed 15 minit lagi pulak . aku solat `asar dulu kat suraunya. selesai satu bab.

perut lapar pulak sebab tak ambik lunch. aku ke kiosk kfc kat tepi balai ketibaan. cadang nak order dinner plate ngan burger kerana agak2 bolehlah makan bersama put3n sat lagi kat situ. dalam beratur tu tiba2 ada pulak sorang hamba Allah potong q betul2 bila dah sampai turn aku. alamak apa ni. apa lagi, hilanglah selera aku saat tu. orang tua ni pun bawalah diri dari situ. apa pun adalah juga hikmahnya aku tak jadi order kfc tu sebab flight terus delay lagi. kalau tidak, sejuk jugalah makanan yang diorder . jam 5.30 barulah muncul put3n. hati melonjak gembira bertemu anak. kami terus naik bas ke kl sentral walau pun dua2 dalam keadaan lapar. merajuk lagi ke......

sampai kl sentral lebih kurang 6.45 ptg. oleh kerana dah dekat waktu maghrib, kami terus pi ke suraunya untuk solat. ramainya umat di surau yang kecil itu. masyaAllah.. tapi hati rasa gembira dan tenang kerana masing2 q dengan sabar. selesai satu lagi bab. Alhamdulillah. agenda seterusnya sudah pastilah makan2 dulu di salah sebuah restoran di situ dan harganya pun lebih kurang standard airport lcct la. selesai makan, kami pun ambik train ke jelatek. nasib baiklah hujan rintik2 sahaja masa tu. kalau tidak boleh basah lencun sementara nak sampai tempat letak kereta. sampai rumah jam 9.30 mlm. perbelanjaan perjalanan hari ni semuanya: RM58.30 (tiket train RM6.30 + tiket bas airport RM24.00 + makan2 RM24.00 + anggaran minyak kereta RM4.00) dan masa perjalanan lebih kurang 7.5 jam. bagaimana kalau aku terus drive dari rumah ke lcct? ade saving tak. yang pasti pergi sorang balik berdua.


Wednesday, November 18, 2009

khabar dari makkah

salam.

jam 3.30 ptg tadi terima sms dari sabahat ku tini yang dah pun berada lebih kurang 5 hari di makkah. dah rindu orang malaysialah tu. hari ni dia pergi berziarah. cuaca katanya elok dan dingin. tadi dia melepasi hotel yang kami duduk masa buat umrah jun hari tu. dah tentulah dia terkenang2kan exroom-matenya. masa sama2 pulun buat ibadat dan sama2 makan dan jalan sana sini. aah rasa nak teriak tak dapat serta sama kali ni.


Monday, November 16, 2009

orang baru dalam keluarga

salam.

awal pagi tadi kira2 jam 7.30 pg, aku dah terima panggilan talipon dari makcik ns. anaknya si kakak kembar telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di hukm pada kira2 jam 4.30 pg. alhamdulillah semua sihat. kami panggil dia kakak kembar kerana kembarnya dipanggil kakdik. baru sebentar tadi aku diberitahu pula yang kakak kembar dan babynya telahpun keluar dari hospital dan akan berada di rumah mentuanya di cheras sehingga hujung minggu ini. ibu mentuanya tidak dapat menjaga lama kerana masih bekerja lagi. hujung minggu ini makcik ns akan menyambung tugas itu pula di kg. di luar, hujan tiada hentinya dari pagi tadi dan bertambah lebat. pc pula petang ni outstation ke kedah. berat betul rasanya nak memandu sorang2 kesana waktu ni. aku rasa hujung minggu nantilah aku ziarah mereka di kg.

sunday ni kat rumah je

salam.

apa yang aku buat pagi ahad tadi ye. bangun tidoq dan dengan payah sekali paksa diri buat exercise bagi mencukupkan rutin exercise 3 kali seminggu. aku berjaya, 3.0 km dalam 37 min. dan membakar lemak 110 kcal. ape, sikit ke ?. takpa janji hati rasa lega dah buat exercise. lebih kurang jam 10.00 pagi, breakfast dengan pc kat luar. aku makan mee hoon campur kuew teau goreng, sebiji teloq goreng dan sesenduk daging rendang. hmm.. selera gitu dah. macam mana nak buat. pc biasanya kalau tak roti canai, makan nasi terus. dah orang kedah, kalau tak makan nasi takleh. tak sempurna hidup.

lepas sarapan, pc terus ke workshop kereta untuk repair vipers yang tak berfungsi. aku pula singgah kedai hardware beli ape2 yang patut nak baiki lantai bilik ayaq yang tiris. nak jimat belanja kenalah cuba repair sendiri kan. mintak2 jangan jadi tikus baiki labu dah lah. nak buat kerja tu pun esok2 je lah bila ada semangat. ape pun aku kena kikis dan bersihkan lantai dari cat2 yang tumpah ketika aku buat kerja mengecat kat ruang tamu minggu lepas. ini namanya kerja tak professional tapi santai. janji ada kemahuan nak buat. yang pasti kurang banyak pada aku ialah kebolehan seni hias menghias rumah.

esok petang pc nak outstation kat kedah. aku kena bangun awal sikit esok nak gosok baju yang dia nak bawak pi. dengar beberapa bahagian di kedah dah banjir. harap2 airport kepala batas tak dinaiki ayaq. kawasan berdekatannya iaitu kat titi gajah dah banjir. oklah aku stop sini dulu.









Sunday, November 15, 2009

cerita semalam tak habis lagi

salam.

lepas bincang pasal kerja kurban kira2 jam 10.30 pagi semalam, aku dan pc terus ke jasin untuk menziarah anak lelakiku fd yang sedang belajar dalam tingkatan 4. fd meminta kami membawa balik sebahagian barang2nya dahulu kerana dia bercadang nak naik bas sahaja bersama kawan2nya bila balik cuti akhir tahun pada hujung minggu depan. kami tidak lama disitu kerana memikirkan fd masih ada 3 kertas pepereksaan yang perlu diduduki minggu depan. sebelum tu, atas permintaannya, kami makan tengahari kat kfc di pekan jasin. masa tu hujan dah turun renyai2.

setelah menghantar semula fd ke sekolahnya, kami pun bertolak balik ke kl ikut lebuhraya utara-selatan. perjalanan menjadi perlahan dan terus terhenti beberapa minit di km berapa tak tahu pulak tapi tak sampai lagi r&r ayer kroh. samaada lori treller terbalik atau ada benda terjatuh dari treller tu tak dapat dipastikan. yang pasti dari jauh nampak sebuah kren sedang bekerja mengangkat sesuatu. apabila kenderaan telah boleh bergerak semula dan kami sampai ke tempat treller tu parking, semuanya nampak beres tak tau nak agak sebab musababnya.

malang pulak pada kami, hujan mula turun agak lebat juga dan kedua2 viper jammed tak berfungsi. terpaksalah kami keluar kat interchange rembau-podeh cari pomen kereta. kedua2 pomen berdekatan interchange tu tak dapat tolong sebab pertamanya waktu tu dah jam 5 lebih. hari sabtu pulak. mana ada kedai sparepart yang buka kat situ. orang pun nak balik rumah dah. takda jalan lain kena pelan2 balik kl. tapi sebelum tu singgah dulu pulak gerai tepi jalan yang jual goreng pisang dan kueh mueh. aku makan mee kari. pc pulak makan kueh cucur udang. sedap juga masakan diorang. orang kg kundur, podeh ni juga memang ramah. rasa macam dah lama kenal dibuatnya. kami sebenarnya dah silap arah jalan.

yang paling menakjubkan sekali ialah sedang kami makan2 tu, tiba2 menerpalah seorang rupa macam arab yang berpakaian smart dengan makwenya kepada kami. seorang lagi menunggu dalam kereta berwarna metallic grey, bentuk macam citra kalau tak silap. mula2 menanyakan hal halal tak halal makanan di situ. aleh2 tukar topik nak tukar duit dia dengan duit kita. tanya pulak kok kita ada duit rm50. yang si pc terus buka wallet. bila dia tengok wallet pc dia tanya lak kok ada rm50 yang baru. pc ketika tu memang takda duit baru tu. tak percaya, arab tu siap tolong sama silak2 duit dari wallet tu. tak cukup gitu, arab tu suruh pulak aku check purse aku. aku hati dah rasa lain macam. abang kedai yang berdiri sebelah aku dah sound2 dah ni kerja gila ni. oleh kerana aku enggan ikut kehendak dia dan abang kedai terus membebel2, arab tu cepat2 pergi. bila aku ceritakan hal tersebut kat kawan rapat aku hari ini, rupa2nya dia juga telah mengalamani perkara sama. nasib baiklah dia cepat2 sambar wallet suaminya sebelum arab tu terus menerus tolong menyelak kandungan wallet tersebut. suaminya ketika itu seperti tidak sedar apa yang berlaku.

kami amat bersyukur kepadaNya dan berterima kasih kat abang kedai yang merupakan bekas sailor tu di atas keperihatinannya. menurutnya, dia sebenarnya telah bersiap sedia nak membelangkung arab tu sekiranya terjadi apa2 yang tidak diingini di depan matanya ketika itu. apatah lagi bila mengingatkan peristiwa sama berlaku tak lama dahulu pada kawan anak perempuannya yang duduk di shah alam. kami harap akan dapat berkunjung lagi ke kedai abang sailor ni di lain masa. insyaAllah.

kami mulakan berpejalanan balik ke kl dari kg kundur, podeh itu kira2 jam 6.30 ptg. dengan keluar semula ke lebuhraya utara-selatan. perjalanan tanpa vipers dalam hujan yang sekejap renyai sekejap lebat itu amat memayahkan. terpaksa berhenti beberapa kali di mana2 ada tempat hentian atau r&r. kami akhirnya sampai di rumah hampir jam 9.00 mlm. syukur alhamdulillah.




Saturday, November 14, 2009

macam2 hal hari ni

salam.

seperti biasa kalau di kg, selalunya sarapan, aku dan pc semestinya bersama pakcik cm iaitu adik emak aku satu ayah berlain ibu. dialah yang kami harapkan untuk menjaga rumah dan menguruskan kebun getah yang sekangkang kera tetapi alhamdulillah cukup untuk membiayai sebahagian upah kerja yang dilakukannya. selepas itu aku terus kerumah emak saudara ns iaitu adik bongsu mak seibu sebapa yang berdekatan untuk bertanyakan perihal kurban yang akan dibuat pada hari raya haji tahun ini. kami bercadang berkurban seekor lembu dan mereka2 yang terlibat adalah aku, adik lelaki aku jaq, 2 dari keluarga makcik ns di kg itu, 2 dari keluarga makcik js di cheras dan satu lagi ialah makcik zm iaitu isteri kepada arwah adik emak aku yang juga tinggal berdekatan. makcik zm telah pun berlepas ke makkah isnin lepas. kerja kurban itu akan diadakan pada hari raya kedua.

perlu juga aku maklumkan di sini bahawa emak aku datang dari keluarga yang besar iaitu seramai 10 orang dari seibu sebapa dan seramai 6 orang lagi sebapa berlainan ibu.

terkenang yang telah pergi

salam.

aku sekarang berada di kg nogori. bertolak dari kl jam 5.00 ptg tadi. pc tidak kerja hari ni. kami singgah makan malam di mantin dan kemudian singgah pula rumah arwah abahku di seremban. adikku km yang tengah serta keluarganya sejak dari dulu tinggal di rumah tersebut. dia sekeluargalah yang banyak melihat2kan keadaan abah sehingga kesaat2 akhirnya. abah meninggal dunia pada 6 ogos 2006 dalam tidurnya iaitu kira2 22 tahun selepas kematian mak dan 11 tahun selepas kematian seorang dari 4 adik beradik lelakiku. emak meninggal menderita penyakit barah payu dara manakala adik pula masalah jantung.

petang sebelum hari kematian abah tersebut, aku telah singgah rumahnya untuk membawa dia tidur di rumahku di kg. iaitu rumah yang didirikan atas tanah adat milik arwah emak. rumah asal diatas tanah tersebut telah runtuh oleh kerana sudah lama terbiar dan tidak diduduki. aku dirikan semula sebuah rumah kecil ala-ala chalet di tanah tersebut oleh kerana ia adalah merupakan cita2 arwah emak ketika hidupnya tetapi tidak kesampaian. abah juga tidak sempat merasai tidur di rumah baru tersebut kerana keengganannya meninggalkan rumahnya petang itu. abah memang tidak mahu langsung kemana2 apatah lagi kalau kena bermalam. alasan yang kerap keluar dari mulutnya adalah hendak mati di rumahnya sendiri. dan Allah benar2 makbulkan permintaannya itu . dia memang pergi sendirian tanpa sesiapa menghadapnya. walaupun sedih, aku adik beradik reda di atas pemergiannya. cuma aku seakan tidak percaya apa yang telah kami lakukan petang sebelum itu. aku sebenarnya berjanji dengan dengan abah akan singgah semula esoknya sebelum balik ke kl untuk ubah suai katil tidurnya yang tinggi sikit bagi mengelakkan dia tidur diatas lantai simen. yang anehnya tanpa kami sedar pc dan adikku km petang itu telah siap mengukur dengan tape akan kesesuaian lokasi katil yang ketika itu menempatkan sofa panjang ketika abah masih dan sedang berbaring di atasnya. tiada langsung terfikir itu tanda2 abah akan pergi. dan apa pula dalam fikiran abah agaknya ketika itu. semoga roh abah dan mak mendapat ketenangan dan mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman.


Wednesday, November 11, 2009

buat apa yang patut

salam.

pagi tadi sepatutnya aku buat exercise tapi kemalasan mengatasi segalanya. lebih2 lagi setelah beberapa hari berada jauh dari rumah. sebagai gantiannya, aku dengan rela hati menukar air akuarium kecil yang menempatkan 3 ekor sepat. oleh kerana motor filternya dah rosak maka cepatlah airnya berkeladak. ikan kesayangan si ikan kaloi di akuarium besar sebelahnya melompat2 menarik perhatianku. esok sajalah aku tukar airnya sebab jam 11.00 pg ada kelas bahasa arab. sejak berhenti kerja, akulah saja orangnya yang terpaksa menjaga akuarium2 tersebut. yang lain nampaknya dah tak mahu ambil tahu. apa pun bela ikan jauh lebih mudah dari bela kucing. dan aku tidak rasa nak complain sangat. cuma aku harap diberi budget untuk mengupgrade akuarium2 tersebut....at least..

kelas bahasa arab hari ni agak ceria sikit dan kedatangan pelajar pun agak baik . pelajaran hari ni masih lagi bab waktu dan tempat. selingan dalam pelajaran hari ni yang menarik hatiku ialah mengenai tanaman pokok kurma. kata ustaz, selain memerlukan cahaya panas dalam proses kematangan buahnya, proses pendebungaan setiap pohon kurma perlu dilakukan oleh manusia secara manual. ilmu berkaitan perkara ini penting bagiku kerana 4 pokok kurma yang ditanam oleh pc di kampung telah pun berumur 3 tahun sekarang. harap2 pokok tersebut tidak semua betina atau jantan sahaja pulak. atau ada ke kita boleh kenal jantan betinanya pokok itu sekarang....

satu lagi cerita yang menarik hari ni ialah tentang pengurusan jenazah di makkah. bagi menampung keperluan yang tinggi terutamanya di musim2 haji serta disebabkan keadaan tanah yang berbatu batan, kubur di sana adalah seperti kotak batu yang boleh di `refill' dari masa kesemasa. ada peristiwa diceritakan, bagi mereka yang mati kerana masalah jantung misalnya telah tersedar dan jantung kembali berdenyut selepas dikebumikan. perkara ini dikatakan berdasarkan kedudukan beberapa jenazah yang telah reput telah beralih tempat atau dalam keadaan duduk dengan kain kapan yang telah ditanggalkan dari badan. sementelah itu dikatakan kini telah ada kubur2 yang dipasang sistem pembesar suara bagi menampung mereka2 yang mati dari masalah berkaitan jantung itu. just in case...lawak ke serius. wallahualam. tapi dengar cerita, ada juga kaum keluarga mendapat petunjuk dari mimpi dan dapat menyelamatkan orang2 yang mati hidup semula ini. Allahuakbar.




















mengimbau saat manis di masjidilharam

salam.

rakan sebilik ketika membuat umrah jun 2009 lalu telah dimakbulkan Allah doanya untuk menunaikan haji tahun ini. dia akan berangkat ke makkah 15 November ini jam 7.30 pagi. sebagai meraikan pemergiannya ke tanah suci itu, kami membuat pertemuan di masjid bukit indah dan bersama2 solat fardhu maghrib berjemaah di masjid itu. kesyahduan bacaan surah2 alquran oleh imam malam itu, seakan2 terasa seperti berada di masjidilharam. sungguh terasa kerdil dengan keagunganNya.

selepas solat kami ke al rayyan menikmati nasi arab dan pizza. sambil makan bercerita pula kisah2 ketika buat umrah hari itu begitu juga mengenai perkembangan rakan2 sekumpulan dulu. setelah bertemu di negara orang, entah bila pula kami semua akan dapat bertemu kembali di negara sendiri. ketika sedang makan itu, diluar kelihatannya seperti hujan turun agak lebat juga. setelah selesai makan dan hujan pun reda sikit, kami ke masjid semula untuk solat fardhu `isyak berjemaah. sebelum itu sempat juga kami mendengar tazkirah dari ustaz jemputan yang juga telah mengimamkan kedua2 solat.

sebelum perpisah kami bermaaf2an. semoga perjalanan dan urusanmu rakan dipermudahkan dan diterima oleh Allah. alangkah bahagianya kalau aku dapat bersama2 sekali lagi ke makkah bersama rakanku ini. kalau tidak kali ini mungkin di masa2 terdekat akan datang . insyaAllah.

Tuesday, November 10, 2009

nak balik kl dah

salam.

semalam setelah sarapan pagi di rumah nana di sungai petani, aku terus kembali semula ke rumah mentua di a.star. memandu sendirian memang sangat membosankan dan membuat aku rasa mengantuk. macam mana pun aku selamat sampai a.star jam 12.30 tgh. singgah kedai makan biasa untuk membeli lauk pauk untuk makan tengah hari. boleh tahan juga mahalnya sejak akhir2 ini ye.

nampaknya bapa mentua tidak begitu sihat. kakinya sakit2 semula. mungkin disebabkan terlalu ghairah untuk berjalan dan memandu semula. tekanan darah juga telah naik tinggi. harapan untuk makan daging korbannya raya nanti sudah tentu terbantut. aku tabik ibu mentua kerana dia tidak pernah sakit berat atau masuk hospital sepanjang hidupnya. sakit2 lutut tu kira biasalah bagi orang yang dah berumur. aku tidak boleh minum air sirap atau kopi kalau dia yang bancuh. manis.. manis menusuk kalbu. tapi tak ada pun dia kena kencing manis. hairan ye. aku yang berpantang2 pulak yang paras gula dah sampai border line.

lepas makan aku dengan di temani anak saudara min ke bank di jitra menghidupkan kembali akaun bank yang satu itu yang dah lebih setahun tidak aktif. dan sudah tentulah sebabnya duit dah susut terlampau. upah meneman ialah belanja makan di secret recipe. lama juga tersadai di kedai itu kerana di luar hujan turun dengan lebatnya. beberapa tempat di kedah telah pun dinaikki air termasuk rumah ibu saudara pc. nasib baiklah hamparan tikar getah dahulu telah digantikan dengan lantai jubin. jadi senanglah sikit nak dibersihkan sekiranya dinaikki air. pun begitu, bagaikan nak patah pinggang untuk melakukan kerja2 pemindahan barang2 ke tempat tinggi dan kemudian kena membersihkan lantai2 pula. nasib baiklah rumah mentua tidak dinaikki air.

aku mula ingat nak tidor di rumah adik ipar di jitra kerana kedua2nya ke rumah anak2 di kl. yang ada di rumah adalah anak ketiganya. tapi tiba2 sahaja pc menelipon mengajak balik ke kl malam itu juga kerana esoknya dan lusa dia ada mesyuarat penting. seorang rakan setugasnya , seorang anak muda yang baru tiga bulan masuk kerja, juga menumpang balik bersama kami. walhal dia baru sahaja sampai a.star dengan kapal terbang pagi tersebut dan tidak sempat lagi membuka beg pakaian yang dibawa.

kami bertolak balik ke kl jam 8.30 malam. seperti yang dijangkakan, kira2 jam 11.30 mlm kami terpaksa menghentikan perjalanan dan menginap di hotel highway, bukit merah kerana masing2 keletihan dan terlalu mengantuk. aku walaupun kurang mengantuk, tidak yakin nak memandu di malam hari.

kira2 jam 7.30 pagi tadi kami menyambung semula perjalanan balik ke kl dan berhenti untuk bersarapan di tapah. di sepanjang perjalanan masih terdapat beberapa tempat yang dalam proses pembaikkan dan naik taraf. kenderaan2 dengan itu tidaklah dapat memecut laju di beberapa tempat berkenaan. kami akhirnya sampai rumah jam 11.00 pagi. pc selepas itu terus kepejabatnya. aku pula sangat gembira dan bersyukur kepadaNya dapat menjejak semula rumahku syurga duniaku dengan selamat.



Monday, November 9, 2009

bersama anak di bertam

Salam.

lepas check out dari hotel nasmir 2 hari lepas, aku dan pc menyambung perjalanan ke astar. oleh kerana keluarga mentua kebetulan tiada pula di rumah ketika sampai, terpaksalah kami berlabuh di rumah saudara bersebelahan. mereka ke perlis membawa bapa mertua berubat bagi penyakit saraf yang dihidapinya sejak dua tahun lepas. walau bagaimana pun bapa mentua amat bernasib baik kerana dalam tempoh setahun dari dia jadi lumpuh, dia telah dapat berjalan semula walau pun dengan amat payah sekali.

oleh kerana aku telah berjanji untuk menziarah anak perempuanku (panggilan put3a) yang belajar di bertam, pulau pinang, aku terus saja bersama sepupu pc si nana yang dulunya pernah tinggal bersamaku di kl. dia yang kini tinggal di sungai petani, bukan saja berkebolehan mengasuh anak2 malah melakukan segala kerja rumah serta menjadi driver bagi urusan menghantar dan menjemput anak sekolah. adakalanya turut menemani dan jadi driver bila2 aku terpaksa kerja outstation. kini dia telah pun berkeluarga dan mempunyai seorang anak perempuan yang comel berusia 3 tahun. oleh kerana dia merupakan isteri kedua dan suami pulak pemandu bas express kl-merata tempat, maka masa bersama keluarga tu terbatas. biasalah kan bagi orang yang bermadu. tapi apa pun, kehadiran si trisya, anak kecil comel dan manja itu sudah cukup membuat hati ibunya terhibur begitu juga denganku yang pantang tengok anak2 comel.

kini telah dua malam tiga hari aku di rumah nana ini. rumahnya bak syurga bagiku kerana kehebatannya menghias rumah walau pun barang lama dan tidak pula mahal. aku bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama anakku, put3a, dua hari berturut2 walau pun dia tidak dapat bermalam bersamaku. aku dan lebih2 lagi mak saudaranya sempat memasak dan membekalkanya makanan kegemarannya. alhamdullah. diharap dia akan bersemangat tinggi dan tabah bagi menghadapi peperiksaan spmnya 9 hari lagi. semoga dia tidak begitu sedih kerana tidak akan pulang pada hari raya haji tahun ini kerana jatuh dalam tempoh peperiksaan. aku sendiri pulak tidak dapat memastikan akan beraya di selatan atau utara. semuanya bergantung kepada jadual kerja pc. aku stop sini dulu.

Saturday, November 7, 2009

dia dah mai daaah

salam.

jam 11.30 mlm tadi aku sampai penang . bertolak dari kl jam 2.30 ptg dengan kereta. oleh kerana pc dah tak berapa larat memandu jauh2 sekarang, boleh kata setiap r&r terpaksa berenti to doze off. aku pulak setia menanti kerana walau pun boleh memandu ia bukanlah perkara yang aku suka buat. pertama kerana agak dah rabun malam. kedua sebab aku gayat tengok bas atau kereta laju2 mengekor dekat dibelakang.

oleh sebab aku sendiri sebagai co-pilot dah terlalu mengantuk, kami pun ambik keputusan selamat, tidoq kat juru je lah. tak sangka lak hotel nasmir ni hebat juga. tapi lain lak jadinya selepas minum nescafe dan makan murtabak dari restorennya di bawah tadi, mata takleh lena pulak, kekenyangan. pc di sebelah dah lama lena dan krok krok. sian dia. kalau banyak duit boleh gak gajikan drebar ye.

iesh dah lewat ni. esok kena bangun awai. cinta hati esok ado kojo kek astar. mentuo tak dibagi tau kedatangan ini supaya tak ternanti2 sangat. surprise dari anak lelaki kesayanganya lah tu. ok stop..



Friday, November 6, 2009

exercise jangan tak exercise ye

salam.

tahniah. tahniah pada diriku sendiri. hari ini kira dah empat minggu berturut2 aku berjaya melakukan sedikit senaman jalan kaki sejauh 2 - 2.8 km dalam masa 30 - 40 minit, tiga kali seminggu macam disarankan oleh pakar2 kesihatan tak kurang juga oleh kawan2 seangkatan. jalan atas mesin je. mesin ke 2 yang di beli setahun dulu. mesin yang 1st mereput begitu sahaja. bolehlah bagi alasan sebab jalan manual je. mesin ke 2 tu pun perasan sampai la ni tak sampai 30 kali guna. basikal statik yang ada pun perasan tunggu masa mereput. boleh bagi alasan bila kayuh lutut meletup2 pulak.

teringin jugak nak jalan2 kat luar sanun tapi mengenangkan keselamatan den baik tak usah. pertama kali dan last aku buat sejak pencenlah ye pada tahun 2005. esoknya toruih domam. tak taulah kok kono ketogoan ko sebab lalu dopan umah jiran nyonya yang baru meninggal dalam minggu tu. ahh...karutlah. saja lawak. lopeh tu dongar pulak ado nyonya jugak yang kono belangkong dengan helmet kek mat motor. tu yang putuih semangat teruih.

memang botolah exercise tu di samping badan rasa sedikit ringan ( bukan berat tau, belum nampak tanda2), pembakaran lemak 70 -100 kcal setiap kali exercise, jadinya kuranglah sikit rasa bersalah makan teloq scramble hari2. favourite aku tu. betui ke ni. ditambah pula lagi amalan minum ayaq kosong 600 -800 ml sebaik bangun tidoq serta makan buah2an dulu sebelum makanan utama, maka bosalah harapan dapek kesihatan yang sentiaso sihat hondaknyo.

aah kena stop sini dulu. nak mandi dan buek apo2 yang patut. lepeh tu nak pi bank pulaklah. pencen masuk awai ke bulan ni agak eh. alasan lae.....nak rayo korban kan....

Thursday, November 5, 2009

sibuk cara orang pencen

salam.

4 hari tak memblog. buat ape kalau tak memenuhi request 2 anak pompuan ( put3a dan put3n) yang dok asrama (yang anak lelaki sorang tu si fd manjang orait yo, sonang sikit) : yang hilang telekung, yang rosak calculator, yang nak kala mahai pulak tu, tak ketinggalan stok makanan. turun naik kodai, bungkuih membungkuih dan akhirnya mengepos pulak. ahh kalau boleh turun berat badan sekilo happy jugak. ahh maghrib dah. tok nak berenti sat ye. malam ni malam jumaat nak baca yassin sat.

aikk... dah jam 12.00 malam. kita sambung cerita balik. hmmm... tak ngantuk lagi wargamas ni kan. semalam ustaz kelas arab aku yang berasal dari n9, biaso bahasokan diri dio `ese.' ado yang menyampuk dio guna `den'. terkojut dia sat. jiwo dio raso `den' tu kek public kurang sesuai. macam kasar sikit bunyi eh, kato dio lah. ` den' tu reserve utk sedaro rapat dan member2 kamcing ye. bagitu juga dengan `aku' bagi sesetengah orang kan. apo pun lakonan dan lawak si abby yus dan kaza memang menghiburkan.

orang kedah pulak dalam bab2 bahasa diri ni, setakat yang aku tahu, banyak guna `aku' dan `hang'. nak manih sikit guna `cheq' yang mana boleh guna pulak untuk diri sendiri atau orang lain. kalau kat ipt tu baik di dalam negeri mau pun kat luar negeri, rata2 bahasa utara khasnya kedah/penanglah menjadi bahasa komunikasi antara pelajar2 kita. teringat kenangan membaca esei2 harian anak sulong ketika kecilnya yang menggunakan bahasa kedahnya. gelihati macam nak pecah perut dibuatnya. kesian dia. jenuh jugak nak mengingatkan dia kat mana yang dibolehkan menggunakan ejaan2 sedemikian. ape pun aku masih tak luluih2 lagi. depa kata aku masih pelat.

Saturday, October 31, 2009

rasa lain

salam.

dah seminggu rasa satu macam tiap kali meletakkan kepala atau bangun dari tidur. kelihatanya seperti dunia sedang berpusing untuk beberapa minit. apa tekanan darah aku naik atau rendah sangat agaknya. malasnya nak pergi check semua tu. tapi macam mana pun jadual medical check up aku awal bulan disember nanti. harap2 tekanan darah, paras gula dan cholestrol ok sikit dari yang lepas. result dulu memang dah tak berapa bagus sebab dah sampai border line. berat badan pun nampaknya tak turun2. ni yang payah ni sebab dah janji dengan doktor next appointment berat mesti turun sekurang2nya 5 kilo. tapi kalau tak hilang juga pening2 ni sehari dua lagi, nampak gaya kena bawa kedepanlah medical check up tu.


Friday, October 30, 2009

berita gembira lagi

salam.

baru dapat berita gembira yang anak sepupu sebelah ayahku si intan telah selamat melahirkan anak ke 4nya, seorang anak perempuan 3.05kg. Alhamdulillah.

bertambahlah lagi kerabat sebelah ayahku yang tidak berapa ramai tu. anak2 atau cucu cicit kalau nak buat kerja sekolah bab salasilah keluarga tidaklah rumit sangat lagi atau memerlukan kertas yang besar. tetapi tidak begitu pulak bagi keluarga sebelah ibu aku yang mana keluarga kakak sulungnya saja dah 2 kali besar dari keluarga ayahku. itu yang buat anak2 terpaksa meghaibkan kadang2 beberapa maklumat bagi memudahkan kerja depa agaknya.

apa pun semoga ibu dan anak sihat dan mendapat keberkatan dariNya.

labbaikallahhummalabbaik

salam.

baru sebentar tadi sahabat yang ku temui masa buat umrah jun 2009 lalu menalipon tentang khabar gembiranya yang teramat sangat iaitu berjaya untuk menunaikan haji tahun ni. minggu lepas dia agak kecewa memberitahu aku yang dia berada dalam senarai menunggu yang agak panjang dan harapan agak tipis. dan 2 minggu lagi dia akan berlepas ke sana. Alhamdulillah.

perasaan aku bercampur2. gembira dan sayu. gembira dan bersyukur kerana Allah makbulkan doa hambaNya itu dan sayu aku kerana seolah2 sebahagian jiwa aku seakan2 telah pun berada di sana. lagi satu sebab bagaimana aku terus berasa sayu.....kalau dulu masa buat umrah, sahabat yang bak adik pompuan aku tulah yang penuh bersemangat mengepit tangan aku di pinggangnya (nak kata bawah ketiak tak manis lak kan) ketika buat tawaf atau saie atau ketika mengharung orang ramai bila berulang alik hotel-masjid. kalau dia tak buat gitu, alamat aku tertinggal jauh di belakanglah kerana tau je lah skru lutut2ku semua dah longgar.

semoga aku dan pc dapat pi pulak tahun dopan atau tahun berikut eh.

mula blogging

salam,

dah lama aku menggunakan masa terluang melihat dan membaca blog orang lain. secara tak langsung aku menyahut juga seruan agar rakyat malaysia mengamalkan tabiat suka membaca. sejak menjadi pesara, aku juga telah jarang membeli buku apatah lagi membeli akhbar. akhbar dibaca melalui internet saja.

beruntung jugalah bersuamikan (biar aku namakan pc je kat sini) seorang yang sedikit sebanyak mengikuti perkembangan teknologi it dan tidak pula kedekut menurunkan sedikit ilmu. mana taknya dengan usia dah pun mencecah taraf wargamas masih ada waktu untuk aktiviti ini. kalau orang nogori, umur ni digolar 'uwan' dan kalau orang kodah pulak 'tok'. tapi apo nak buek takdo anak yang nak menikah lae . so for the time being and mungkin selagi ado kudrat dan maso bolehlah agak eh melayari internet ni.

ok lah. setakat ini dulu intro saya, eh den, eh ese, eh cheq...